Mar 25, 2017

GOOD MORNING MASAI

7.54am, Persiaran Seri Alam.

Semalam cikBibah Pepel meragam semakin teruk. Merajuk kerana cikMaiBee Blue  parkir didalam rumah letteww.

Pagi-pagi tadi penulis sudah berlarian menghantar anak wedok ke tempat kerja beliau. Selepas itu, apa lagi, dalam perjalanan pulang, penulis pun berlarian terus mengejar matahari terbit di atas landasan keretapi Bandar Seri Alam yang ohsem itu.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Lotte Chemical Titan, Pasir Gudang, Johor, Malaysia.

BILA BINI WAK BALIK DARI RUMAH PANJANG

Penang Street Art notebooks and souvenirs I bought for him.

Mingguan yang lepas kan penulis sudah bepergian ke utara mengambil anak lanang yang belajar di sana. Dalam masa yang sama, sempena cuti sekolah ini, isteri penulis (yang itu) berdua sahaja dengan anak lanang bocah cilik telah pulang ke rumah panjang nun jauh di seberang laut cina selatan.



Siang tadi, mereka telah kembali ke rumah dan membawa pelbagai makanan dari sana yang tidak dikuarantin.

Nota lalat. Untuk melihat gambiran rumah panjang Sedi yang dahulu, sila sumpit di SINI.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Udang Harimau from Sarawak.

From left: kek Sarawak, green Iban kuih baulu and telur asin.

Ikan siakap goreng bodoh.

Pulut panggang bodoh tanpa inti.

His mom bought these during the home flight.

Street Art of Penang.

Mar 24, 2017

LELAKI INI SOKONG TMJ JADI PRESIDEN FAM

Plaza Larkin, Johor Bahru.

Hari ini, 23 Mac 2017, Khamis adalah hari cuti sempena hari keputeraan Sultan Johor.

Allah selamatkan Sultan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Mar 23, 2017

TEMPAT MAKAN BEST & SEDAP DI JB YANG WAJIB DICUBA



Malam kelmarin, penulis telah berlarian ke pantai Senibong untuk makan makanan laut (baca, seafood). Penulis makan di restoran Selera Seafood Senibong (SSS) sudah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



Mar 22, 2017

A BLUE LAKE POSTCARD TO A FRIEND IN PENANG BUT THE BLUE CAR IS NOT MINE

Sila goyangkan inul untuk lihat depan dan belakang poskad. Lokasi: Pejabat Pos Masai.

Tengahari tadi, rakan-rakan sekerja mengajak makan tengahari sambil memajukan perot masing-masing di Asam Pedas Kong Kong dalam kuarters perumahan TNB Pasir Gudang. Sempat lagi penulis berlarian ke pejabat pos Masai untuk mengirim sekeping poskad Tasik Biru kepada rakan blogger di Pulau Pinang. Jangan cakap Wak tak payung ye.

Bila penulis tiba di dewan makan itu, rakan-rakan semuanya sudah tiba dan menunggu makanan sambil bermain telefon bimbit masing-masing.

Nota lalat. Tiadalah gambar makanan di entri kali ini sebab penulis juga sibuk berjalan blog (baca, blogwalking). Lol.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Before the lunch - busy with their own cellphones.

Lepas makan pun sama... OTL

After the lunch - also busy with their cellphones.

KEBOSANAN MENCIPTA KELAINAN: TASIK BIRU MASAI REVISITED



Selasa petang, pulang dari memotong rumput, sempat lagi penulis menceroboh bukit kuari di belakang rumah penulis yang ini untuk menangkap gambiran matahari terbenam (baca, sunset). Alone matcham biasa.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Mar 21, 2017

HOW TO FIX A BLUE SCREEN OF DEATH



Komputer penulis di dalam kabin reban ayam ini pun sekarang ini selalu sahaja keluar secara tiba-tiba. Terkena virus yang jahat sudah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Mar 20, 2017

SIX THINGS TO DO WHEN YOU'RE RUNNING OUT OF GAS

Boy on a bike mural, Leboh Ah Quee, Georgetown, Penang.

