Sep 28, 2017
10 SEBAB ENJIN TAK BOLEH HIDUP
Malam kelmarin penulis telah tukar bateri didalam kunci pendua (baca, spare key) cikBibah Pepel yang sudah kong. Apek kedai jam Tesco itu kata, "tiga belas ringgit satu, ada dua, semua dua poh nam hinggit." Selepas ditukar, penulis pun cubalah guna kunci pendua itu. Butang jarak jauh dan penggera kecemasan boleh diguna semula. Tetapi masalahnya problem. CikBibah Pepel tidak boleh hidup pula bila penulis masukkan kunci pendua itu. Bila penulis guna kunci yang asal, boleh pula hidup. Pelik kan.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Sep 27, 2017
KENAPA RAMAI TIDAK TAHU WUJUDNYA SKIM BANTUAN PENDAFTARAN KE IPTA (JOHOR SAHAJA) ?
Assalamualaikum kawan-kawan penulis semua-semua lah.
Minggu lepas, anak lanang penulis yang baru mendaftar di universiti Alor Gajah itu telah meminta pengesahan status pekerjaan penulis dan isteri penulis (yang itu) untuk permohonan pinjaman MARA pengajiannya. "Tak boleh pesuruhjaya sumpah bah, misti ketua kampung, atau penghulu saja," katanya.
Dipendekkan cerita, petang itu juga penulis sudah berjumpa dengan ketua kampung tempat penulis bermastautin sekarang. Ketua kampung koboi stail. "Awak dah daftar Majlis Agama Islam? Anak masuk U leh dpt sehibu hinggit! Belum? Tu lah org kita, semuanya kena bagitau, mcm2 menteri besar dah buat projek.." membebel saja ketua kampung itu sambil menghisap rokok yang terjebit diantara dua jari. "Kalo org chayanunalif bole mohon nih mesti dorg dh berduyun2 tungu dpn opis Majlis Agama nak mintak bantuan," ketua kampung mengomel lagi dan lagi sambil menguis-nguis abu pontong rokok bertaburan atas borang-borang atas meja yang penulis bawa. Penulis layan saja.
Semalam penulis sudah selidik laman web Majlis Agama Islam Johor, kesemua borang sudah dimuat-turun. Kesemua salinan dokumen2 penting telah difotostet dan akan disahkan oleh ketua kampung yang sama pagi ini.
Pagi tadi, usai mendapatkan pengesahan ketua kampung itu dirumahnya, penulis pun berlarian pula ke pejabat Majlis Agama Islam di Kompleks Pusat Bandar. Urusan penyerahan permohonan bantuan pendaftaran anak lanang masuk U selesai tak sampai 5 minit. Semoga urusan dipermudahkan. Amin ya robbal alamin.
Nota lalat. Skim bantuan pendaftaran ke IPTA oleh YPJ (Yayasan Pelajaran Johor, gambar diatas) telah ditutup, sebab itu penulis cuba mohon melalui Majlis Agama Islam pula.
Nota carian lalat. Untuk negeri-negeri lain, sila terkam pautan di bawah. Amaran: penulis tidak bertanggungjawab atas kesahihan dan kewujudan pautan tersebut. Sebaik-baiknya, pemohon menghubungi pihak yayasan atau majlis agama dinegeri masing-masing. Wallahualam.
Negeri Melaka
Negeri Sembilan
Negeri Selangor
Wilayah Persekutuan
Negeri Perak
Negeri Pulau Pinang
Negeri Kedah
Negeri Perlis
Negeri Kelantan
Negeri Terengganu
Negeri Pahang
Negeri Sabah
Negeri Sarawak
Risda
Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
Info Bantuan Kewangan Lengkap bagi setiap negeri-negeri di Malaysia - LINK.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Sep 22, 2017
Sep 21, 2017
TITAN MELETOP
An old image of the Titan flares I animated | 12 April 2017 | Link |
Pagi-pagi tadi selepas menghantar anak wedok ke tempat kerjanya, penulis pun segera singgah diluar pagar Lotte Chemical Titan untuk mengambil gambiran api dari suar (baca, flare) yang sedang bergejolak diatas.
Petang tadi dalam pukul 2.33pm, anak wedok telefon penulis untuk menghantarnya pulang segera selepas satu bunyi letupan yang kuat di kilang petrokimia Titan itu. "Bos soh semua org baliklah bah, bahaya dok sinih," katanya.
Untuk baca artikel Kesilapan Bina kilang Titan di Pasir Gudang yang asalnya ditolak oleh Singapura, sila membakar di SINI.
Untuk baca entri sebelum Sunrise on Titan, sila pacak di SINI.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
7.33am this morning (20/9/17) | Lotte Chemical Titan | Pasir Gudang | Johor | Malaysia 2017 |
Updated. Video Titan terbakar petang tadi:
Sep 20, 2017
PLOTAGRAPH
Sep 19, 2017
DAH KENAPA DSV TUNJUK JUTA-JUTA DUIT DALAM BATH TUB ?
