Apr 8, 2017

SHOULD YOU LET YOUR LITTLE BOY WIN AT SCRABBLE

Just let him win.

Untuk baca birthday gift idea for 10 year old boy, sila kutip di SINI.

Sahibba adalah permainan dalam pintu (baca, indoor game) seperti Scrabble®.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

LEMPENG ANAK DARA & SHELLOUT MAK ETON

aTi with her Double Mcmuffin set.

Untuk baca entri Big Big Girl with a Big Big Breakfast hari Jumaat lepas, sila gostan di SINI.

Jumaat pagi tadi sebelum berlarian ke tempat bertugas, penulis dan anak wedok bersarapan di restoran makanan segera itu. Isteri penulis (yang itu) sudah pun berlarian ke tempat kerja beliau terlebih dahulu. Biarkan biarkan.

Tengahari, ada rakan penulis mengajak mencuba makanan laut Shellout di Kampung Pasir Putih. Dulu pernah datang ke sini, tetapi tutup lah pula. Ini adalah pertama kali dan terakhir penulis mencuba makanan Shellout. Baca, the first and the last ghiteww.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Hotcakes set.

First and last time trying Shellout Mak Eton Kampung Pasir Putih - not as I expected it. Sorry ;(

Apr 7, 2017

WAHAI CIK ADIK JANGAN MARAH SANGAT

Suka hati saya lah nak Sentap lama mana pun...

Amvoiii. Amvoiii. Amvoiii.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Siapa yang pedas, sebab dia makan cili ye...

Apr 5, 2017

CADBURY YANG HALAL & LANGIT YANG TINGGI



Pagi tadi dapat cokelat Cadbury (dll) dari rakan sekerja penulis yang baru pulang bercuti jalan-jalan ke Langkawi.

Hari ini pun panas hingga ke petang. ;)

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Apr 4, 2017

ALFATIHAH KEKANDA DZAIMI BINTI SALAMAH

Kampung Batu 26, Pekan Nenas, Pontian, Johor, Malaysia.

Assalamualaikum pada semua yang mengenali kami, dukacita dimaklumkan kakak tercinta penulis puan Dzaimi binti Salamah telah kembali ke rahmatullah pada petang tadi Isnin 3hb April 2017 jam 3ptg. Jenazah almarhumah selamat dikebumikan pada jam 10.33malam tadi.

Untuk baca entri ayahnda, almarhum Haji Masrom, sila ziarah di SINI.
Untuk baca entri bonda, almarhumah Hajjah Salamah, sila ziarah di SINI.

Innalillahi Wainna Ilai Hirojiun.
Al-Fatihah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Apr 2, 2017

KANDA NI ASEK KUAR BERJALAN SAJE

7.31am - Pantai Lido sunrise lah sangat... ;p

Pagi Ahad usai Suboh, penulis pun berenang-renang ke tepian Woodlands. Sebelum itu, singgah dahulu di projek Pantai Lido yang terbengkalai itu. Alone matcham biasa.

Selepas membeli suratkhabar dan sebongkah berlian di seberang tambak itu, penulis pun berenang-renang kembali ke tepian.

Sempat lagi penulis menghadiri majlis anugerah anak wedok remaja itu. Tahniah my dear aBo.

Petang pula, penulis berlarian ke Litar Pasir Gudang untuk menonton perlumbaan motorsikal. Alone matcham biasa. Masuk adalah gratis percuma, tapi bila balik hendak keluar dari tempat parkir kereta pun bercinta selama setengah jam.

Bila sampai dirumah, dengan kelaparan tahap sederhana, penulis pun bertanya kepada isteri penulis (yang itu) samada beliau memasak atau pun tidak. "Tak!" bentak sang permaisuri dengan ringkas.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

7.34am - Pantai Lido and Bukit Timbalan, Johor Bahru Waterfront.

7.29am - on clear causeway heading Woodlands...

7.56am - Woodlands old cinema. No showing movies anymore.

8.08am - no more interested to watch Malay movies?

8.35am - heading home, looking at the rear side mirror...

11.50am - at the daughter's school.

11.51am - today you make me a proud father... ;p Congrats dear aBo.

3.17pm - at the Litar Pasir Gudang circuit.

3.18pm - at the Litar Pasir Gudang circuit.

3.21pm - at the Litar Pasir Gudang circuit.

3.22pm - at the Litar Pasir Gudang circuit.

3.27pm - at the Litar Pasir Gudang circuit.

3.29pm - at the Litar Pasir Gudang circuit.

3.34pm - at the Litar Pasir Gudang circuit.

3.35pm - at the Litar Pasir Gudang circuit.

3.35pm - at the Litar Pasir Gudang circuit.

7.36pm - my youngest son showing off his latest medal for his art's class.