Penulis baharu sahaja tiba di rumah. Manis rumah manis (baca, home sweet home ya ;p )

Pagi-pagi tadi sudah periksa keluar dari Grand Inn Hotel Jalan Macalistair. Terus penulis berlarian ke Leboh Armenian. Penulis jentik dua tiga gambiran sudah. Sempat juga penulis membeli 20 keping poskad dan diceritakan di SINI. Selepas itu, singgah di muzium emas Public Gold (PB) Museum. Jam 10.33am sudah keluar dari pulau ikut Jambatan Sultan Abdul Halim terus menghala ke selatan.

Cerita tajuk lalat. Mirikel berlaku sekali lagi di Lebuhraya Plus selepas RnR Seremban bila penanda minyak petrol Jnulekasnova penulis tiba-tiba menunjukkan minyak sudah hendak habis. Aiyah. Ini adalah kali kedua penulis kehabisan minyak di lebuhraya di tempat yang sama. Untuk baca kali pertama, sila bekhen di SINI. Untuk terus ke RnR Ayer Keroh sejauh 45km takut pula tidak sempat. Jadi penulis keluar di persimpangan Pedas Linggi dan mencari stesen minyak Petronas Rembau yang agak jauh, 9.9km aduhai sakitnya tuh disitu, siapa yang makan Pedas sebab dia makan cili. Selepas minyak, bila penulis hendak masuk semula melalui jalan lama di persimpangan Simpang Ampat, tiba-tiba adalah kereta buruk Unser itu bertentang arah memotong kereta didepannya dan hampir melanggar Jnulekasnova penulis. Near missed, gitu. Dalam hati siapa yang tahu. OTL.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Little Children on a Bicycle, Leboh Armenian, Georgetown, Penang.



Purple Wall mural, Lorong Soo Hong, Georgetown, Penang.

Lorong Soo Hong, Georgetown, Penang.

Lorong Soo Hong, Georgetown, Penang.

Lebuh Ah Quee, Georgetown, Penang.

Lebuh Ah Quee, Georgetown, Penang.

Public Gold museum, Georgetown, Penang.






Bonus foto. Bekas kawan sekerja penulis jumpa di RnR Machap menghala ke selatan.


Mar 19, 2017

17 TEMPAT MAKAN YANG SEDAP DI PENANG PATUT PERGI TAHUN 2017

aQi at Kolej Mara Kuala Nerang after one year doing foundation science.

Untuk baca entri lama PENDAFTARAN ANAK KE KOLEJ MARA KUALA NERANG 2016, sila selak di SINI.

Tengahmalam tadi penulis tiba di Bukit Belacan.

Pagi ini, Sabtu, penulis telah berlarian dari Bukit Belacan (jam 8.08am) tiba di Kuala Nerang (jam 5.15pm) dan terus menginap di Grand Inn Hotel Jalan Macalistair Pulau Pinang jam 8.08pm. 12 jam dalam perjalanan dan pemanduan.

Cerita lalat penulis akan kemaskini lagi. InsyaAllah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sunset on the real Penang Bridge.



Grand Inn Hotel, RM115 per night with 2 single beds, Jalan Macalistair, Georgetown, Penang.

aTi and aBo at Padang Brown foodcourt, Georgetown Penang.

Satay ayam and satay daging, Padang Brown, Georgetown, Penang.

Mar 16, 2017

PENGALAMAN WAKTU KERJA DI MMHE PASIR GUDANG JOHOR MALAYSIA

HRZ as a model, Kedai Makan Rahmat Siakap Goreng, Kampung Pasir Putih.

Tengahari semalam, penulis ingatkan tidak mahu keluar makan tengahari. Tetapi siapa sangka, buah cempedak nak jadi nangka, ada jabatan operasi datang dari key ell nak membelanja makan.

IN THE END: BYE BYE MMHE YARD PASIR GUDANG 2024

  Khamis malam Jumaat, 14 November 2024. Hari terakhir penulis potong rumput di limbungan kapal yg tandus.