Nov 6, 2021

MEDICALLY FIT FOR UNRESTRICTED OFFSHORE WORK

An approval form that I've been waiting from Naseem doctor @2021

Sabtu.
Doha, Qatar.

Previous link: Blood and Urine Screening Test (2017).

Hari Selasa lepas kan wak dah pergi checkup kat klinik Naseem.
Doc kata dia tak boleh lepaskan wak belayar ke tengah lautan.
Dia kata urine wak dijangkiti virus.
Kencing kotor, gitu.

Jadi dia bagi ubat pil dua jenis.
Satu, Macromax 500 sebanyak 3 biji untuk tiga hari.
Dua, Alka-Ur sebanyak 10 sachet untuk 5 hari.
Dan jumpa dia kembali selepas 3 hari.

Sepatutnya wak jumpa doc lagi semalam.
Tapi ejen kata semalam hari cuti umum.
Dan doc tidak bertugas.

Jadi pagi tadi wak sudah pergi ke klinik Naseem.
Cuma ambil ujian air urine dan tunggu result selepas sejam.

Wak keluar gi cari makanan sebab puasa dari tadi malam.
Dalam klinik itu tiada kantin atau medan selera.
Agak jauh juga wak berjalan.

Jumpa mini market dan beli susu dan cokelat dan biskut saja.

Sejam lepas tu wak kembali semula ke lab urine tadi.
Dapat result yg positif.

Kena tunggu giliran nak jumpa doc pula.
Punyalah lama sebab no token wak sudah terlepas jauh.
Kena merayu2 dengan misi pula.

Alhamdulillah.
Doc kata, "better result and you can go."

Blog bukanlah hakmilik kekal.



SOLAT JEMUAH NO. 4

Akhaleel Ibraheem Mosque Masjid @2021

Jumaat.
Doha, Qatar.

Hari jumaat adalah hari cuti weekend di negeri pasir berdengung ini.
Tapi kerja potong rumput berjalan seperti biasa.

Usai meeting di tingkat 24 tadi. Wak pun balik ke kamar wak tengok ada ahkak housekeeping hampir selesai cuci apartment. Wak pun suruh mereka kemas bilik wak pula yg tadi berkunci kann. 

Tadi AWI  ada tanya.
"Keluar x hari ni wak?" wasapnya.

Wak bagitahu, "kuar gi solat jemuah saja."
"Petang wak sibuk kerja potong rumput," dia pun ok saja.

Tapi kelmarin wak sudah janji mahu try makan nasi lemak.
Kat restoran OG Street Kitchen di Wakrah.
"Ahkak OG tu dulu ada clash dgn owner kedai pak Arab tu," kata AWI.

Nota lalat. Sebelum wak dtg Doha ni, wak ada baca psl ahkak OG ni. Glemer kat msia, smpi anak raja pun ketagih nak makan nasi lemak dia.  Tahun 2019 dia dtg Doha sbb ikut laki dia keje sini. Dan dia buka kedai restoran nasi lemak joint dengan pak arab tu. Tapi 2020 kan covid-19 melanda. Tak lama pastu dia pun balik msia. Tapi nama kedai masih nama dia. Wallahu.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Nov 5, 2021

UNTUK SEKEPING POSKAD DAN SEBONGKAH PERFUME

Postcard I bought today from Doha Qatar @2021

Petang Khamis malam  Jumaat.
Wak sudah berlarian ke Souq Waqif.
Tujuan wak untuk mencari poskad dan perfume pesanan  kawan dari Masai itu.

Recap.
Dulu wak pernah datang sini.
Jumpa kedai gambar yg jual poskad.
5 riyal sekeping.
Juga dulu wak pernah beli perfume itu.
Tapi terlupa kedai perfume yg mana satu.

Walaupun wak tiba di kedai gambar yg menjual poskad itu sudah agak petang.
Tapi peliknya kedai ditutup.
"Kedai buka jam 4.20pm wak," kata mamat yg repair jam didepan.
"Ah, ada sejam lagi," getus hati wak. 
Jadi wak jalan2 dahulu sekitar pasar lama itu.
Sambil mencari minyak perfume "Oud Couture" - nak sebut pun susah.

Akhirnya berjumpa juga deretan kedai perfume disitu.
Kedai yg wak tanya mula2 memang tiada.
Kedai bersebelahannya baru ada.
Alhamdulillah.

Pulang tadi wak tidak terus ke stesen metro Souq Waqif.
Tapi wak terus ke stesen metro Msheireb yg agak jauh.
Dan terus pulang ke gagang.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Nov 4, 2021

JANGAN MENZALIMI DIRI SENDIRI, JOM MAKAN PIZA

Very Veggie 22riyal, Pizza hut City Center Mall Doha @2021

Rabu.
Doha, Qatar.

