Sep 4, 2022

KEHIDUPANMU DIPENUHI MISTERI

Going to the airport @2022

Ahad, 4 September 2022.
Jakarta Selatan, Pulau Jawa, Indonesia.

Pagi2 wak ingin makan sate dan air kelapa teh manis giler di luar pagar itu.
Tapi tidak kelihatan bapak2 yg mendorong kereta sorong pula.

Jam 9.00am sudah berlarian ke bandara.
Wak pesan Grabcar, 144rb (rm41).

Jam 11am wak mahu pulang ke kota.
Wak cuba periksa jadual dan harga tambang keretapi.

Dari Terminal 3 wak naik Skytrain.
Bila wak tengok dan tambang di stasiun keretapi.
Tambang 70rb (rm21) pada waktu biasa.
Setiap 4 jam sekali ada tambang murah, 30rb (rm9).

Fikir punya fikir.
Wak cuba mahu naik bis pula.
Ini adalah satu pengalaman baharu untuk wak.
Tapi kena naik bis Damri sehingga stasiun Blok M.
Tambang, 70rb (rm21), sama seperti naik keretapi waktu normal.
Sekurang2nya naik bis langsung ke Blok M.

Sempat pula terlelap sekejap dalam bis tadi.

Tiba di Blok M.
Wak mahu ke kecamatan Depok pula.
Naik bis Transjakarta yg  kecil seperti angkotan.

Kesasar satu bus-stop.
Turun dan wak pesan GrabBike pula.
Turun di masjid Nurul Islam.
Solat zohor dan tunggu berjemaah solat asar sekali.

Lepak2 sebentar di Jl Pangkalan Jati 2.

Pesan GrabBike pulang ke kost.
Tambang, 32rb (rm9.63).
Tapi sebelum itu, seramai 4 riders telah membatalkan pesanan wak.
Kerana gps memberikan titik yg salah.
Yg terakhir itu pun terpaksa guna khidmat kakJ tempatan.

Drama atas motor.
Bila mat rider perasan wak dari Malaysia.
Dia pun penasaran bertanya macam2.
Dia mencurah rasa ketidakpuasan hati dengan pemerintah sendiri.
Dia iri hati dengan kemajuan negara2 jiran.
Dia jomblo, berumur 27 tahun dan mengojek seharian.
Pendapatan bersih hanya rm20 sehari.
Setelah tolak harga minyak petrol yg baru naik harga.
Kurang daripada gaji pembantu rumah di Malaysia.
Wak suruh bersabar dan bersyukur sahaja.

Movie lalat.
Coda 2021

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sep 3, 2022

SECOND TIME TO PASAR TANAH ABANG

Batik at Tanah Abang @2022

Sabtu, 3 September 2022.
Jakarta Selatan, Pulau Jawa, Indonesia.

Semalam wak sudah ke taman tema Dufan di Ancol. [+ Link]

Hari ini wak pergi ke pasar Tanah Abang.
Pagi2 jam 7.17am sudah berjalan kaki ke halte (baca, bus stop) di depan kementerian PUPR.
Naik bis no 1N (Blok M ke Tanah Abang).

Tidak seperti masuk stasiun bis.
Masuk ke bis no 1N ini guna cara lama - ikut pintu sebelah pemandu.
Pemandu membebel kata 1 kartu hanya untuk satu orang.

Turun jam 8.01am di depan pasaraya Metro bersebelahan Blok A.

Dari Blok A ke Blok B.Dan bolak balik Blok A dan Blok B. 
Kemudian ke Jembatan Metro.

Kebetulan jumpa dengan rakan2 sekantor.
Mereka pertama kali tiba di Tanah Abang.

Pukul 1.29pm dari Blok B wak pesan Grabcar ke halte bis Monas.
Turun di halte Polda Metro Jaya.

Pesan Grabcar ke toko (kedai) kue lapis Legit Anggerik (Orchids).
Toko terletak di Jalan Palmerah Barat.
Macet ya amat.

Dari toko kue pesan Grabcar lagi langsung ke kost.

Kamus lalat.
Motip = corak.

Movie lalat.
Jerry & Marge Go Large 2022.

Blog bukanlah hakmilik kekal.




Sep 2, 2022

MENGISI LIBURAN SEKOLAH DI DUFAN, DUNIA FANTASI ANCOL JAKARTA 2022

Welcome to Dufan, Ancol Jakarta @2022

 Jumaat, 2 September 2022.
Jakarta, Pulau Jawa, Indonesia.

Hari ini sudah rancang mahu ke Dufan.
Dufan kependekkan Dunia Fantasi di Ancol.

