Nov 4, 2015
ILHAM TOWER
Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 4/30
Post of the Day: 4/4
BANGUNAN Menara Servcorp Ilham Tower di Jalan Binjai yang baru siap dibina. Bentuk arkitekturnya seperti bangunan Bank of China di Hong Kong.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
NO SAFETY HARNESS
NICE WEATHER FOR SO LONG
KLCC view from Bukit Belacan 2 November 2015 | 7.23am |
Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 4/30
Post of the Day: 2/4
SEKARANG ini hujan setiap petang mencerahkan udara persekitaran yang sudah berbulan-bulan dilanda musibah jerebu. Air ditempayan dibuang jangan. Tapi sudah 3 bulan air masih dicatu di Masai pula. Monyet dihutan disusukan jangan.
Nota lalat terkini. Gambiran bawah pagi semalam ditempat penulis memotong rumput.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Petronas Twin Tower 1 3 November 2015 | 8.43am |
HARI KANAK-KANAK
Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 4/30
Post of the Day: 1/4
HARI Ahad kelmarin kan tiba-tiba diumumkan cuti peristiwa bagi jajahan negeri. Tapi isteri penulis (yang itu) jadi bingung samada sekolah ditutup juga ataupun tidak. Sehinggakan disuruhnya penulis berlarian ke pintu pagar sekolah cina kalau-kalau sekolah ditutup pula. Padahal dari rumah sepelaung saja sudah kedengaran bunyi hiruk pikuk budak-budak sekolah dan suara cikgu-cikgu bertempikan. Tapi untuk sedapkan hati isteri (weh, siapalah tak sayang bini tapi ada mak kan, kannns), penulis pun ikut sajalah. Memanglah benar, budak-budak sekolah seperti biasa tapi berpakaian baju istimewa Hari Kanak-kanak warna merah jambu (baca: pink). Tidak perlu membawa beg buku sekolah tapi.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Nov 3, 2015
SUSHI I WANT
Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 3/30
Post of the Day: 4/4
KELMARIN anak lanang penulis yang baru berumur 17 tahun itu sudah bilang mahu makan sushi sempena harijadinya. "Takmoh kat Permas bah, kat Tebrau je sudah," 'demand'nya lagi. Wehh, siapalah tidak sayang anak, tapi ada mak kann. Kanns?
Nota lalat. Kelmarin ada kawan bertanya hukum makan sushi. Dato Ustaz Kazem ada memberitahu, berdasarkan hukum, pada umumnya memakan ikan mentah tidak diharamkan dan darah yang masih tersisa dalam daging itu bukan termasuk darah yang diharamkan, sebagai pengecualian. Dan sekiranya ada logo Halal Jakim, semestinya halal. Wallahualam.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
HE IS 17 NOW
Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 3/30
Post of the Day: 3/4
29 Oktober, hari Khamis adalah harijadi anak lanang penulis yang
Nota lalat terkini. Tadi malam (Isnin, 2 Nov) penulis telah menelefonnya bertanya tentang peperiksaan Bahasa Malaysia kertas 1 dan kertas 2. "Oke je bah, semua boleh jawab," katanya dengan penuh yakin.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
CUTI PERISTIWA
Jessie the Yodeling Cowgirl (Toy Story) looking at the latest news. |
Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 3/30
Post of the Day: 2/4
MINGGU kelmarin urusan penulis di jabatan tanah Nusajaya belum selesai. Ingatkan minggu ini boleh dapat geran strata di jabatan tanah galian dan terus ke jabatan perumahan. Tapi sungguh tidak penulis sangka, buah cempedak pun dah jadi nangka. Pasukan bolasepak JDT telah menjadi juara Piala Asia pula di Tajikistan dan hari Ahad 1 November 2015 diumumkan cuti peristiwa. Jadi semua jabatan kerajaan negeri ditutup dan urusan pindah milik flat rumah murah penulis itu tertangguh seminggu lagi nampaknya.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
BLOK 6
Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 3/30
Post of the Day: 1/4
PETANG kelmarin penulis telah berlarian ke flat rumah murah untuk mengambil dokumen dari penyewa aka bakal pembeli rumah penulis yang itu. Sebelum ini, penulis diberitahu bahawa penyewa itu akan keluar dari rumah untuk tinggal dirumah pusaka dikampungnya. Walaupun begitu, beliau tetap berniat untuk membeli flat rumah tersebut. Dan berita tersebut telah sampai kepengetahuan ustaz muda dan isterinya yang sedang menyewa dirumah India berdekatan. Ustaz memberitahu untuk pindah ke flat rumah murah penulis bila penyewa keluar nanti. Antara sebab ialah kerana sewa yang mahal dan tuanpunya India itu meletakkan syarat yang ketat sekiranya ada kerosakan rumah. "Nak pasang kipas siling pon xleh wak!" rungut isteri ustaz muda itu. "Kalo repair pintu ke jamban ke rosak takleh nak claim," Ustaz muda itu pula mengadu kepada penulis.
Setelah berbincang berkenaan harga sewa dan deposit, penulis pun bersetuju untuk menyewakan kepada beliau nanti.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Nov 2, 2015
GANU KITE
Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 2/30
Post of the Day: 4/4
BILA penulis tiba di Dataran Merdeka, majlis perasmian Pesona Terengganu pun baru bermula. Penulis banyak menghabiskan masa mengambil gambiran didalam khemah pameran sahaja. Selepas menyanyikan lagu Negaraku untuk perasmian majlis di luar khemah, penulis pun pulang ke gagang.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
BATIK TERENGGANU
PESONA TERENGGANU
Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 2/30
Post of the Day: 2/4
DALAM khemah pameran Pesona Terengganu memanglah banyak pameran dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta. Pameran tenunan kain pun ada.
Nota lalat terkini. Penulis masih mencari-cari template blog yang lebih ringkas dan tidak berat. Kawan-kawan harap bertabah ya.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Subscribe to:
Posts (Atom)
IN THE END: BYE BYE MMHE YARD PASIR GUDANG 2024
Khamis malam Jumaat, 14 November 2024. Hari terakhir penulis potong rumput di limbungan kapal yg tandus.
-
Please hover your mouse (or click if you use smartphone) to see Now and Then of me. Minggu, 30 Oktober 2022. Prelude: Kenapa Harus S...
-
Selasa, 5 November 2024. Kelmarin pulang dari stadium Arena Sepaktakraw JB. Wak terus pesan tiket atas talian. Untuk tonton perlawanan bol...