Aug 12, 2022

JPO KARET SUDIRMAN PEDESTRIAN BRIDGE

Universitas Katolik  Indonesia Atma Jaya @2022

 Khamis petang, 11 Agustus 2022.
Jakarta Selatan, Indonesia.

Seperti semalam, usai kerja potong rumput di kantor.
Wak pun berlarian ke stesen MRT Asean.
Turun di stesen Bendungan Hilir.

Silap wak tidak bertanya kepada pakguard di pintu keluar MRT tadi.

Boleh menonong sahaja langsung ke bulatan selatan.
Agak jauh dan kepenatan.
Bila periksa semula rupanya berlainan arah.
Aduhai, terpaksa berpatah balik.
Dan bertanya kepada pakcik yg lepak ditefian jalan itu.

Wak pun tidak lama diatas jambatan.
Tidak larat mahu tunggu sehingga malam.

Wak pesan GrabBike terus balik ke kost (10k, RM3).
Wak bagi tip 2k kerana beri arahan tidak tepat tadi.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

I supposed going to #3 (JPO Karet Sudirman) from #1 (MRT Bendungan Hilir) but was made wrong direction from Google maps to #2 (JPO Karet whatever) @2022



Tiktok video lalat:

Aug 11, 2022

AMAZING THINGS THAT HAPPENS WHEN YOU FINALLY PAY DOWN DEBT

Warkop at PLN Jalan Hang Tuah @2022

 Khamis, 11 Agustus  2022.
Jakarta Selatan, Indonesia.

Pagi tadi sudah berjalan kaki ke kantor.
Alone matcham biasa.

Singgah di kantin PLN untuk sarap.
Warkop #2 makan tauhu goreng dan bakwan.

Sempat bayar hutang 6k (rm1.81) kepada ibuk warkop #3.
Itupun ibuk warkop #3 baru sampai.

Ooh.
Semalam kan wak sudah dapat masuk semula ke dalam akaun kad kredit wak itu.
Jadi tadi malam wak pun bayar kesemua baki.
Rasa legalah sedikit.
Alhamdulillah.

Tengahari wak ikut sahaja rakan2 sekantor ke kantin yg sama.
Nasi ayam penyet, ditambah tauhu dan tempe goreng (23k, rm7).
Airnya es tea dikit manisnya.
Tapi wak tengok bro kuJAI beli es teller di warkop #1 mcm sedap je.

Tadi bila ditanya mereka mahu kemana pada hujung minggu.
Bro kuJAI kata mereka cadang mahu ke Bandung.
Jadi wak pun usahalah beli tiket keretapi sendiri untuk bersama2 mereka nanti.
Harga tiket pe-pe (pergi pulang) ialah 223rb (rm68).

Blog bukanlah hakmilik kekal.



Tauhu goreng (left) and bakwan (right) @2022

SKYWALK SENAYAN PARK

Skywalk Senayan Park Spark @2022

 Rabu, 10 Agustus 2022.
Jakarta Selatan, Indonesia.

Petang usai kerja potong rumput di kantor.
Wak pun berlarian ke Skywalk Senayan Park.

Dari kantor berjalan kaki ke stesen MRT Asean.
Dan turun di stesen MRT Istora Mandiri.

Wak pesan GrabBike ke Skywalk Senayan Park mall.
Tapi mamat rider membebel tidak mahu pusing jauh untuk ke mall diseberang jalan.
Kebetulan pula disitu ada demonstasi besar2an Buruh, baju merah dan baju biru.
Tapi terjumpa shortcut untuk turunkan wak didepan pintu gerbang.

Bila tanya matguard yg jaga disitu.
Kena naik eskalator 4 lantai.

Sudah tiba dibawah skywalk bridge.
Mamat indon yg jaga disitu tidak benarkan.
"Wak kena tunjuk resit belian 50 ribuan," katanya.
Kena beli atau berbelanja di mall dahulu.

Olehkerana tidak bersedia, wak  ambil 2 3 gambiran sahaja dibawah jambatan.
Masuk waktu maghrib wak terus ke musholla.

Usai solat, wak naik lagi ke atas.
Tapi masih dibawah skywalk.

Penat disitu, wak pun berjalan turun.
Pesan GrabBike untuk pulang ke kost (19k, rm5.72).
Macet ya amat.

Dengan ha-pe pak rider yg kehabisan bateri.
Dengan permasalah sedunia pak rider yg  tiada wak kecil.
Terpaksalah wak minta tukar di restoran Ragil dahulu.

Di restoran Ragil, wak pesan nasi ayam geprek yg pedaslah amat.
Dan es tea dikit gulanya.
Total damage termasuk hidden cost (tax & servis) ialah 53k (rm16) sahaja.

Blog bukanlah hakmilik kekal.


Tiktok video lalat:

Aug 10, 2022

HOW DO I WITHDRAW MONEY IN JAKARTA

 

Whose socks are these? @2022

 Rabu, 10 Agustus 2022.
Jakarta Selatan, Indonesia.

