![]() |
| Jambatan Barelang Bridge sunrise @2022 |
Sabtu, 23 Julai 2022.
Hari ini hari liburan.
Esok sudah berlayar ke pulau Jawa pula.
Walaupun wak sudah kunci alarm clock tepat jam 4.00am.
Terlelap lagi sehingga azan subuh berkumandang, yakni jam 4.44am.
![]() |
| It's going to be rains @2022 Batu Selicin, Batam |
Rabu, 20 Julai 2022.
Hari keempat diatas kapal.
Pagi ini tiba2 hujan mulai jam 7.15am.
Dan wak terlupa bawa helm (helmet) dan kaca mata keselamatan pula.
Nasib baik ada yg terpakai di dalam bilik stor.
Walaupun hujan gerimis, tapi tim potong rumput ini tidak boleh bekerja.
Alat perkakas amat sensitif pada air hujan.
Tunggu punya tunggu, sampailah pukul 11am baru bermula.
Harap2 boleh diselesaikan kerja untuk hari ini.
Sebab esok sudah hari terakhir disini.
Malam tadi wak pergi Grand Batam Mall.
Beli buah2an potong sudah.
Nangka, mangga dan barli.
Dan sempat tukar duit Qatar riyal terakhir disini. RM500 riyal = 1.75juta rupiah.
Hafazan lalat.
Surah al-jin ayat 1 – 9.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| A Grabfood rider @2022 |
Isnin, 18 Julai 2022.
Pagi tugasan potong rumput atas kapal sampai ke petang.
Dalam perjalanan ke galangan pagi tadi.
Kami berbual2 pasal perbedaan bahasa.
Perkataan sama tapi berlainan maksud.
Terutama bahasa kotor dan lucah tapi tidak begitu disini.
Tidak perlulah wak cerita secara terperinci.
![]() |
| Jean Francois luggage - at first I chose and bought the blue one, but later I decided to choose the maroon color @2022 |
Khamis, 14 Julai 2022.
Lagi dua hari wak akan terbang ke Indonn.
Pencarian beg periksa-masuk pun bermula.
Beg besar yg wak guna semasa kerja di Qatar harus diganti.
Wak mahu pakai yg saiz kecil.
Petang tadi wak sudah berlarian ke Alamanda Mall.
Pergi ke kedai Travel For All.
Tapi tiada jenama Urbanlite Trapeze.
Kemudian wak berlarian ke IOI City Mall pula.
Masuk kedai Universal Travel.
Jenama Urbanlite tiada stok, kata awek kecil molek.
Tapi disitu ada jual jenama Jean Francois yg murahan.
Yg menariknya ada tawaran harga clearance stock - RM129.
Peliknya juga, harga sama untuk berlainan saiz 24in dan 28in.
Wah, buat wak keliru.
Sebab wak mahukan beg yg saiz kecil sahaja.
Untuk lawatan kerja seminggu.
Agak lama wak memikirkan mahu beli yg mana satu.
Wak ambil yg 28in.
Tapi bila wak sudah sampai diparkir kereta.
Wak ubah fikiran mahu yg saiz kecil pula.
Nasib baik boleh ditukar.
Untuk rekod dan rujukan.
Wak singgah di DIY, Watson's dan Lotus's.
Wak beli barang2 perjalanan nanti:
![]() |
| Blue hour this morning @2022 |
Rabu, 13 Julai 2022.
Kursus latihan global hari kedua dan terakhir.
Tengahari pelatih belanja makan lagi.
Movie lalat.
Maria Full of Grace 2004 (Spanish) - 2nd time.
Blog bukanlah hakmilik kekal.