Jul 31, 2022

SATURDAY IS NOT A VALID SCRABBLE WORD

Pantai Indah, Ancol Jakarta @2022

 Sabtu, 30 Julai 2022.
Indonesia, Jakarta.

Pagi tadi sudah kelaparan.
Rasa mahu makan indomie di dapur.
Tapi ada rakan aNAS suruh panaskan roti canai Malaysia guna mentega.
Sedap dan rangup juga.

Jam 10.20am gitu wak pun berhajat mahu ke Blok M Plaza mall.
Pesan Grabcar tapi pak supir tu sudah batalkan bila sampai depan2 wak.
Jilake mas Joko!
Bila wak pesan Grabcar yg lain tiada masalah pula - tulus dan mulus je.

Di pasaraya Farmers Family dibawah mall.
Wak beli buah2an pisang, epal hijau, limau, roti prata frozen, shampoo, tuala mandi, dll.
Semuanya 340 ribu (RM102).

Balik naik Grabcar pun tiada masalah.

PANTAI ANCOL I WAS

Kali terakhir wak sampai di pantai Ancol  ini pada tahun 2013.
Semasa pulang dari menemani isteri wak dan rakan2 bershopping sakan di Bandung.
Petang tadi wak datang lagi dengan rakan wak, raZAK.
Bekas rakan sekelas semasa di sekolah menengah dulu2.
Dia sudah 2 tahun menetap disini sejak pandemik Covid-19 bermula.

Nak masuk pantai Ancol ini pun dikenakan bayaran ya.
Sibbaik rakan wak ni tahu camana nak download entrance apps.

Mencari masjid didalam kawasan pantai yg agak mencabar disebabkan macet.
Alhamdulilllah dapat juga solat dimasjid.
Walaupun kemudian kami perasan ada mushollah (surau) ditempat2 makan.

LUKA LAMA BERDARAH KEMBALI, LUKA YG BAHARU NAK LETAK DIMANA UOOLSS

Wak sudah lama tidak berjumpa raZAK sejak majlis walimatulurus anak lanang tahun 2016.
Tapi gambar kami tidak ketahuan dimana. Huhu.

Banyak juga yg kami borak2kan.
Bagaimana dengan peredaran tahun dan zaman.
Kadang2 rasa kekesalan dengan pilihan kerjaya masing2.
Walaupun begitu, kena selalu bersyukur dengan apa yg ditakdirkan.
Wallahualam.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

No comments:

Post a Comment

Comment at your own risk.

WAK DAH TRY VIETNAMESE PEACH TEA KAT WARKOP KOPI SAIGON KAMPUNG BARU 2024

  Jumaat, 19 April 2024. Pagi tadi singgah di warung Mak Leha. Kampung Baru Tengahari solat jumaat berjemaah di Masjid Jamek Kampung Baru....