Pagi tadi di bilik kost wak pun aktifkan pengeluaran wang luar negara dalam portal bank.
Wak permulakan sehingga hujung bulan Agustus ini.

Dari kost, wak pesan GrabBike ke Blok M Plaza mall (10k, rm3).
Tiba di mall pun kedai masih tutup.
Nasib baik jugalah pintu2 utama mall boleh dibuka.

Oleh kerana wak pernah keluarkan wang di ATM sebelum ini.
Wak pun terus ke lantai 3 terletaknya pusat mesin2 ATM,  termasuk CIMB bank.
Terpaksalah wak panjat eskalator itu disebabkan lift masih belum berfungsi.
Kelmarin ada rakan beritahu bahawa mesin ATM Maybank juga ada di dalam mall.
Tapi wak masih tidak ketemukan.

Cara pengeluarannya juga agak mencabar.

  1. Masuk kartu ATM.
  2. Tekan nombor pin.
  3. Pilih bahasa.
  4. Pilih jumlah pengeluaran.
  5. Ambil uang duluan.
  6. Ambil kartu - jangan sampai tertinggal kerana disini ambil uang dahulu baharulah ambil  kartu. Kalau tidak, maka akan banyak pula urusan pengembaliannya. Sudahlah disini merantau di negeri orang kann. Huhuhu.

Tapi kemudian bila wak keluar dari bangunan mall.
Tiba2 terpandang ada banyak mesin ATM termasuk CIMB di tepian jalan.
Yo wes lah.

Nota pertukaran wang (untuk rujukan masa depan).
3,000,000 rupiah =  rm939 + rm12 (rate, 3337).
Padahal, rate semasa ialah 3,195.

Cerita lain.
Ooh.
Semalam bila  wak terima bungkusan pakaian cucian laundry.
Didapati ada sepasang setokin yg tidak dikenali.
Wak sudah war2kan pagi tadi dalam kumpulan whatsapp.
Dan tiada siapa yg mengaku lagi.

Cerita lain lagi.
Sudah beberapa pekan wak tidak boleh memasuki akaun bank credit card itu.
Terasa panik juga, ghisau ghisau.
Kejadian sama berlaku seperti di Doha, Qatar.
Mahu telefon ke pusat servis pelanggan pun tiada talian tetap.
Jadi tadi wak hantar emel sahaja.
Dan tidak lama kemudian telefonis ada panggil wak.
Dia kata akaun bank wak kena bekukan sementara sahaja.
Disebabkan sistem ada mengesan aktiviti pelik di luar negara.
Gitu.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Aug 9, 2022

KASUS PEMBUNUHAN BRIGADIR JOSHUA

Tauhu sumbat - my breakfast this morning @2022

Selasa, 9 Agustus 2022.
Jakarta Selatan, Indonesia.

Lokasi kantor potong rumput tempat wak bertugas ini berdekatan ibu pejabat polis negara.
POLRI - yakni Polis Republik Indonesia.
Hari2 pagi dan petang wak akan limpas depan pintu gerbang.

Semalam sudah kelihatan sepanduk dan papan demonstrasi di depan pintu pagar.
Kes polisi tembak polisi dirumah polisi disebabkan Asmara dan cemburu?
Kes masih dalam penyiasatan.
Sehingga ada wartawan merakamkan situasi di sono.

[+ Skenario Tembak Menembak Brigadir Joshua ]

Pagi tadi wak singgah lagi ke kantin PLN itu.
Hajat mahu tuntaskan hutang sarapan semalam sebanyak 6k (rm1.80).
Tapi ibuk di warkop #3 masih belum tiba.

Pagi ini wak sarap di warkop #2 sahaja. Ibuk warkop ini senantiasa ada wang kecil dalam tas. 

Blog bukanlah hakmilik kekal.


Tiktok video lalat:

Aug 8, 2022

TAK ADA UANG KEMBALIAN

Ordering Mie Soto Bogor @2022

 Isnin, 8 Agustus 2022.
Jakarta Selatan, Pulau Jawa, Indonesia.

Pagi2 tadi wak sudah berjalan kaki ke kantor potong rumput.
Alone matcham biasa.

Singgah di kantin aka warkop PLN untuk sarapan.
Warkop #3 yg selalu buka lewat sudah beroperasi.
Wak pesan teh hangat dikit manisnya buk.
Tapi goreng pisang yg baru dihidangkan itu sudah ada personal.
Jadi wak tunggu goreng tempe sahaja.

Dan wak pesan goreng pisang dan bakwan di warkop #2.
Kucing yg kelaparan itu pun suka bakwan.
Tapi kucing tidak suka pisang goreng dan tempe goreng pula.
Kucing jaman now.

Bila mahu membayar.
Warkop #2 tiada masalah sebab wak pakai wang kecil.

Tapi wak terpaksa berhutang dengan warkop #3.
Kerana wak tiada wang kecil dan ibuk itu tak punya wang kembalian.
6 ribu (rm1.79) sahaja.

