Sep 14, 2017
PETUA ELAK BUAH PIR LEBAM LEPAS DIPOTONG
Sekarang ini penulis jarang makan nasi ditengahari yang panas berdeting. Tapi untuk mengelakkan kelaparan tahap sederhana cacing kerawit yang sentiasa berbunyi, maka penulis haruslah berlarian ke kantin atas bukit untuk membeli buah-buahan potong seperti buah pir (pyrus communis), tembikai (Citrullus lunatus) dan pisang (Musa paradisiaca).
Nota lebam lalat. Petua elak buah pir lebam lepas dipotong boleh guna air garam, madu, jus lemon atau pisau tajam yang telah dilengserkan limau nipis. Satu lagi petua yang paling mujarab ialah selepas dipotong, buah pir itu haruslah terus dimakan. Senang kan.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Sep 13, 2017
MY NEW PASSPORT
Untuk baca entri lama New Year My New Passport, sila samatara di SINI.
MALAM tadi penulis sudah membeli sebuah cakera keras luaran (baca: external hardisk). Penulis beli di Danga City Mall JB saja. Berikut adalah spesifikasinya untuk rujukan penulis semata-mata. My passport WD (Western Digital.) 2TB, 3 year limited warranty. Auto and cloud backup security. Harga RM399. Transaction: PC Image Danga City Mall Johor Bahru.
Juga penulis beli USB port yang baru juga.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Sep 12, 2017
LANGSIR MASAI
Untuk baca entri lama Borong Kain Langsir di Masai, sila sidai di SINI.
Kelmarin, setelah tiga pekan (baca, 3 weeks), akhirnya langsir yang ditempah sudah siap untuk diambil dari kedai langsir. Kalau beli di Nilai 3, tunggu 2 jam sahaja sudah siap kan.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Sep 11, 2017
WAKTU URUSAN PEJABAT DAN KAUNTER TNB DAN SAJ JOHOR YANG PATUT KAU TAHU
Morning breakfast on the go. McD's sausage muffin with egg. |
Pagi Ahad, penulis telah berlarian ke bandar Kulai untuk urusan penutupan akaun TNB dan SAJ. Tapi sungguh tidak penulis sangka, buah cempedak nak jadi nangka. Kaunter urusan TNB dan SAJ tidak dibuka hari ini kerana menggantikan cuti umum semalam sempena hari pertabalan Agong. Tapi yang peliknya, kaunter pejabat Majlis Perbandaran Kulai tidak bercuti pula hari ini. Yo wes.
Waktu urusniaga Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kulai:
Ahad - Khamis 9.00 pagi - 4.00 petang
Jumaat & Sabtu / Cuti am - tutup
Waktu urusniaga Syarikat Air Johor (SAJ Ranhill) Kulai:
Ahad - Khamis 8.00 pagi - 4.15 petang
Jumaat & Sabtu / Cuti am - tutup
Apa dah jadi pada surat pekeliling cuti Johor: ??Kuchiva dengan urusan yang tidak dapat diselesaikan, penulis terus pulang ke kampung untuk menyelesaikan urusan ukur tanah kebun pula. Seperti yang dijanjikan, jurukur yang dilantik pun sudah tiba yang kemudian diikuti abang, kakak, ipar duai dan adik-beradik penulis. Urusan ukur tanah telah pun selesai kelmarin dan hari ini acara menandatangi pelan yang telah dikemaskini oleh jurukur tersebut. Alhamdulillah.Apabila Hari Kelepasan jatuh pada Hari Kelepasan Mingguan (Jumaat) atau Hari Kelepasan yang lain, maka hari tersebut digantikan dengan hari bekerja berikutnya dan jika hari yang kemudiannya itu pula merupakan
Hari Kelepasan, maka hari yang berikutnya dijadikan Hari Kelepasan.
Jika Hari Kelepasan Am jatuh pada hari Sabtu ianya tidak diganti dengan hari berikutnya. Pandalela lah.
Nota tutup akaun lalat. Updated. Hari Isnin noon, penulis telah berlarian ke TNB dan SAJ Kulai sekali lagi. TNB kata duit deposit akan transfer ke akaun maybank dalamasa 2 minggu. Penulis arahkan pemotongan api pada hari Jumaat (15/9). Manakala SAJ pula kata duit deposit akan dipulang secara cash dan penulis kena datang semula ke kaunter. Aiyah. Pemotongan akan dibuat dalamasa 3 hari. Belum pun urusan selesai, abam kaunter dah panggil pelanggan lain. Jilake lah.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Please come in to TNB Kulai, but the counter is closed today. |
The surveyor walking down the small jungle. |
Half of the siblings. |
Sep 10, 2017
MOVIES I WATCHED FOR THE LAST FEW WEEKS
Nokia sabun phone I used to have. "Cellular 2004" |
Dulu semasa ada talian internet Streamyx cap siput sedut dirumah, kalau penulis hendak muat turun filem lanun haram*jadah dari internet, biasa akan mengambil masa 2 hari 2 malam untuk satu filem. Tapi sekarang guna Unifi cuma ambil masa tidak sampai 2 jam sahaja. Lagi pun sekarang ini hendak tonton wayang atas talian secara gratis percuma (baca, full movie free online) pun sudah laju dan mulus.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Filem secara rawak:
1.50/50 2. Focus 3. Masterminds 4. The Infiltrators | 5. Bernie 6. Glengary Glen Ross 7. October Sky 8. The Way Back | 9. Blackthorn 10. Kill The Irishman 11. Passengers 12. Zodiac | 13. Falling Down 14. Logan 15. Sully 16. Alien Covenant |
Sep 9, 2017
JPO BEFORE DUSK
Sila goyangkan inul untuk lihat depan dan belakang seluar denim Monsieur Nicole saiz 34 baharu. Dibeli di Aeon Tebrau City. |
Sabtu, 9 September 2017. Hari pertabalan Yang Dipertuan Agong. Daulat Tuanku.