Apr 1, 2017

KATIL MISTERI HOSPITAL SULTANAH AMINAH JB



Sabtu petang, penulis telah berlarian ke Hospital Sultanah Aminah untuk melawat kakak penulis yang sedang uzur disana. Pada mulanya beliau terkena angin ahmar, masuk wad satu malam, keluar wad, pulang kerumah. Minggu lepas, kakak terpaksa dimasukkan semula ke wad kerana serangan sakit jantung pula.

Semoga kakak cepat sembuh.

Untuk baca Waktu Lawatan Hospital Sultanah Aminah yang patut kau tahu, sila suntik di SINI.
Untuk baca Nurse Ini Sungguh Garang tapi tidaklah sebijak mana, sila injek di SINI.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

pƎ┴ISIΛƎɹ I∀S∀W ∀˥∀∩ʞ I˥S∀ פN∀ɹO פN∩ԀW∀ʞ | THIS IS APRIL FOOL

DISCLAIMER: Semalam, 1hb April 2017, penulis letak entri ini sebagai terbalik hanya gurauan semata-mata. Penulis memohon maaf sekiranya ada pembaca yang tercedera akibat terteleng kepala ketika membaca entri ini. Untuk baca entri versi normal, sila merinding di SINI.



˙lɐʞǝʞ ʞᴉlᴉɯʞɐɥ ɥɐluɐʞnq ƃolq

 ˙INIS ᴉp ᴉʇuɐunʞᴉs ɐlᴉs 'ᴉɐsɐW ɐlɐnʞ ᴉp ᄅɥɐƃuǝʇᴉp ʇᴉdǝsɹǝʇ lᴉɔuɐʞ ɐɯɐl ᴉɹʇuǝ ɐɔɐqɯǝɯ ʞnʇu∩

 ˙ᴉɐsɐW ɐlɐnʞ ᴉɐʇuɐd ǝʞ uɐᴉɹɐlɹǝq ɥɐlǝʇ ʞᴉlᴉɔ ɥɐɔoq ƃuɐuɐl ʞɐuɐ uɐƃuǝp ɐɯɐs-ɐɯɐsɹǝq sᴉlnuǝd 'ᴉpɐʇ ƃuɐʇǝԀ













Untuk baca terbalik, tekan "CTRL - ALT - Down Arrow!"

Mar 31, 2017

BIG BIG GIRL WITH BIG BIG BREAKFAST



Minggu ini penulis menghantar anak wedok yang baru mulakan kerja ditempat baharu beliau dengan cikPutih kerana cikBibah Pepel beliau sedang sakit 🔧🔧🔧 pendawaian enjin. Dijangka cikBibah Pepel dapat dibaiki sakitnya hari ini.

Tidak seperti selalunya, pagi ini penulis dan anak wedok bersarapan besar (baca, Big Breakfast) 🍔🍔🍔 sahaja di restoran makanan segera itu.

Bonus animasi gambiran dibawah. Lotte Chemical Titan flare, a view from Simpac Marine.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Mar 30, 2017

MEE BANDUNG UDANG GALAH PASIR GUDANG



Awal bulan ini penulis pernah memesan mee bandung udang galah 🍝🍤🍤 atas talian yang ditemui dalam kumpulan wassap (baca, whatsapp group chat). Penghantaran sehingga ke tangga rumah.

Kelmarin tengahari, penulis teringin hendak memesan lagi mee bandung udang galah 🍝🍤🍤 itu sambil membelanja 17 orang rakan2 sekerja tempat penulis memotong rumput ini. Pesanan beserta mangkuk plastik, sudu dan garfu 🍴🍴🍴.

Gambiran lama mee bandung udang galah 🍝🍤🍤 diatas penulis paparkan tetapi diambil dirumah yang dahulu. Kelmarin tidaklah mengambil gambiran gambar2 rakan2 penulis kerana penulis agak sibuk melayan mereka. Kesemua mereka berpuas hati nampaknya. Jadi, usai menjamah selera, penulis pun hantarlah mesej ucapan terimakasih diatas penghantaran dan memberitahu penjual bahawa kesemua rakan2 penulis berguling-guling kepedasan dan berpuas hati dengan kualiti dan cita rasa mee udang 🍝🍤🍤 tersebut. Tetapi tidaklah penulis sangka, buah cempedak nak jadi nangka. Jawapan yang penulis terima agak berlainan. Abam penjual menjawab,
"trm ksh byk Wak, nk tnye Wak.. kat syarikat Wak keje bhg apa? klu ada lubang keje safety kosong, rekemen2 lah kat sy.. lama dah ambik course, tp x dpt2 lg job tu  😭. Sy keje jaga budak indon kat site je Wak... dulu tentera."
Blog bukanlah hakmilik kekal.

