Dec 30, 2021

CLOUDY NO SUNRISE

Friday Beach this morning @2021

 Jumaat pagi.
Doha, Qatar.

Pagi2 wak pun berlarian ke tefian fantai lagi.
Alone matcham biasa.

Cuaca mendung  pagi ini.
Tunggu2 pun masih tak nampak matahari.

Ooh.
Pasal kerja sikit.
Sebenarnya sekarang wak agak sibuk dgn kerja harian potong rumput.
Kelmarin bosskur sudah berikan seorang pembantu.
DHIR rakyat India ada master degree, dan sekarang tinggal di London.

Selepas diperkenalkan, wak pun mula ajar DHIR dari kosong.
Tapi tiba2 semalam DHIR beritahu dia tak dapat tolong wak lagi.
Aduhai. Buang masa sahaja tolong orang yg tak dapat tolong kita balik kannn.

Yo wes lah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

A RED LONELY BIKE

Corniche Park, Doha Qatar @2021

Khamis pagi.
Doha, Qatar.

Pagi2 tadi usai solat subuh sepie wak pun berlarian ke tefian fantai lagi.

Masa berlarian pulang, anak lanang wak call dari Sarawak.
Tapi wak kata lebih baik bercakap bila wak sampai di apartment.

Rupa2nya anak lanang hendak bertanya pasal tayar kereta isteri dia.
Nak ganti tayar baru yg sudah botak.
"Kalo pilih tayar buatan China oke ke bah? " tanyanya dalam whatsapp call.
Wak cakap, oke je kalau ada warranty.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dec 29, 2021

DIARI 100 HARI WAK DI DOHA

A happy old  man after 100 days in Doha, Qatar @2021

Rabu.
Doha, Qatar.

Petang semalam (Selasa), wak berlarian ke Souq Waqif.
Mula2 niat nak ambil gambar di tefian fantai Corniche.
Dekat dengan The Pearl Monument, menghadap bandar Doha diwaktu malam.

Dan diwaktu sama, wak nak juga cuba bersolat di masjid Spiral itu.

Tapi disebabkan sampai di Souq Waqif pun sudah lewat.
Waktu Isyak pun sudah mahu masuk.
Jadi wak berlarian ke masjid Spiral dahulu.

Tapi tidak disangka juga.
Masjid Spiral ditutup.
Terpaksalah wak jalan2 di pasar Filipin berdekatan.
Tiada yg menarik pun.
Lagipun tiada ruang untuk pejalan kaki disebabkan construction.

Dan wak singgah di mesjid berdekatan untuk solat berjemaah Isyak.
Tapi mamat India yg jaga kata tak boleh ambil wudhu disitu.
Kena ambil jauh kat dalam pasar Filipin.
Yo wes lah.

Ooh. Pasal Tajuk.
Dah macam 100 hari jadi PM pula. 

Esok (Khamis,  30 Disember 2021) sebenarnya genap 100 hari wak berada di negeri pasir berdengung ini.
Alhamdulillah, masih bernafas.
Link: Doha Quarantine Day 1

Kalau diikut perancangan awal.
Wak sepatutnya sudah berada di sini sejak tahun lepas, yakni April 2020.
Tapi disebabkan wabak virus covid19 yg melanda.
Terpaksalah work from home lebih 18 bulan lamanya.

Terimakasihlah kepada semua kawan2 blogger wak.
Yang sudi jenguk2 komen2 blog merapu wak ini setiap hari.
Tiadalah hadiah yg lebih besar daripada ucapan terimakasih daripada wak yg jauh dimata.
Semoga kita semua jadi rakan2 blogger yg baik2.
Aminn ya robbal alamein.

Tiba2 wak terasa mahu makan steak pula esok.
Kata orang, jangan menzalimi diri sendiri kann.
Khannns. 

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dec 28, 2021

DOHA WINTER TRADE FAIR 2021

Doha sunset this evening @2021

Isnin petang.
Doha, Qatar.

Petang tadi masih sibuk dengan aktivitas potong rumput.
Usai mesyuarat tingkap, wak pun berlarian ke tefian fantai lagi.

Tapi sempat singgah di kedai Lulu Express.
Beli tripod murahan (25 riyal - RM28.73) untuk selfie nanti.

Wak tidak lama di Corniche waterfront itu.

Balik, singgah dan termasuk dalam DECC.
Yakni, Doha Exhibition and Convention Center.
Kerana ada pameran Doha Winter Trade Fair.
Sebenarnya banyak barangan yg menarik.
Tapi wak kena bergegas balik ke gagang.
Kerana belum solat maghrib lagi.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dec 27, 2021

BEST FREE VPN FOR QATAR IN 2021

Speed VPN to beat the firewall in Qatar @2021

Isnin.
Doha, Qatar.

Hari ini wak nak cerita sikit pasal VPN.

Sebelum wak datang ke negeri pasir berdengung Qatar ini.
Wak ada dengar juga masalah bosskur dan rakan2 sekerja yg sudah berada disini.
Masalah penggunaan whatsapp.
Mereka harus gunakan apps VPN.

Mula2 wak pun tak tahu apa itu VPN.
VPN, yakni virtual private network.
Seperti penembus dinding api, baca internet firewall.

Rupa2nya, di negeri pasir berdengung ini.
Apps whatsapp adalah antara apps yg kerajaan Qatar boikot.
Selain whatsapp, Qatar juga haramkan Facetime dan Skype.
Seperti google di China.
Teringat masa mula2 wak beli henfon Huawei wak ini.
Kena install juga Google play guna khidmat lanun dahulu.

