Oct 17, 2022

GEDUNG MANGGA DUA MALL PUNYA CERITA

Asean MRT Station @2022

 Ahad, 16 Oktober 2022.
Jakarta Selatan, Pulau Jawa, Indonesia.

Pagi2 tadi sudah berlarian ke Bundaran HI dengan mgr EIN.
Mula2 mahu naik bas di halte kecil, bis nomor 1N atau 1P.
Tapi bila periksa semula, kedua2 bis tersebut mula beroperasi jam 10am.

Oct 16, 2022

MALAMBASADOR - LOWYAT OF JAKARTA

Jambatan Karet Sudirman @2022

 Sabtu, 15 Oktober 2022.
Jakarta Selatan, Pulau Jawa, Indonesia.

Ini adalah entri ketiga wak paparkan untuk hari ini.
Sambungan dari Tugu Monas dan Museum Nasional pagi tadi.

Dari muzium, wak naik bis nomor 1 dan turun di halte Karet.
Kalau ikut pakcik google boleh jalan kaki sepelaung dan naik bis nomor 6D.
Tiba di halte Underpass Karet dan tunggu selama 15 minit.
Tiadalah kelihatan bis yg ditunggu2.

Jadi, wak terus pesan Gojek motor.
Dan langsung ke Mall Ambassador Kuningan.
Sebab menemankan mgr EIN mahu beli laptop lagi katanya.

Seperti biasa, walaupun sudah berjanji mahu ketemu jam 3 sore.
Wak juga terpaksa menunggu sehingga sejam.
Berhuhu lah wak seperti biasa.

Mall Ambassador. Mal Ambasador, Kuningan merupakan pusat perbelanjaan yang besar dan lengkap. Ratusan gerai (2022 kebanyakan sudah ditutup) menjual berbagai produk fashion, elektronik, handphone, komputer, buku, makanan dan lain-lain berada di sana. Selain itu juga Mall Ambasador, Kuningan letaknya bersebelahan dengan ITC kuningan yang dihubungkan oleh jembatan di dua lantai.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

DARI TUGU MONAS KE MUSEUM NASIONAL

The National Museum of Indonesia, is an archeological, historical, ethnological, and geographical museum

 Sabtu, 15 Oktober 2022.
Jakarta Selatan, Pulau Jawa, Indonesia.

Sambungan dari Pengalaman Naik Puncak Tugu Monas Jakarta Untuk Pertama Kali.

Dari taman Tugu Monas.
Naik bis 5C ke halte Monas.
Bukan jauh pun untuk berjalan kaki, tapii.

Masuk museum kena bayaran 15rb (rm4.50) untuk rakyat tempatan.
Sepatutnya wisata asing (baca, foreigner) membayar tiket 25rb (rm7.63).
Nasib baik penjaga kaunter itu tidak minta kad KTP.

Museum Nasional yg agak luas.
Ada dua bangunan yg besar.

Info lalat. Museum Nasional Republik Indonesia, atau yang sering disebut dengan Museum Gajah, adalah sebuah museum arkeologi, sejarah, etnografi, dan geografi yang terletak di Jakarta Pusat dan persisnya di Jalan Merdeka Barat 12. Museum ini merupakan museum pertama dan terbesar di Asia Tenggara.

Kamus lalat.
Museum = muzium

Blog bukanlah hakmilik kekal.

The National Museum of Indonesia, is an archeological, historical, ethnological, and geographical museum
The National Museum of Indonesia, is an archeological, historical, ethnological, and geographical museum
The National Museum of Indonesia, is an archeological, historical, ethnological, and geographical museum

Please hover your mouse (or click if you use smartphone) to see the photos.


The National Museum of Indonesia, is an archeological, historical, ethnological, and geographical museum

The National Museum of Indonesia, is an archeological, historical, ethnological, and geographical museum

The National Museum of Indonesia, is an archeological, historical, ethnological, and geographical museum

Oct 15, 2022

PENGALAMAN NAIK PUNCAK TUGU MONAS JAKARTA UNTUK PERTAMA KALI

 Sabtu, 15 Oktober 2022.
Jakarta Selatan, Pulau Jawa, Indonesia.