Pagi sudah berlarian ke Aeon Tebrau City untuk membeli baju, seluar, dan spender anak lanang remaja yang akan memasuki alam universiti minggu hadapan.
Petang pula, penulis berlarian ke JPO (baca, Johor Premium Outlets) Kulai untuk bawa isteri penulis (yang itu) jalan-jalan. "Bosanlah kanda," katanya duduk sahaja dirumah asyik mengira duit VSSnya. OTL
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Hot green tea at Sushi King, Aeon Tebrau City. |
Ferrero Rocher chocolates bought at JPO, Kulai. |
Bounty candy bought at JPO, Kulai. |
Buying clothes for future grand-daughter at JPO, Kulai. |
aBo at JPO, Kulai. |
Gunung Pulai sunset just now at JPO, Kulai. Diambil dengan phone cap aiYam. |
Sep 8, 2017
DIBAWAH TUDUNG SAJI KU
Sep 6, 2017
JUMLAH SAMAN TERTUNGGAK PEMANDU SINGAPURA BERNILAI RM42 JUTA (S$13J) DI JOHOR SEJAK 2008
Untuk baca entri Jumlah Saman Tertunggak Pemandu Singapura Bernilai Rm42 Juta (S$13j) Di Johor Sejak 2008, sila jeling di SINI.
Minggu lepas, penulis sudah mengarahkan pelari (baca, runner) yang penulis kenal di Puchong untuk memeriksa jumlah saman tertunggak penulis sehingga sekarang. Kebetulan beliau baru saja terkena kemalangan. Bila diperiksa, jumlah tunggakan saman penulis ialah RM1950 sahaja. Bila diminta diskaun, bolehlah bayar RM1220 di balai polis disitu.
Tiba-tiba penulis teringat ada anak buah penulis yang juga seorang polis biasa-biasa di balai berdekatan tempat penulis bermastautin sekarang ini. Bila penulis tanya anak buah, selepas dia periksa dengan rakan setugas dia berkata, "wak punya saman lepas diskaun leh dapat rm1090 je." Wahlaweh, boleh dapat diskaun lagi banyak.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Sep 5, 2017
SUNRISE ON THE PLUS HIGHWAY HEADING SOUTH THIS MORNING
Sunrise this morning at Pagoh Plus highway heading south. |
Usai urusan korban raya haji kelmarin tengahari penulis pun berlarian ke key ell. Alone matcham biasa.
Ingatkan panas hingga ke petang, rupa-rupanya bos menyatakan kontrak potong rumput penulis disambung sebulan lagi. Alhamdulillah, rezeki untuk terus membeli beras dan sebongkah berlian.
Pagi-pagi subuh sepi-e tadi, penulis berlarian semula ke gagang dan terus ke tempat bertugas.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Sep 4, 2017
KEBOSANAN MENCIPTA KELAINAN: MENARA CONDONG TELUK ANSON DAN IKAN PATIN TEMERLOH
Menara Condong Teluk Anson, Perak 2017. |
Untuk baca entri Teluk Intan sebelum ini, sila panjat di SINI.
Untuk baca entri Temerloh sebelum ini, sila renang di SINI.
Kelmarin, sempena cuti yang panjang, cuti hari kebangsaan yang ke 60 dan cuti hariraya aidiladha dan cuti peristiwa Sukan Sea 2017, penulis telah berlarian ke Teluk Intan dan juga Temerloh Pahang. Alone matcham biasa.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Menara Condong Teluk Intan, Perak 2017. |
Temerloh, Pahang 2017. |
Ikan patin masak tempoyak I dont like, Gerai Kak Mek/Afidah (Singgah Sokmo), Temerloh, Pahang 2017. |
Sep 3, 2017
BOLEHKAH DIMAKAN DAGING KORBANNYA SENDIRI?
Alhamdulillah. Korban hariraya haji telah disempurnakan.
Nota korban lalat. Harga seekor lembu bagi tahun 2017 adalah rm4,200 yang dibahagi kepada 7 bahagian, setiap bahagian berharga rm600.
Nota soal jawab lalat. Daging korban sendiri boleh diambil sepertiga dan boleh dimakan, kecuali bernazar. Wallahualam.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Subscribe to:
Posts (Atom)
IN THE END: BYE BYE MMHE YARD PASIR GUDANG 2024
Khamis malam Jumaat, 14 November 2024. Hari terakhir penulis potong rumput di limbungan kapal yg tandus.
-
Please hover your mouse (or click if you use smartphone) to see Now and Then of me. Minggu, 30 Oktober 2022. Prelude: Kenapa Harus S...
-
Selasa, 5 November 2024. Kelmarin pulang dari stadium Arena Sepaktakraw JB. Wak terus pesan tiket atas talian. Untuk tonton perlawanan bol...