Sebab itu mula2 sampai ke sini.
Memang tersangkut2 bila pakai whatsapp.
Terutamanya bila buat panggilan whatsapp call.

Jadi mereka pun cadangkan untuk guna apps VPN.
Mula2 wak muat-turun apps Turbo VPN.
Tapi nampak ada masalah juga, yakni selalu terputus.

Kemudian wak cuba pakai Speed VPN.
Dah lebih sepurnama juga tiada masalah.
Kadang2 saja terputus.
Tidaklah seteruk Turbo VPN.
Dan boleh masuk dan tengok laman web yg terlarang dan terlampau yg lain juga.

Ooh.
Petang semalam (Ahad) wak berlarian ke Carrefour.
Beli air mineral, roti arab seriyal dan biskut oats.
Suhu diluar dan angin kencang sudah menggigit tulang.
Pakai longjohn pun masih terasa sejuknya.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dec 26, 2021

GARA-GARA 5 SEN

Clouds this morning @2021

Ahad pagi.
Doha, Qatar.

Pagi2 tadi wak berlarian ke tefian fantai lagi.
Alone matcham biasa.

Balik singgah di Lulu Express.
Beli sandwich - cheese, tomato, Veggie.
Harga 5.75 riyal.
Wak bagi duit 10 riyal.
Ahkak filipin kaunter tu cuma bagi duit baki 4 riyal.
Jadi, kedai sudah hutang 25 sen kan?
Kalau di Masai boleh bergaduh pasal 5 sen pun.

Btw, duit syiling Qatar cuma ada dua, yakni 25 sen dan 50 sen sahaja.
Dan harga barangan pun dibulatkan pada 25 sen terdekat.
Tiada harga 99 sen.

Movie lalat. The Novice 2021.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dec 25, 2021

LUSAIL STADIUM

Lusail Stadium @2021

Sabtu malam. Hari Krismas di Doha.
Doha, Qatar.

Seperti biasa, hari ini wak agak sibuk dengan tugasan potong rumput juga.

Cuma petang tadi, wak berlarian juga ke Lusail Stadium.
Naik tren LRT di DECC hingga ke penghujung stesen, Lusail QNB.

Tapi wak keliru sebenarnya.
Sebab stadium yg wak nampak itu tidak seperti dalam gambar di internet.
Rupa pun seperti kapal nabi Nuh sahaja.
Lagipun, banyak construction sedang berjalan.
Tidak kelihatan jalan masuk ke stadium.
Jadi, wak ambil gambiran satu dua keping sudah.

Balik, wak singgah di Corniche waterfront lagi.
Turun di stesen West Bay QP.
Tapi jalan pintas ke waterfront semuanya tersekat kerana construction.
Wak kena jalan jauh pula.

Ooh. Baru keluar dari stesen LRT tadi.
Ada ulat teksi tu teriak dari jauh lagi.
Wak buat muka tak layan sahaja.
Begitu juga  bila tiba di Corniche waterfront itu.
Ulat2 bot tambang dengan lagu hindustan pun teriak2 juga.

Dan di Corniche, wak tidak tunggu lama seperti petang kelmarin.
Kena bergegas pulang  ke gagang sebab bosskur sudah menanti di talian.

Movie lalat. Visaranai 2015.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

LIHAT ANAK ARAB, TERINGAT ANAK SENDIRI; LIHAT ISTERI ORANG ARAB TERLUPA ISTERI SENDIRI

Arab boy at the counter @2021

Jumaat malam.
Doha, Qatar.

Agak sibuk hari ini.
Dengan urusan potong rumput dari pagi hingga ke petang.

Tapi harus ke Carrefour juga untuk beli barang2 dapur dan groceries juga.
Beli susu (low fat), biskut oreo, air mineral, buahan limau dan epal.
Total damage hari ini ialah 41.25 riyal.
Wak minta baki duit kecil 1 riyal untuk projek sedekah subuh yg ketiga.
Aminn.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Oranges with leaves at Carrefour Doha @2021

Dec 24, 2021

MITOS MAKAN MAGGI BODOH AKAN JADI BODOH

Maggi made in Malaysia  sold in Qatar @2021

Jumaat.
Doha, Qatar.

Pagi ini wak tak berlarian kemana2.
Hatta tidak ke fantai sekali pun.

Lagipun hari ini hari Jumaat - cuti hujung minggu.
Stesen LRT pun hanya dibuka jam 2pm.

Bekalan makanan untuk sarapan pagi pun sudah kehabisan.
Masak maggi bodoh sahaja sudah.

Link. Memang Takkan Jadi Bodoh, Tapi Doktor ini Jelaskan 5 Bahaya Sebenar Makan Mi Segera.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Maggi made in Malaysia  sold in Qatar @2021
Updated.
Solat jemuah yg ke sepuluh.
Alhamdulillah.

Dec 23, 2021

SUNRISE AT FRIDAY BEACH

Friday Beach sunrise this morning @2021

Khamis.
Doha,  Qatar.

Pagi2 sudah berlarian ketefian fantai lagi.

Malam  ini sudah malam Jumaat.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Friday Beach sunrise this morning @2021
Waiting for my sausage mcmuffin with eggs at McD City Center mall Doha @2021

IN THE END: BYE BYE MMHE YARD PASIR GUDANG 2024

  Khamis malam Jumaat, 14 November 2024. Hari terakhir penulis potong rumput di limbungan kapal yg tandus.