Nov 15, 2015

PASAR MALAM PASIR GUDANG

gen-Y


Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 15/30
Post of the Day: 4/4

PETANG kelmarin penulis dan anak lanang telah berlarian ke pasar lambak Pasir Gudang semata-mata hendak membeli lemang kegemaran bonda anak lanang itu. Ramailah orang ramai termasuk PATI juga berhimpit-himpit membeli juadah disitu. Berikut adalah hasil tangkapan petang itu disana disana.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Rojak petis (RM3)

From left: lemang (RM5 for 3 pieces) not including rendang daging (RM2), apam balik (RM2.50) and sate ayam (RM13 including nasi impit).

TBS AS I SEE IT

Optimum 8

Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 15/30
Post of the Day: 3/4

NAMPAKNYA minggu ini kaunter tiket bas ekspres di TBS lengang tidak seperti minggu lepas semasa cuti hari Deepavali.

Blog bukanlah hakmilik kekal.


Welcome to TBS

Rangoli Flower, Dunkin Donut, TBS

Rangoli Flower donut

TREE STEAK HOUSE



Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 15/30
Post of the Day: 2/4

MASA di restoran Hard Rock Cafe KL itu, penulis tiba-tiba terasa hendak makan daging panggang (baca: steak). Hendak makan disitu rasa was-was sebab logo halal Jakim tidak kelihatan pun pada menu. Pesan air coke zero pun penulis minta yang dibawa dalam tin juga. Penulis ke Kampong Keramat sahaja sudah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.




HARD ROCK CAFE



Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 15/30
Post of the Day: 1/4

PENULIS sudah lama bercadang untuk pergi ke restoran Hard Rock Cafe Jalan Tun Ismail. Sebelum ini penulis sanggup berjalan kaki sejauh 2 kilometer di pulau Bali ditengah malam semata-mata hendak menonton 'live band'. Air minuman tin berkarbonat pun memang sama harganya dua belas hinggit. Hendak memesan makanan daging panggang (baca: steak) pula boleh merabakkan poket seluar. Jadi, selepas mengambil beberapa gambiran, penulis merempit ke Keramat saja untuk makan malam.

Masa penulis memesan air minuman, penulis telah bertanya kepada adik pelayan itu menjawab;

"skunk nih live band start kol 10.30 malam lah wak!"
"dulu kami start kol 6 ramai customer komplen sbb bising sangat dorg nak cakap2 bincang2 ke ape," katanya lagi.

Blog bukanlah hakmilik kekal.





Nov 14, 2015

YOU ARE STUPID IF YOU DO YOUR OWN LAUNDRY

Speedy Wash tokens, Bukit Belacan.

Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 14/30
Post of the Day: 4/4

BIASANYA kalau kehidupan penulis menjadi bujangan sementara, penulis akan menghantar pakaian kotor dan busuk ke kedai dobi sahaja. Biasa dalam seminggu sekali mencuci, siap lipat dan gosok baju kerja, upahnya ialah RM33.

Kelmarin penulis sudah merasa gatal-gatal tangan hendak menghantar pakaian kotor ke pusat layan diri cucian. Ramai juga makcik-makcik, pakcik-pakcik, anak-anak dara jelita yang pemalas, tidak rajin atau tidak mempunyai mesin pencuci pakaian dirumah sedang berada disitu.

Perkiraan penulis setelah menggunakan khidmat cucian layan diri ini ialah:

Mesin pusingan cucian (24kg, 26 minit) bernilai 11 token (RM11), dan
Mesin pengering (24 minit) bernilai 4 token (RM4).
Jadi, jumlah kos ialah RM15 tidak termasuk melipat dan menggosok baju dan seluar kerja. Masa menunggu ialah sejam. Tolak upah menggosok, bolehlah dikatakan kalau penulis membuat sendiri cucian seperti ini akan menjimatkan kira-kira sepoh hinggit setiap kali cucian. "Banyak juga tuuuu," getus hati penulis.

Nota lalat. Tajuk entri penulis dapatkan dari artikel di SINI.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dryers in progress.

BILA DAPAT GADING BERTUAH



Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 14/30
Post of the Day: 3/4

KADANG-KADANG bila sudah punya barang yang baru, teringat juga barang yang lama yang pernah berkhidmat dengan setia dulu-dulu. Begitulah juga dengan jodoh kita kan. Walaupun luka lama masih berdarah, luka yang baru nak letak dimana uools.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

SHARING YOUR PROBLEMS



Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 14/30
Post of the Day: 2/4

INI peringatan diri penulis sendiri juga. BLOG sendiri bermasalah, janganlah mencarut dalam blog oranglain ya. Samalah juga, RUMAHTANGGA sendiri pun bermasalah, janganlah kacau tepi kain orang pula.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

THINKING OF THE WORLD'S PROBLEMS

A Serikin boy in deep thought.

Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 14/30
Post of the Day: 1/4

GAMBIRAN diatas penulis rakamkan ketika berjalan-jalan ke pekan Serikin bulan lepas. Macamlah awak seorang saja yang ada masalah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Nov 13, 2015

THE SECOND WEEK



Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 13/30
Post of the Day: 4/4

MINGGU ini sudah masuk hari kedua dan peringatan untuk sesiapa yang berminat mengumpul patung mainan Lego dari stesen minyak Shell.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

AKU DIA DAN KOTAK: THE PLAY



Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 13/30
Post of the Day: 3/4

BILA persembahan teater budak-budak sekolah, Kembara Seni Cilik, ini bermula memanglah tidak sehebat seperti pelakon bangsawan taraf profesional. Tapi penulis melayan sahaja sehingga selesai persembahan sejam setengah kemudian. Dan mengambil gambar tidaklah dilarang selagi tidak mengganggu tumpuan pelakon diatas pentas.

10 pasukan teater sedang berentap sehingga hujung minggu ini di Festival Teater Negeri Selangor di Matic Jalan Ampang. Pemenang teater akan mewakili negeri Selangor ke Festival Teater Malaysia pula nanti.

Tetapi penulis musykil juga teater negeri Selangor yang dianjurkan oleh MTS (Majlis Teater Negeri Selangor, bukan Mahkamah Tinggi Syariah ya ) tapi dibuat di Kuala Lumpur pula. Nasib baik jugalah penulis tidak ke Shah Alam kerana kekeliruan membaca maklumat dalam website mereka.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



MATIC LAH WAK



Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 13/30
Post of the Day: 2/4

KELMARIN penulis telah berlarian ke Matic Jalan Ampang untuk menyaksikan pertandingan teater peringkat Negeri Selangor. Mula-mula bila penulis tiba di Matic, penulis tangkap gambiran diluaran dulu. Boleh kan?

PERSEMBAHAN teater peringkat Negeri Selangor berjalan agak lambat dari yang penulis jangkakan. Masuk adalah percuma. Penulis tiba tepat jam 7.55 malam, tapi persembahan bermula jam 8.46 malam pula. Pada masa penulis tiba, tidaklah ramai orang yang hadir lagi, tapi bila habis persembahan dan bila hendak keluar, penulis nampak dalam dewan hampir dipenuhi penonton juga.

Nota lalat. Hari ini Jumaat, Friday the 13th.

Blog bukanlah hakmilik kekal.







IN THE END: BYE BYE MMHE YARD PASIR GUDANG 2024

  Khamis malam Jumaat, 14 November 2024. Hari terakhir penulis potong rumput di limbungan kapal yg tandus.