Ehh.
Terpanjang pula cerita pasal tak ada duit kecil tadi. Huhu.

Tengahari wak sudah ikut rakan2 sekantor makan di tefian longkang.
Mie Soto Bogor rasanya seperti mee kari sahaja (20k, rm6).

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Mie Soto Bogor di Jakarta Selatan @2022


Tiktok video lalat:

Aug 7, 2022

ITINERARY SEPETANG DI KOTA TUA JAKARTA DARI SUNDA KELAPA

Kota Tua, Jakarta @2022

 Ahad, 7 Agustus 2022.
Jakarta, Indonesia.

[+ Pelabuhan Sunda Kelapa yg fotogenik lah sangat.]
[+ Taman Margasatwa Ragunan.]

3.27pm, dari pelabuhan Sunda Kelapa wak pesan GrabBike ke Kota Tua (14k, rm4.19).
Oleh kerana banyak jalan ditutup ke Kota Tua.
Maka terpaksa rider terpusing2 buat lencongan dan memuter.

Di kawasan Kota Tua tidaklah wak lama.
Ambil 2 3 gambiran sudah.

Berhijab dan menilik nasib?
Nak heran tapi nikan luar negeri...

4.08pm, wak pesan GrabBike lagi ke stesen MRT Bundaran HI (33k, rm9.87).
Naik MRT langsung dan turun di stesen Senayan sahaja.
Diluar stesen wak pesan GrabBike untuk pulang ke kost (14k, rm4.19).

Movie lalat.
Thirteen Lives 2022.

Blog bukanlah hakmilik kekal.


Around Kota Tua @2022
Approaching Monas roundabout @2022

PELABUHAN SUNDA KELAPA YG FOTOGENIK LAH SANGAT

Pelabuhan Sunda Kelapa @2022

Ahad, 7 Agustus 2022.
Jakarta, Indonesia.

Sambungan tengahari tadi dari Ragunan Zoo.
[+ Taman Margasatwa Ragunan]

Dari stesen MRT Fatmawati langsung ke Bundaran HI (13k, rm3.89).
Pesan GrabBike ke pelabuhan Sunda Kelapa (32k, rm9.52).

Tapi bila tiba di gerbang masuk laluan motor.
Tidak boleh pula mahu bayar guna Jaklingko yg wak beli di zoo tadi.
Terpaksalah turun diluar pintu gerbang.
Dan wak berjalan kaki sahaja masuk ke dalam dermaga.

Penat berjalan tidak sampai ke hujung pelabuhan pun.
Wak patah balik sahaja.

Dan bercadang mahu singgah ke Kota Tua.

Nota lalat.
Ada rakan beritahu.
Dia sudah pernah masuk ke museum Sunda Kelapa.

Bersambung lagi ...

Pelabuhan Sunda Kelapa @2022

Pelabuhan Sunda Kelapa @2022
Pelabuhan Sunda Kelapa @2022

TAMAN MARGASATWA RAGUNAN

At ASEAN MRT station @2022

Ahad, 7 Agustus 2022.
Jakarta Selatan, Indonesia.

Pagi2 tadi wak sudah bercadang untuk ke Zoo Ragunan.
Naik GrabBike ke Blok M Plaza.
Makan nasi goreng seafood di restoran Ta Wan (48k, rm14.40).

Naik MRT dari Blok M langsung ke stesen MRT Fatmawati (7k, rm2).
Pesan GrabBike ke kebun binatang, aka zoo (20k, rm6).

Wak ada baca, tiket masuk hanyalah 4k (rm1.20) sahaja.
Tapi bila tiba di kaunter, disuruhnya beli kad Jaklingko 35k, (rm10.47).
Kad Jaklingko ini untuk naik bas, ala macam RapidKL itu.
RapidKL pun wak tak pernah naik.

Tak lama wak didalam kebun binatang dengan ramainya orangramai berlibur.
Sempat berehat di warung dan pesan air kelapa (20k, rm6).

Wak pesan GrabBike dari kebun binatang pada jam 1.15pm (16k, rm4.78).
Solat di musholla dalam stesen MRT Fatmawati.


Bersambung ...


Restoran Ta Wan, Blok M Plaza @2022

 

Jakarta Selatan skyline from Fatmawati MRT station @2022

From Fatmawati MRT station to Ragunan Zoo @2022
Entrance card to Ragunan Zoo @2022

Ragunan Zoo @2022
Giraffe at Ragunan Zoo @2022

An elephant at Ragunan Zoo @2022

Crowds at Ragunan Zoo @2022
Fresh coconut drink (20k) at Ragunan Zoo @2022



Tiktok video lalat:

RUMAH BARU BERBALOI DI BERNAM JAYA SELANGOR 2025

  RUMAH BAHARU 1 TINGKAT, Bernam Jaya, Full Loan RM250K PROJEK RUMAH MAMPU MILIK DI BERNAM JAYA, SELANGOR. TERES 1 TINGKAT (Jenis A ) Kelua...