Nov 28, 2015

NO SITTING OR GATHERING


Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Days left: 2/30
Post of the Day: 4/4

MASIH gambiran di Pasar Seni (baca: Central Market).

Blog bukanlah hakmilik kekal.


CENTRAL MARKET | THE REVISIT



Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Days left: 2/30
Post of the Day: 3/4

PETANG kelmarin selepas bertugas memotong rumput, penulis merempit lagi ke Pasar Seni (baca: Central Market). Tiadalah yang menarik, cuma penulis mengambil gambiran dari sebelah luar pula.

Blog bukanlah hakmilik kekal.











Segmen Apakah Saya...? MK Collections



Assalamualaikum,
penulis nak join segmen dari cik kak Fida Z Ein yang bertajuk 'Segmen Apakah Saya...?'

jawapan penulis adalah 'SINGA'.. betulkah?

Caranya...
  1. Wajib Follow Blog Saya.... Fida Z Ein
  2. Kemudian Buat Satu Entri. Tajuknya : Segmen Apakah Saya...?
  3. Klik Entri Saya yang Bertajuk Lukisan Di Batang Pokok ? Ada ke...? dan Baca Sehingga Habis.
  4. Cari Satu Gambar yang Saya Maksudkan. Pastikan Gambar Tersebut Adalah Betul Kerana Dalam Gambar tersebut Ada Satu Lukisan iaitu Jawapan Bagi Segmen Ini.
  5. Salin (Copy) Gambar Tersebut Ke Dalam Entri yang Anda Buat dan Jangan Lupa Backlinks Ke Entri Ini Semula.
  6. Boleh Juga Menggunakan Banner Di Atas Bagi Menggantikan Gambar yang Saya Maksudkan.
  7. Hanya 10 Penyertaan Terawal Dengan Jawapan yang Betul Akan Mendapat Hadiah Cenderahati....
  8. Sertakan Jawapan Tersebut Dalam Ruangan Komen Bersama URL Entri Anda.

Bermula 27 Nov 2015 sehingga 3 Dis 2015.
Pengumuman Pemenang Adalah Pada 5 Dis 2015.

jawapan penulis adalah 'SINGA'.. betulkah?

STRAY CATS NOT BELONG TO MY NEIGHBOR



Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Days left: 2/30
Post of the Day: 2/4

GAMBIRAN kucing-kucing diluar rumah merpati penulis yang itu.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

KLCC MORNING VIEW AND FULL MOON



Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Days left: 2/30
Post of the Day: 1/4

SEMASA penulis mengambil gambiran diatas, penulis tidak perasan sama sekali ada bulan penuh dipagi yang dingin. Dan bila penulis periksa di kalendar Islam, patutlah hari ini ialah 15 Safar 1437.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Nov 27, 2015

TUBEROSE | SUNDAL MALAM



Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Days left: 3/30
Post of the Day: 4/4

Malam ini jumaat malam. Penulis hendak berpantunlah satu rangkap.

Bunga melati indah bertaut,
Sundal malam harum menyengat;
Benarkah hati sudah terpaut,
Siang malam nama teringat.

Pokok bunga sundal malam yang penulis beli bulan lepas masih belum kembang bunganya. Tapi mula mengeluarkan bau yang harum. Tidak sekuat bau minyak dari jiran India dibawah rumah merpati penulis yang ini.

Nota lalat. Pontianak Harum Sundal Malam ialah sebuah filem arahan Shuhaimi Baba. Pelakon utama filem ini, Maya Karin memegang dua watak dalam filem ini iaitu Maria dan Meriam.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

MANGIFERA INDICA LINN



Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Days left: 3/30
Post of the Day: 3/4

KELMARIN ada rakan penulis yang memberi dua biji mangga (Mangifera indica Linn) dari kampungnya. Walaupun masih hijau, bila penulis kopek dan potong buahnya ketika bergadang di tengah malam yang hening sambil kemaskini blog poyo penulis ini, memanglah terasa sedap dan segar.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

SETEM UNTUK SEKEPING POSKAD



Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Days left: 3/30
Post of the Day: 2/4

HARGA setem untuk sekeping poskad adalah 30 sen bagi penghantaran alamat dalam Malaysia. Untuk penghantaran ke luar negara tanpa mengira jarak, destinasi, dan negara, harga setem adalah 50 sen. Diulangi hanya 50 sen (sen lima puluh sahaja). Kenapa? Tidak percaya? Murah kan?

Tapi oleh kerana penulis masih banyak lagi baki setem dari projek peraduan tahun lepas, maka penulis halalkan saja lebihan harga setem yang penulis gunakan untuk menghantar poskad keluar negara. Semoga negara akan tetap aman damai sejahtera sentosa senantiasa. Amin ya robbal alamin.

Untuk baca blog penulis pasal aktiviti poskad seantero dunya [I Want A Postcard], sila jilat setem di SINI.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

A POLICEMAN WHO CONTROLS THE TRAFFIC

Jalan Ampang

Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Days left: 3/30
Post of the Day: 1/4

MINGGU ini cuti sekolah telah bermula. Jalanraya ketempat bertugas pun tiba-tiba menjadi lengang. Tapi kadang-kadang ada juga polis trafik yang mengawal persimpangan sibuk.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Nov 26, 2015

Q7 | QX70

Audi Q7

Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Days left: 4/30
ost of the Day: 4/4

The Audi Q7 is a full-size luxury crossover SUV unveiled in September 2005 at the Frankfurt Motor Show.

The Infiniti FX-series (called the Infiniti QX70 from late 2013) is a mid-size luxury crossover SUV produced by the Nissan-owned Infiniti luxury vehicle brand since the 2003 model year.

Tiadalah penulis berminat dengan jenama kereta diatas walaupun setiap hari penulis akan limpas didepan kedai showroom itu. Tapi kalau ada orang hendak beri percuma apa salahnya kan. Lol.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Infiiti QX70

INSURANCE WILL RETURN YOUR MONEY



Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Days left: 4/30
Post of the Day: 3/4

BULAN lepas penulis telah menerima emel peringatan dari myeg untuk perbaharui insuran dan cukai jalan kereta cikputih itu. Mereka juga memberikan sebutharga. Penulis sengaja tangguhkan hingga hari-hari terakhir.

Minggu lepas penulis telah pergi kiosk myeg di Tesco Masai dan bertanya kepada awek kaunter disitu. Beliau telah berikan sebutharga yang baharu mengguna syarikat insuran yang lain. "Nanti kalau dah setahun kalo wak tak claim, insuran pulangkan duit diskaun 20-25%," katanya.

Penulis terkejutlah juga sebab bertahun-tahun penulis memperbaharu insuran kereta, tidak pernah mendapat pulangan insuran. "Petang nih wak leh amek roadtax," membuat penulis makin terkejut dengan kecepatan perkhidmatan itu.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

THIS IS THE END

Rabu, 31 Disember 2025. Jumpa anda di sana. Di SANA .  Blog bukanlah hakmilik kekal.