Pagi2 tadi wak sudah berlarian ke halte bis.
Depan Kementerian Pekerjaan Umum dan Perumahan Rakyat (PUPR).
Untuk ke taman tugu Monas.
Naik bis nomor 1P langsung ke pintu gerbang Monas.
Kalau naik bis nomor 1N langsung ke Tanah Abang - kenan jalan kaki yg agak jauh lagi.

Naik tram ke pintu masuk membeli tiket.
15rb (rm4.50) untuk seorang dewasa.

Nota lalat.
Waktu dibuka: 8am - 4pm; 7pm - 10pm.

Terpaksa menunggu dekat 2 jam untuk giliran naik lif ke puncak.
Dari jam 9.13am hingga jam 11.00am mundar mandir di bilik pameran.
Malangnya tiada kerusi disediakan.
Dan tiada kafe atau kopitiam.

Jam 11.03am sudah berada dibawah lif.
Tunggu setengah jam lagi untuk naik lif.

Tiba diatas, bukannya lama pun.
Tak sampai 10 minit sudah bosan mahu turun pula.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

CEKAK MUSANG VS TELUK BELANGA INI PERBEDAANNYA

Masjid Agung Al Azhar Jakarta Selatan @2022

 Jumaat tengahari, 14 Oktober 2022.
Jakarta Selatan, Pulau Jawa, Indonesia.

Tengahari tadi wak sudah berlarian ke masjid agung al-Azhar.
Tidaklah jauh sangat dari kantor potong rumput ini.
Di sebelah masjid ada Universitas Azhar Indonesia (UAI).

Masjid yg besar dan agak unik.
Masjid warna putih keseluruhannya.

Usai berwuduk, wak terus masuk ke dewan dibawah.
Hairan juga sebab tidak kelihatan mimbar imam.
Mula2 wak tercari2 juga.
Rupanya ada dewan utama di lantai atas.

Usai solat jumat berjemaah tadi.
Ada makcik Indonn tiba2 tanya dimana tempat solat cewek.
Wak pun tunjukkan di dewan bawah.
Wak sudah jadi pemandu pelancong pula.
Memang tadi wak perasan ada kawasan kecil satu saf di belakang dewan untuk wanita.

CEKAK MUSANG VS TELUK BELANGA

Balik dari masjid agung tadi.
Didalam lif kantor ramai lah pula rakyat indonn.
Ada yg bertanya tentang baju melayu merah menyala teluk belanga yg wak pakai hari ini.
Kerana ramai daripada mereka yg memakai baju batik hari jumaat yg mulia ini.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Oct 14, 2022

WALKING AROUND MATARAM SMALL GARDEN

Mataram small garden @2022

 Jumaat, 14 Oktober 2022.
Jakarta Selatan, Pulau Jawa, Indonesia.

Mula2 ditanya, mgr EIN mahu ke kantor jam 8.00am.
Sebab sudah lama tidak bersenam.
Jadi pagi2 wak sudah berjalan2 kaki di sekitar kost.
Jarak adalah 2.1 kilometer sahaja.

Kemudian bila ditanya lagi kepada mgr EIN,
Dia tersakit perut lah pula.
Mungkin mgr EIN bercuti sakit hari ini.

Jadi wak pun berjalan kaki ke kantor juga.
Bareng sama bro farHAN.

Apps lalat. Relive - The Relive app combines performance tracking data from cyclists or runners with Esri digital maps and makes a short animation video in 3D that shows about a minute's worth of highlights of the athlete's treks.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Oct 13, 2022

GRAB VS GOJEK INI PERBANDINGANNYA

Gojek with rider, Jalan Kyai Maja @2022



 Khamis, 13 Oktober 2022.

Petang tadi memang cadang mahu ke plaza Blok M.
Wak mahu beli beberapa barangan kost di pasaraya Farmer's Market.
Tapi sekarang kan sudah musim hujan.
Bila buka apps Grabcar dan Gojek.
Dengan keadaan macet di kesemua arah.
Tiada supir yg mahu mengambil pesanan.

Kemudian wak tukar destinasi ke kost pula.
Secepat kilat pak supir Gojek terima.
Tidaklah terlalu lama menanti.

Bila pak supir Gojek tiba.
Kami pinta untuk dihantar ke plaza Blok M juga.
Pak supir ikut sahaja dengan harga tambang yg sama ke kost.