Pagi2 sudah berlarian ke kantin PLN sebelah kantor.
Tapi ramainya orang disitu sehingga pakguard suruh pulang sahaja.

Naik MRT dari stasiun ASEAN.
Turun di stasiun Dukuh Atas BNI.
Tambang 9000 rupiah (rm2.70) sahaja.

Jalan kaki ke stasiun bis terdekat, yakni Tosari.
Naik bis no 1 dan turun di Museum Fatahillah.
Tukar bis no 12 dan turun di Gunung Sahari Mangga Dua.
Tukar bis  no 5 dan langsung turun di Ancol.
Tambang satu orang ialah 3500 rupiah (rm1.05).
Tambang bis yg murah giler dan boleh tukar bis sesuka hati.

Dari stasiun Ancol berjalan kaki 300m ke pintu taman tema DUFAN.
Masuk kedalam juga berjalan kaki.

Banyak permainan yg wak tak sertai.
Kerana wak kan acrophobia (takut pada ketinggian).

Jam 12 tengahari sudah ke masjid Firdaus dalam Dufan.
Ada solat jumat berjemaah.
Intipati khutbah hari ini ialah tentang larangan bermain ha-pe ketika khatib membaca khutbah.
Gerakkan tabung derma boleh pula?
Alhamdulillah.

Jam 4pm sudah berjalan keluar.
Tapi wak teringin mahu naik gondola.
Kena naik gojek (motor) berharga 10rb (rm3).

Beli loket gondola berharga 60rb (rm18) satu orang.
Naik gondola menyusuri pantai Ancol.

Pulang dari stasiun gondola.
Berjalan kaki mencari masjid untuk solat Asar.
Dulu [+ link] wak pernah datang ke masjid ini dgn kawan wak.
Selepas itu langsung ke stasiun bis Ancol.
Tapi singgah di warteg makan nasi ayam pecel (25rb).
Berjalan kaki adalah normal dan menyihatkan.

Balik menaiki bis berganti2.
Turun di stasiun Blok M.
Mahu pesan Grabcar tapi harga mahal ya amat.
Berjalan kaki sahaja ke kost.

Inilah ringkasan karangan wak ke taman tema Dufan hari ini.

Nota tiket lalat.
Tiket masuk Dufan per orang ialah 250rb (rm75).
Kalau masuk guna mobil (Grabcar) ialah 25rb (rm7.50).
Tapi wak masuk naik bis hingga ke stasiun Ancol, jd tiket mobil itu hangus.
Yo wes lah. Huhuhu.

Kamus lalat.
Struk = resit.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



Sep 1, 2022

MERDEKA DARI JEPANG BUKAN BELANDA

Infront of POLRI @2022

 Khamis malam Jumaat, 1 September 2022.
Jakarta Selatan, Pulau Jawa, Indonesia.

Pagi tadi keluar lambat sedikit ke kantor potong  rumput.
Harus memotong  rumput dari kost dahulu selama sejam.

Tengahari keluar makan nasi ayam penyet di tempat biasa.

Petang berlarian pula ke Plaza Blok M mall.
Makan di restoran jepun (wasuretai - entah lupa nama).
Kemudian wak periksa semula, namanya Gokana Ramen & Teppan.
Wak pesan benton beef original.

Esok (Jumaat) wak cuti ya.
Esok wak nak ting ting tong ting ting tong.

Kamus lalat.
Sikat WC = berus jamban.

Blog bukanlah hakmilik  kekal.


Aug 31, 2022

JANGAN PANDANG BULU

Di luar Pejabat Polis Republik Indonesia @2022

 Rabu, 31 Agustus 2022.
Jakarta Selatan, Pulau Jawa,  Indonesia.

Hari ini hari kemerdekaan Malaysia.
Majulah sukan untuk negara.
Wak tak cuti tapi.

Aug 30, 2022

KALI KEDUA KE SKYWALK SENAYAN PARK

Skywalk Senayan Park @2022

 Selasa, 30 Agustus 2022.
Jakarta Selatan, Pulau Jawa, Indonesia.

Petang wak sudah berlarian naik GrabBike ke Senayan Park mall.
Tiga minggu lepas, wak pernah berlarian ke sini juga [+ link]. 

Tapi kali ini boleh naik ke skywalk.
Sebab sudah belanja lebih 50rb di kedai dalam mall.

Ambil gambiran 2 3 keping sudah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Aug 29, 2022

TOO LATE GOING TO TANAH ABANG

CWS Bus and MRT Station @2022

 Isnin, 29 Agustus  2022.
Jakarta Selatan, Pulau Jawa, Indonesia.