Makan di negara Arab ini agak mencabar.
Tidak banyak pilihan.

Setakat ini wak dah try KFC, McD, dll.
Nasi arab dan beriani dah hampir hari2 dimakan.
Tapi wak belum cuba Pizza hut.
Tidaklah mengidam.
Tapi teringin sangatlah  nak makan.
Boleh kann?

Cerita lain. 
Petang tadi wak jalan2 nak tengok  swimming  pool.
Nampaklah  rakan sekerja TUNG dari Vietnam sedang bersenam di gym.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Nov 3, 2021

MEDICAL CHECKUP TODAY

Can you hear me @2021

Selasa.
Doha, Qatar.

Hari ini wak kena buat medical checkup.

Nov 2, 2021

TEAM MEETING

Team meeting from left: master Lim, RESH,  and TUNG @2021

Isnin, 1hb November 2021.
Doha, Qatar.

Team Meeting dengan client masih online berlangsung disebelah pagi.

Petang wak berlarian ke Carrefour untuk top-up barang2 dapur yg kehabisan.
Wak beli roti pita, telur, listerine, buah2 pisang, limau mandarin, epal.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Nov 1, 2021

ANOTHER SUNRISE AT FRIDAY BEACH

Sunrise at Friday Beach, Doha, Qatar @2021

Ahad.
Doha, Qatar.

Pagi2 usai solat subuh, wak  pun berjalanan  ke tefian fantai.

Movie lalat. United 93.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Ooredoo headquarter, Doha @2021

Oct 31, 2021

WALK WALK WASHING EYES AT THE GATEMALL & CITY CENTER MALL

The Gatemall, Doha, Qatar @2021

Sabtu.
Doha, Qatar.

Assalamualaikum semua kawan2 wak lah.

Petang tadi wak rasa bosan tahap sederhana dalam bilik apartment.
AWI kata tak nak pergi ke The Pearl seperti yg dirancangkan semalam.
"Mcm x rajin pulak. Sy plan nk topup barang dapur," kata AWI dalam whatssapnya.

Jadi sebelum senja, wak pun berjalan ke mall berdekatan.
The Gatemall seberang jalan dari City Center mall yg  happening itu.

Tiada lah  yg  menarik didalam mall ini.
Hanya beberapa kedai menjual pakaian branded dan mini Tesco.
Ada  klinik pakar specialist dan farmasi di tingkat paling atas.

Selepas itu, dalam perjalanan balik, wak pun singgah ke City Center mall.
Memang padat dengan orang ramai.
Carrefour dia pun selalu penuh.
Bayangkan ada dua kedai Starbucks, KFCPizza HutMcD dll.

Usai solat maghrib di surau, wak pun pulang ke pangkal jalan.
Wak tak beli apa2 pun.

Kamus lalat. Tajuk itu "walk walk washing eyes" bermaksud, jalan-jalan cuci mata ya. 

Blog bukanlah hakmilik kekal.

The Gatemall, Doha, Qatar @2021
The Gatemall, Doha, Qatar @2021
City Center mall, Doha, Qatar @2021

Oct 30, 2021

MALL OF QATAR

My double beds bedroom @2021

Pagi tadi rumah apartment dibersihkan oleh cleaners.
Memang rutin housekeeping mingguan setiap hari Jumaat.

Kol 11am, wak pun bersiap ke mesjid berdekatan.
Bersolat jemuah seperti biasa.

Petang wak pergi ke Mall of Qatar bersama AWI dan master LIM.
Tak sangka juga sebab mall memang sebelah metro station al-Raffa (green line).
Dari DECC (red line), tukar tren di Msheireb.
Al-Raffa adalah stesen terakhir.
Solat maghrib berjemaah di surau dalam mall itu.
Juga dinner dalam foodcourt disitu.

Selepas itu kami terus merayap dalam Msheireb old town.
Kol 9.30pm pun kami pulang ke gagang.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

The living hall @2021
Friday prayer in Doha @2021
Mall of Qatar @2021
Collage Mall of Qatar 01 @2021
Collage Mall of Qatar 02 @2021
Collage Msheireb 03 @2021
Collage Miscellaenous 04 @2021
A Portrait ofMonan Liza wearing Arabic clothing (Niqab and Abbaya) by Munera Bint Elssa 2020

THIS IS THE END

Rabu, 31 Disember 2025. Jumpa anda di sana. Di SANA .  Blog bukanlah hakmilik kekal.