KADANG-kadang perkataan yang sensitif boleh buat orang melatah. 'Resign' bermaksud 'sila tandatangan semula', atau ia juga boleh bermaksud 'berhenti kerja'.
HARI ini Isnin (23 Mac 2015) adalah hari kemahkotaan Sultan Johor dan cuti umum untuk seluruh negeri dibawah jajahannya. Saya pun sedang bercuti juga. Semalam sore sempat lagi berpeleseran jalan-jalan di pantai lido melihat persiapan untuk perarakan esok. Khemah-khemah dan jamban bergerak ditepi longkang pun sudah didirikan.
KELMARIN teringin saya hendak mamam durian. Tetapi sekarang ini bukan musim durian, sebab itu harganya RM16 sekilo. Beli dua biji durian menjadi RM60. Nasib tidak baik pula, satu buah tak manis dan tawar rasanya.
KELMARIN saya sempat lagi berjalan-jalan ke seberang tambak. Sebenarnya saya menaiki bas dari Larkin sehingga ke Woodlands sahaja. Tiada yang menarik untuk saya ceritakan disini, hanya gambiran sahaja yang dapat saya paparkan. Dan saya telah mencapai hajat tujuan saya ke pulau temasek ini, iaitu:
1. Membeli suratkhabar The Straits Times & Berita Harian - done 2. Ehem, ehem (ikut gaya Ibrahim Pendek) - done 3. Mengambil gambar tambak johor dari flat HDB - done
SAYA baru tahu masjid As-syakirin sedang dibina semula. Banyak lorong pejalan kaki telah ditutup. Jadi saya terpaksa berjalan pusing satu taman dari Suria KLCC ke Lorong Kuda, yang menyebabkan peluh membanjiri ketiak atas dan bawah.
SUDAH lama saya menanti khabar blogger pengayuh basikal veteran tuan haji [Hajimeli] yang kali terakhir mengemaskini blognya sebelum beliau mengembara berbasikal ke Mekah tahun lepas. Sehingga sekarang blognya masih sunyi sepi tanpa entri terkini. Tapi sekarang saya tahu dimana beliau tinggal.
SALAM. Hee dalam kesibukan tugasan pun saya sempat lagi menyahut cabaran menulis entri dengan tulisan tangan saya yang buruk ini. Cabaran dari blogger lekatlekitgurl. Maafkan saya kerana membuat entri yang poyo sebegini.
Nota lalat. Sila lawat blog cikpuan [lekatlekitgurl] untuk menyahut cabaran. Tiada paksaan dan tiada hadiah ya. ;D