Mar 29, 2017

SIGNING SPA AND GETTING 10% DEPOSIT



Tengahari tadi, Khamis 28/3/17, penulis telah berlarian 🏃🏃🏃 ke pejabat peguam di Bandar Dato Onn untuk temujanji dengan pembeli flat rumah murah. Ada dua kekalutan pada urusan hari ini.

Satu. Penulis hanya perasan setelah menandatangani kesemua surat perjanjian SPA (baca, Sales Purchase Agreement) bahawa ejaan nama penulis tidak ditaip 📠 dengan betul seperti didalam mykad penulis. Alasan ahkak peguam, "tuari kami tak dapat ic wak lah!" Penulis minta tukar dengan nama yang betul. Tunggu lagi 13 minit.

Dua. Peguam ini haruslah menghormati waktu rehat tengahari untuk makan 🍙🍙🍙. Tidak boleh berurusan di luar waktu pejabat dan juga waktu rehat. ⏰⏰⏰ "Dont mix business with pleasure," katanya. Haruslah berurusan di waktu pejabat SAHAJA.

Tiga. Semalam penulis sudah beritahu pembeli bahawa penulis tidak akan sain surat SPA sekiranya tidak dapat 10% duit cengkeram. Tadi, peguam maklumkan bahawa baki duit cengkeram akan dibayar pembeli selepas permohonan KWSP pembeli untuk pinjaman bank 100% diluluskan. Silap penulis tidak tegas, sepatutnya penulis boleh tidak mahu sain SPA. Tapi penulis ikut sajalah arus dan sain kesemua dokumen SPA yang telah tersedia. Tiba-tiba pembeli kata dia ada bawa duit cengkeram yang baki itu. 💸💸💸  Gumbira lah hati penulis. 😂😂😂

Nota lalat. Urusan jual beli flat rumah murah ini sudah berjalan hampir setahun dan hampir selesai. Tiada ejen hartanah terlibat semasa urusan jual beli ini.

Nota kronologi masa pembelian flat rumah murah ini 🏘🏘, untuk rujukan:
13/11/1998 - tarikh beli (SPA), 19 tahun dahulu. Pinjaman bank: Ambank

5/10/2015 - setelah berbincang, penyewa setuju beli flat rumah murah
8/11/2015 - SUK & PTG permulaan permohonan jual beli.
28/10/2015 - selesaikan urusan cukai harta, cukai tanah, geran hakmilik di SUK & PTG Nusajaya
10/11/2015 - PTG nak salinan geran strata dari pengurusan
14/11/2015 - peguam TKK & Co Plaza Pelangi utk urusan tukarmilik strata kepada nama penulis

1/3/2016 - peguam TKK & Co selesaikan kes original strata title geran.
16/5/2016 - SUK luluskan permohonan PERTAMA. KESILAPAN - harus terus pergi ke PTG utk kelulusan pula. Demm.
*kesilapan besar disini ialah bila pembeli melantik loyar yang tidak buat kerja. Hanya 6 bulan surat SUK laku, akhirnya terbatal kerana tamat tempoh.

2/1/2017 - surat pembatalan pertama oleh SUK diluluskan
9/1/2017 - penyerahan dokumen permohonan KEDUA dikaunter SUK
26/1/2017 - dpt surat SUK, pergi ke PTG serah dokumen
12/2/2017 - dpt surat kelulusan PTG yang ditunggu-tunggu
3/3/2017 - bank loan pembeli diluluskan
28/3/2017 - sign SPA dgn pembeli dipejabat peguam, dan 10% deposit
Updated: 17/8/2017 - peguam menyerahkan cek baki bayaran 💲💲💲- alhamdulillah, case closed.

Nota pengajaran. Urusan jual beli tanpa ejen ini mengajar penulis banyak perkara. Yang penting, dokumen berikut harus diselesaikan, mengikut turutan kepentingan:
1. Geran hakmilik strata (rumah flat berkelompok) sudah ditukar ke nama penjual.
2. Selepas mendapat kelulusan SUK, haruslah terus ke PTG bersebelahan saja utk mendptkn kelulusan Pejabat Tanah pula.
3. Bil semasa spt cukai harta (majlis), cukai tanah (pengurusan) haruslah terkini
4. Dokumen peribadi penjual (spt ic dan SPA rumah lain) dan pembeli (dan isteri) spt ic, surat beranak, payslip, pengesahan majikan, penyata KWSP dll.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

TAKING LEAVE FOR THE PURPOSE ON ATTENDING MY DAUGHTER'S CONVOCATION CEREMONY AT PWTC KL 2024

  Sabtu, 16 November 2024. Pada 2023 , anak lanang wak, aQi, berkonvo ketika wak berada di Jakarta. Semalam (Jumaat) wak ambil cuti. Sebenar...