Petang wak sudah berlarian ke Plaza Blok M mall.
Kemudian berlarian ke stasiun bis Asean.
Naik bis nomor 1 (Blok M - Kota).

Turun di stasiun Tosari.
Tukar bis nomor  9A ke Tanah Abang.
Penantian yg agak lama ya amat.
Orangramai pun ramai macam ulataik.

Turun di pasar Tanah Abang.
Tapi rupa2nya pasar  sudah ditutup.
Aduhai.

Panggil Grabcar langsung ke Gedung Sarinah mall.
Teringin mahu makan piza.
Tapi tukar fikiran nak makan nasi padang lah pula.

Terus pulang ke kost naik Grabcar.
Harga tambang 2 kali lipat.

Pesan nasi padang rendang daging.
Punyalah lama penghantaran makanan tiba.
Rupanya restoran jauh nun di Tanjung Priok.
Sampaikan pak rider pun pelik.

Nasib baik sedap.

Blog  bukanlah hakmilik kekal.

Aug 28, 2022

MENUJU KE PUNCAK BOGOR - AMAN TAPI TIDAK MENYAMANKAN

Jalan Tol Jagorawi dari Jakarta ke Bogor hala selatan @2022

 Ahad, 28 Agustus 2022.
Jakarta Selatan, Pulau Jawa,  Indonesia.

Sebenarnya wak sudah pesan kereta sewa dengan supir dua minggu lepas.
Guna Traveloka apps.
Harus pak supir datang jam 7.00am.
Dan ejen pelancong janji akan dihubungi pak supir 3 jam paling awal sebelum berangkat.
Tapi indah khabar dari rupa.

Aug 27, 2022

SATU SORE DI JEMBATAN JPO KARET SUDIRMAN

Bundaran HI Jakarta @2022

 Sabtu, 27 Agustus 2022.
Jakarta Selatan, Pulau Jawa, Indonesia.

Petang  tadi wak sudah berlarian naik Grabcar ke Grand Indonesia mall.
Pencarian kedai kek lapis Dynamic berjaya ditemui di lantai 3.

MENGENAL LEBIH MENDALAM MENGENAI SISTEM INTERGRASI TRANSPORTASI INDONESIA

Gerbang Tol Kapuk @2022

Sabtu, 27 Agustus 2022.
Jakarta Selatan, Pulau Jawa, Indonesia.

Pagi2 wak sudah berlarian ke bandara Soekarno-Hatta.
Mula2 pesan GrabBike ke BNI City.
Kemudian naik keretapi langsung ke bandara.

Pulang dari bandara ingatkan mahu naik keretapi juga.
Disebabkan ada tambang diskaun murah pada jam 11.48am.

Tapi bila wak periksa Grabcar.
Tidaklah semahal mana.
Walaupun sudah termasuk tarif tol dan parkir tadi.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Aug 26, 2022

INTIPATI KHUTBAH JUMAAT BERKENAAN NIKMAT BERSYUKUR

Masjid al Manar @2022

Jumaat, 26 Agustus 2022.
Jakarta Selatan, Pulau Jawa, Indonesia.

Pagi tadi berjalan kaki ke kantor potong rumput.
Beli singkong (ubi) dan keledek gorengan di tefian longkang sahaja.
Maka tidak singgah ke kantin PLN itu.

Tengahari sudah berjalan kaki kantin PLN itu.
Pesan nasi ayam penyet.
Dan langsung solat fardhu jumaat di masjid disitu juga.

Sore tadi, sudah bawa rakan2 yg baru sampai dari Malaysia.
Ke restoran Ragil dibelakang kost wak tinggal.
Mereka kan tinggal di kost satu lagi yg agak jauh.
Wak pesan Grabcar.

Di restoran Ragil, wak pesan mee goreng Ragil sahaja.

Kemudian kami berjalan kaki ke kost wak tinggal.
Kemudiain mereka memesan Grabcar untuk pulang ke kost mereka pula.

Ooh.
Cerita pasal kad Bigpay yg wak pesan bulan lepas di tanahair.
Kelmarin rakan wak baru sahaja berikan.
Dan petang tadi semasa di Ragil, wak sudah buat nombor pin yg baharu.
Tapi bila difikir2 sebenarnya.
Kalau tidak buat kad Bigpay pun tidak mengapa.
Ini adalah kerana kad kredit bank wak yg lama pun boleh diguna.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

THIS IS THE END

Rabu, 31 Disember 2025. Jumpa anda di sana. Di SANA .  Blog bukanlah hakmilik kekal.