"Boss, this grease stain cannot be removed anymore!"
Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month Days left: 9/30 Post of the Day: 3/4
MINGGU lepas semasa mengalihkan motorsikal orang lain ditempat parkir motor itu, seluar jeans penulis telah terkena minyak kotor dari motor tersebut. Penulis pun tidak memberitahu pembantu rumah penulis itu untuk membersihkan guna tangan sahaja. Lagipun air di rumah sedang dicatu, sekiranya banyak sangat bebelan menambah tekanan perasaan yang tidak menentu pula.
Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month Days left: 9/30 Post of the Day: 2/4
PASAL bank kuasa (baca: powerbank) yang penulis cuai telah terima kembali dari pemandu bas itu membuatkan penulis berasa amat gumbira. Untuk membeli bank kuasa, kabel pengecaj (baca: charger cable) dan set kepala (baca: headset) yang baharu mungkin mencecah beratus-ratus hinggit. Sebagai penghargaan, penulis berikan wang saguhati dua poh hinggit sudah. Harap-harap kecuaian seperti ini takkan berlaku lagi.
Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month Days left: 9/30 Post of the Day: 1/4
KELMARIN penulis kan sudah cuai tertinggal bank kuasa (baca: powerbank) ditempat duduk didalam bas ekspres itu. Dan malam tadi baru penulis mendapatkannya kembali kerana ada penumpang lain yang baik hati memberikannya kepada pemandu bas.
Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month Day: 20/30 Post of the Day: 3/4
PETANG kelmarin penulis sempat lagi ke Central Market. Tiadalah yang menarik, selepas makan malam nasi ayam penyet, penulis cuci mata melihat cenderahati sahaja. Bila mahu pulang, tiba tiba hujan turunlah dengan lebat anjing dan kucing. Habis basah tembakau atas dan bawah.
Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month Day: 20/30 Post of the Day: 2/4
SALAM pagi jumaat kawan-kawan siber penulis semua semua lah. CUACA yang agak baik selepas hujan beberapa hari kebelakangan ini. Air tempayan di Masai dibuang jangan tapi.
Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month Day: 20/30 Post of the Day: 1/4
KELMARIN usai dari tugasan memotong rumput, penulis terus merempit ke Chow Kit. Tiadalah apa-apa tujuan, kecuali merakam gambar sekeping dua sudah. Tiadalah penulis menunggu hingga larut malam dan melakukan sesuatu yang sumbangsih disitu.
Nota lalat. Pasal nama jalan Lorong Haji Taib,
Lorong Haji Taib adalah diambil dari nama asal seorang yang bernama Haji Mohamed Taib bin Haji Abdul Samad yang berasal dari Batusangkar, Tanah Datar, Sumatera Barat, Indonesia (1858-1925). Kawasan Lorong Haji Taib dan kawasan sekitarnya menjadi buah mulut orang kerana sering dikaitkan sebagai daerah lampu merah Kuala Lumpur berikutan terdapat ramai pelacur luar dan dalam negara yang beroperasi di sini. Selain itu banyak penagih dadah dan bapuk menjalankan kegiatan mereka di kawasan ini. Keadaan ini mencemarkan nama seorang bergelar haji di sini. - wikipedia
Nota lalat lagi. Pasal tajuk lagu Perawan atau Janda nyanyian Cita Citata,
♪ ♪ Abang pilih yang mana perawan atau janda Perawan memang menawan, janda lebih menggoda Abang pilih yang mana perawan atau janda Perawan memang cantik, janda lebih menarik
Kalau abang pilih perawan Masih muda masih segelan Belum disentuh orang belum berpengalaman
Kalau abang pilih janda Sudah pasti lebih dewasa Sudah bermain cinta Banyak pengalamannya
♫ ♫ Abang pilih yang mana perawan atau janda Perawan memang bohai, janda lebih aduhai ♫ ♫
Lego robber and young girl painting by Ernest Zacharevic.
Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month Day: 19/30 Post of the Day: 4/4
SIAPALAH tidak kenal pelukis dinding seni jalanan (baca: street art), encik Ernest Zacharevic yang melukis banyak lukisan dinding di Pulau Pinang. Tapi bila beliau melukis dinding di bandar Johor Bahru, pihak majlis bandaraya telah memadam dengan mengecat putih akan lukisan beliau kerana lukisan beliau menggambarkan wajah Johor Bahru yang penuh dengan jenayah, ragut, kaki penipu, dan kaki perempuan. Perkara tersebut dicebekkan sahaja oleh negara jiran liliput yang anti-grafiti yang bersih, kiasu dan berdaya maju.
Nota lalat. Semasa pembikinan drama sketsa diatas, tiadalah dinding di kawasan majlis tempatan yang tertampal dengan pelekat lukisan. Harap maklum.
Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month Day: 19/30 Post of the Day: 2/4
Jodoh ditentukan oleh Allah sewatu kita berumur 4 bulan didalam kandungan ibu. Malaikat akan tulis nama kita, rezeki, kerja, kahwin dengan siapa, cerai atau tidak, anak berapa dan semuanya tentang diri - Ustaz Azhar Idrus
Tapi nanti kalau dah dapat jodoh, kita tak suka dengan jodoh kita itu, janganlah disalahkan takdir pula. Kata ustaz poyo (kawan penulis itu), dalam krisis rumahtangga, kalau salah suami disebabkan salah isteri, kalau salah isteri disebabkan salah suami juga. Kalau dua-dua tidak mengaku bersalah, maknanya salah faham sahaja.
Nota lalat. Updated. Sebenarnya penulis baru mendapat poskad yang pertama sejak menyertai projek postcrossing. Poskad dari Belanda yang mengambil masa 11 hari untuk sampai ke rumah merpati penulis ini. Penulis berasa amat gembira. Link: A Postcard I Want
Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month Day: 19/30 Post of the Day: 2/4
DULU penulis tidak meletakkan markah air (baca: watermark) pada gambar-gambar yang dipaparkan dalam blog lama penulis. Maka banyaklah gambar-gambar penulis itu diambil, dicuri, disunting (baca: edited) tanpa kebenaran dari penulis. Sedih kan? Sakit dalam hati siapalah tahu. Tapi penulis kagumlah juga, ada setengah blogger tanpa letak markah air pun tiadalah siapa yang berani mengambil dan mengaku hakmilik mereka.
Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month Day: 19/30 Post of the Day: 1/4
MASA dalam perjalanan pulang dari pejabat peguam rumah di Menara Pelangi, penulis sempat lagi berhenti di kedai hiasan dalaman yang ada pokok bunga matahari diluar kedainya. Lagi 2 3 minggu bunga matahari akan berkembang dengan cantiknya. Dan ramailah nanti kumbang-kumbang Bangla akan berkerumun disini merakamkan gambiran selfie.