Pagi-pagi tadi penulis sudah naik kapal memotong rumput untuk membeli beras dan sebongkah berlian. Sejam kemudian usai tugasan, penulis turun kapal dan singgah di mesin tin gedegang tepi longkang itu untuk membeli air tin sejuk. Bila dicari, air kegemaran teh limau ais (baca, ice lemon tea) tiada pula. Jadi, penulis beli saja air tin teh hijau jasmine.
Nota mek kelate lalat. Video Dato Seri Vida sedang bersiram dengan juta juta duit dalam bath tub ada di SINI.
Sep 18, 2017
DONT MESS WITH MELAKA
Petang Sabtu sudah berlarian ke Medan Ikan Bakar Terapung Umbai. Kemudian penulis berlarian ke tengah bandaraya dan singgah sekejap mengambil gambiran di Hard Rock Cafe Melaka.
Pagi Ahad, usai urusan pendaftaran anak lanang remaja itu, penulis terus berlarian pulang ke gagang.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Sep 17, 2017
PENGALAMAN HANTAR MOTOR DARI MASAI KE MELAKA GUNA KTM, POS LAJU, SKYNET, NATIONWIDE, LORI, HILUX ATAU TUNGGANG SENDIRI?
1. 6.37am, 0km, 0min, starting up the motorcycle engine. |
Untuk baca entri lama DIMANA ANDA MENCARI POSKAD DI ALOR SETAR, sila jejak di SINI.
Untuk baca entri lama Pendaftaran Anak di Kolej Mara Kuala Nerang 2016, sila seludup di SINI.
Sejak kelmarin penulis telah mencari informasi bagaimana hendak menghantar motorsikal anak lanang dari rumah ke Melaka.
Sep 16, 2017
SUNSET ON PERMAS BRIDGE JUST NOW
Sep 15, 2017
KAMI BUTUHKAN WAK KERJAAN DI BURITAN
Sila goyangkan inul untuk lihat depan dan belakang buritan kapal. |
Untuk baca entri lama KENAPA DISEBUT PORT & STARBOARD SIDE BUKAN LEFT & RIGHT SIDE, sila naiktanggamonyet di SINI.
Kelmarin, penyelia penulis itu sudah mengarahkan untuk penulis tinggalkan dahulu kerja memotong rumput yang penulis pakarlah sangat ini. "Wak kena start amek gambar layout atas kapal, kendian wak comparekan dengan dalam komputer model," kata penyelia itu. Eh, sejak bila penulis jadi jurugambar atas kapal pula? Layan sahajalah penulis, yang penting ada kerja yang halal untuk membeli beras dan sebongkah berlian walaupun hari-hari kena naik kapal. Alhamdulillah, bercukur saja kan.
Cerita keselamatan lalat. Semalam pagi-pagi lagi, jurutera matcha yang duduk disebelah meja penulis ini sudah merungut pasal penjaga keselamatan masuk ke limbungan kapal ini semakin ketat kawalannya. Katanya, "bengang btolla aku kalo sorg abam sekuriti tu mesti tanya aku macam2 kalo nak masuk, gate pass lah, vehicle pass lah." Penulis tanya pegawai security yang mana satu? "Yg tinggi yg besar besar tu," kata matcha lagi. Penulis dapat agak dan tanya lagi, "abam India tu ke?" Tapi matcha jawab balik, "dia tu bukan India lah Wak, tapi mamak lah." Eh, penulis kata dalam hati sahaja, bukankah sama sahaja?
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Yours truly working alone on the shipdeck. |
Sep 14, 2017
PETUA ELAK BUAH PIR LEBAM LEPAS DIPOTONG
Sekarang ini penulis jarang makan nasi ditengahari yang panas berdeting. Tapi untuk mengelakkan kelaparan tahap sederhana cacing kerawit yang sentiasa berbunyi, maka penulis haruslah berlarian ke kantin atas bukit untuk membeli buah-buahan potong seperti buah pir (pyrus communis), tembikai (Citrullus lunatus) dan pisang (Musa paradisiaca).
Nota lebam lalat. Petua elak buah pir lebam lepas dipotong boleh guna air garam, madu, jus lemon atau pisau tajam yang telah dilengserkan limau nipis. Satu lagi petua yang paling mujarab ialah selepas dipotong, buah pir itu haruslah terus dimakan. Senang kan.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Subscribe to:
Posts (Atom)
IN THE END: BYE BYE MMHE YARD PASIR GUDANG 2024
Khamis malam Jumaat, 14 November 2024. Hari terakhir penulis potong rumput di limbungan kapal yg tandus.
-
Khamis malam Jumaat, 14 November 2024. Hari terakhir penulis potong rumput di limbungan kapal yg tandus.
-
Please hover your mouse (or click if you use smartphone) to see Now and Then of me. Minggu, 30 Oktober 2022. Prelude: Kenapa Harus S...