Tapi masalahnya dengan pemandu supir Grabcar dan Gojek disini.
Mereka jarang2 ada wang ceceran.
Terpaksalah sedekah 2 ribu 3 ribu.

Kalau wak seorang diri bolehlah pesan Grabbike.
Naik motor pakai baju hujan pun gapapa.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

KUETIAW GORENG JALAN HANG JEBAT

Kuetiaw Goreng tepi longkang @2022


 Rabu, 13 Oktober 2022.

Pagi tadi pun wak berlarian ke kantor dgn mgr EIN.
Terpaksa naik Grabcar.

Tengahari wak menemani mgr EIN ke Jalan Hang Jebat.
Nak makan kuetiaw goreng, katanya.

Petang juga terpaksa melayan kehendak mgr EIN.
Untuk mengemaskini kerja2 potong rumput di kantor.
Mgr EIN pesan makanan mekdi sahaja.

Hampir jam 9pm, baru bergerak pulang.
Budak kantor, mas riCKY menunggu kami sahaja sehingga usai kerja.
Boleh pula wak tertinggal beg sailang di kantor dilantai 5 tadi.
Terpaksa terkejar2 semula naik atas.
Walaupun pak supir Grabcar sudah tiba di lobi.

Ooh.
Sekarang masuk waktu solat pun sudah awal benar.
Asar masuk jam 2.45pm.
Dan subuh masuk jam 4.15am.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Oct 12, 2022

NGERASA GAK SIH KALAU JAKARTA MAKIN MACET?

Macet on Jalan Hang Tuah @2022

Selasa, 11 Oktober 2022.
Jakarta Selatan, Pulau Jawa, Indonesia.

Semalam kan wak sudah makan buah potong dari pasaraya Lotte itu.
Tengah malam tadi sudah terasa memulas2 perut.

Pagi tadi sebelum ke kantor.
Wak sudah bermuntah2an di WC.
Gara2 buah potong yg sudah basi itu.

Dan kepala wak pun makin lalok masa ke kantor menaiki Grabcar.
Sehingga tertinggal hape (baca, henfon) wak di kerusi di luar kost.
Dan terpaksa bro aNAS meminta bantuan bro niZAM untuk membawanya ke kantor pula.

Dan bila pulang dari kantor.
Hujan pun turun dengan lebat dalam kegelapan malam.
Terpaksa naik Grabcar bersama bro aNAS dan mgr EIN.
Tapi kejadian macet luarbiasa di Jalan Hang Tuah.
Memaksa pak supir melalui jalan yg lebih jauh dan muter kembali ke jalan yg sama.


Apps lalat.
Shazam - Shazam is an application that can identify music, movies, advertising, and television shows, based on a short sample played and using the microphone on the device.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Oct 11, 2022

MY JETLAG AND STOMACH ACHE

On the way to office this morning @2022

 Isnin, 10 Oktober 2022.
Jakarta Selatan, Pulau Jawa, Indonesia.

Semalam tiba di kost dari bandara pun hari sudah malam.
Tidur awal lah juga.
Tapi jam 2am pagi sudah terbangun.
Terkebil2 hingga ke subuh.

Oct 9, 2022

ONXON

On to CGK @2022

 Ahad, 9 Oktober 2022.

Assalamualaikum kawan2.
Semasa kawan2 baca entri wak yg ini.
Mungkin wak sudah berlayar ke seberang ya.

Ω„َΨ§ Ψ₯ِΩ„َٰΩ‡َ Ψ₯ِΩ„َّΨ§ Ψ£َΩ†ْΨͺَ Ψ³ُΨ¨ْΨ­َΨ§Ω†َΩƒَ Ψ₯ِΩ†ِّي ΩƒُΩ†ْΨͺُ Ω…ِΩ†َ Ψ§Ω„ΨΈَّΨ§Ω„ِΩ…ِΩŠΩ†َ

“Lailaha illa Anta subhanaka inni kuntu minadhdhalimin” : ” Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim." Doa Nabi Yunus.

Semoga dipermudahkan segala urusan dan perjalanan ini.
Amin ya robbal alamein.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

THIS IS THE END

Rabu, 31 Disember 2025. Jumpa anda di sana. Di SANA. Blog bukanlah hakmilik kekal.