Khamis, 5 Disember 2024.
Harijadi tuan tanah.
Semoga dipermudahkan segala urusan.
Dimurahkan rezeki.
Dihindari dari kemiskinan.
Aminn ya robbal alamein.
Hari ini rencana mahu ke Pelabuhan Klang.
Ambil kereta anak menantu dari Kuching.
Kalau langsung ambil Grabcar memang mahal.
Maka naik keretapi komuter dari KL lah jawabnya.
Pagi2 jam 6.10am usai solat subuh.
7.02am tiba di Kampung Baru.
Kemudian berlarian ke stesen keretapi komuter Bank Negara.
Singgah di medan selera dan makan lontong.
8.10am sudah berada di platform keretapi.
Tujuan menghala ke Pelabuhan Klang. rm6.70
Perjalanan dijangka mengambil masa hampir 2 jam.
Tiba2 sakit perut pula.
Walaupun tinggal beberapa stesen lagi.
Tapi perut sudah memulas2.
9.25am - terpaksa keluar di stesen Klang.
Guna tandas di situ.
Kemudian kena sidai sejam.
Aduhai.
10.32am - baru dapat naik keretapi ke Pelabuhan Klang.
Keretapi lambat 7 minit.
10.54am - tiba di stesen terakhir, yakni Pelabuhan Klang.
Terus tempah Grabcar atau Indrive.
Tapi harus tawar menawar dahulu.
Pemandu Indrive terima tawaran ke Westport Conventional Main Gate.
Dengan harga berpatutan.
Rasanya pemandu Grabcar semua jual mahal.
11.22am - naik Indrive ke pelabuhan.
11.55am - tiba di kaunter Westport Conventional Main Gate.
Bila cikkak kaunter periksa mykad.
Tiada tempahan untuk ambil kereta.
Terpaksa hubungi ejen 1.
Ejen 1 suruh hubungi ejen 2.
Ejen 2 marah2 bila baru dapat tahu.
Rupanya salah faham.
Bukannya wak tidak beritahu awal mahu datang pagi ini jam 10am.
Ejen 2 sebenarnya sudah bawa balik kereta ke rumahnya di Klang.
Kena sidai sejam lebih.
Mula2 ke stesen minyak Petron bersebelahan kaunter.
Tapi kabel pengecaj type-C tidak ada dalam stok.
Mahu ke lot kedai diseberang tidak tahu caranya.
Kerana tidak kelihatan jalan untuk pejalan kaki.
12.01pm - patah balik ke kaunter.
Terpaksa tanya pegawai yg mahu keluar.
Disarankan ke menara Westport di sebelah sono.
Ada kafe katanya.
12.25pm - berjalan kaki ke menara.
Cari kafe, tapi wak tidak selera mahu makan dan masih kenyang.
Kemudian lepak di surau.
Adalah beberapa pekerja pejabat dalam surau.
Boleh pula berdrama tadi.
Wak silap buka kipas yg tidak sepatutnya.
Monyok sahaja mamat muka ketat yg bangun tutup suis pula.
12.07pm - Ehh, tiba2 ada tazkirah.
Walaupun sudah mahu masuk waktu zohor.
Wak solat dulu.
Sebab sudah janji dengan ejen 2 yg mahu hantar kereta.
1.20pm - ejen 2 tiba dengan kereta birunya.
Ejen 2 yg sudah kena strok sebelah badan.
Huhu.
Borak2 juga tadi.
Dia kata mereka boleh hantar kereta ke rumah.
RM450 sahaja ke JB dari Port Klang.
1.25pm - baru dapat jumpa kereta dari Kuching.
Terus singgah di kedai bersebelahan Supermart 99 beli kabel pengecaj type C. rm15
Sebab bateri henfon sudah dibawah paras rendah ya amat.
Petang berlarian ke Tamarind Square Cyberjaya.
Lepak di restoran 10 grams Bakers & Steaks.
Makan striploin steak medium rare.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
No comments:
Post a Comment
Comment at your own risk.