Jul 1, 2015

2 MUZIUM LOMBONG BESI



KELMARIN dalam perjalanan pulang, penulis sempat lagi singgah di dua muzium lama. Yang kesatu (pertama), penulis telah keluar dari Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dan mencari dan berjumpa dengan tapak peninggalan lombong besi di Bukit Besi. Penulis hanya melawat mini muzium yang terletak di bangunan Ketengah (Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah).

Yang kedua, penulis juga singgah di Muzium Lombong Besi di Sungai Lembing. Ini adalah juga pengalaman pertama penulis ke muzium ini yang terletak jauh nun di hulu sungai. Ditengahari yang terik juga amat melesukan. Asyik mengeluh saja tak baik kan. Astaghfirullahal’adzim, alladzi la ilaha illa huwal hayyul qoyyumu wa atubu ilaih, maksudnya aku meminta ampun pada Allah yang Maha Agung, tiada tuhan selain Dia yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri Sendiri, dan aku bertaubat pada-Mu. Amin.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



















Di Muzium Sungai Lembing,





















Jun 30, 2015

DE MARCHERER TIL DANMARK



'Mereka berkawad dalam perbarisan ke Denmark,' itulah tajuk entri penulis pada hari ini.

KELMARIN kan penulis sudah dijemput untuk merakamkan sesi latihan perbarisan marching band dari sekolah Victoria Institution itu. Tadi malam, rakan penulis juga telah memanggil penulis untuk merakamkan momen sebelum mereka berangkat ke Denmark.

Entri terdahulu ada di sini. Link.

Semoga mereka berjaya mengharumkan nama negara di sana dan selamat menjalani ibadah puasa selama 21 jam bagi yang beragama Islam. Amin.

English translation:
"They are marching in the parade to Denmark , ' That is the title of today's writer post.

The author was invited last week to record training sessions marching band parade from Victoria Institution 's school . Last night , the friend had also called for the writer to record the moments before they left for Denmark.

Previous posts here. Link.

We wish them well in the name of the country there and underwent 21 hours of fasting for Muslims. Amin .

Nota lalat 1. Alat permainan LEGO yang popular itu berasal dari negara Denmark. Di Malaysia set permainan Lego yang asli dikenali sebagai alat permainan DiRaja kerana kos harganya yang amat mahal, dimana set yang paling murah berharga tidak kurang daripada Rm12 - wikipedia Bahasa Melayu.

Nota lalat 2. Ini adalah entri penulis yang terakhir untuk bulan Jun ini. Jumpa kawan-kawan dibulan hadapan ya. Insha Allah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.





























Jun 29, 2015

MBAK JAMBU LAWA

Jambu Lawar, Jalan Kuala Krai, jajahan Machang.

HARI INI baru hari kedua belas kita berpuasa.

KELMARIN penulis sudah menghantar anak wedok penulis pulang ke kolejnya di Red Sands itu, tetapi beliau akan sewa bilik dirumah sewa baharu bersama-sama dengan rakan-rakannya yang lain. Perjalanan sejauh hampir 9 jam yang memey meletihkan di bulan puasa ini. Penulis ada teringat ceramah dari ustaz di radio berkata diharuskan berbuka puasa untuk musafir yang jauh perjalanannya melebihi dua marhalah (91? kilometer). Tetapi bagi penulis, menggantikan puasa yang kita tinggalkan nanti adalah lebih mencabar.

Pergi ke New Castle limpas kampung Jambu Lawar dan baliknya penulis singgah di Masjid Kristal yang menarik juga diwaktu malam.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

7.44am, somewhere between Raub and Kuala Lipis.

Masjid Kristal mosque chandelier, Pulau Wan Man.

Masjid Kristal, Pulau Wan Man.

Jun 28, 2015

TAKUT BERCINTA DENGAN SUAMI ORANG



PENULIS sebenarnya bukanlah mengikuti berita berita sensasi artis tanahair, tapi bila ada ahkak hotel itu bilang muka penulis seperti wajah suami artis membuatkan penulis teruja hendak melihatnya sendiri. Haaa, jauh udang dari panggang dari api, kata rakan penulis yang itu.

Kisah-kisah berkenaan Hanez Suraya:

1. Suami cemburu Hanez Suraya bataskan lakonan [+ 17/3/15]
2. Foto Hanez Suraya Semakin Jelita Umpama Patung [+ 6/15 ]
3. Takut bercinta dengan suami orang - Marsha [+ 4/14 ]
4. Gelaran Perampas Suami Orang, Hanez Suraya Ratu Kontroversi 2014 [+ 19/12/14 ]
5. Hanez Suraya Desak Nurliyana Mohon Maaf Kerana Fitnah Dirinya [+ 5/3/14]

Lagipun, tak elok cerita keaiban orang dan masalah rumahtangga orang lain di bulan yang mulia ini kan. Rumahtangga kita sendiri pun ada masa-elahnya juga.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jun 27, 2015

HARI KE 8 RAMADHAN

Half moon image I captured just now at 9.43pm | Bukit Belacan.
Nikon D7000, f/5.6, 1/800s, iso 250, focal length 116mm, no flash, no tripod


Doa hari ke 8 Ramadhan:

"Ya Allah, berilah aku rezeki berupa kasih sayang kepada anak-anak yatim, pemberi makanan, penyebar salam dan bergaul dengan mulia; dengan kemuliaan-Mu. Amin ya robbal alamin."

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jun 26, 2015

U FOR LIFE

U For Life, Tokio Marine. [+ Link ]

TIADA yang menarik untuk penulis ceritakan didalam blog penulis yang biasa biasa saja ini. Cuma kelmarin penulis telah membeli topi helmet yang baharu. Sedar tidak sedar, penulis telah merempit lebih lapan bulan untuk ke tempat mencari rezeki. Baju hujan pun sudah lusuh dan berlobang sana sini dan diminta untuk diganti baharu juga. Tenokla nanti kalau ada rezeki, kalau penulis disambung kontrak memotong rumput dipadang yang ini, insyaAllah adalah baju hujan yang baharu. Kalau tidak, terpaksalah penulis mengharungi hujan dan membasah tembakau sahaja atas dan bawah. Sedih kann, kanns.

Blog bukanlah hakmilik kekal.


Jun 25, 2015

VICTORIA INSTITUTION



MALAM kelmarin penulis telah berbuka puasa di kelab budak-budak tua sekolah (baca: Victoria Institution Old Boys Association, VIOBA) untuk pertama kalinya. Ini adalah undangan dari rakan penulis yang teruja untuk memperkenalkan pasukan pancaragam (baca: march band) sekolah anak beliau disitu. Mereka seramai 93 pelajar sekolah VI pada hujung minggu ini akan berangkat ke negara Denmark, dimana waktu berpuasa adalah 21 jam ya. Berikut adalah gambiran yang sempat penulis rakam semasa latihan pada malam tersebut.

Nota lalat 1. Penulis bukanlah bekas pelajar sekolah ini. [+ blog bekas pelajar ]

Nota lalat 2. Adakah sekolah Menengah Victoria (Victoria Institution), Kuala Lumpur sebuah sekolah yang paling menyeramkan di Malaysia? Jika paling menyeramkan, kenapa pelajar-pelajar hidup aman damai di asrama disitu? Hrmm. [+ Link ]

Nota lalat 3. Mendiang encik Lee Kuan Yew adalah bekas presiden kelab VIOBA sebanyak 2 kali.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

















IN THE END: BYE BYE MMHE YARD PASIR GUDANG 2024

  Khamis malam Jumaat, 14 November 2024. Hari terakhir penulis potong rumput di limbungan kapal yg tandus.