Khamis malam Jumaat, 19 Disember 2024.
Kejadian kelmarin di kedai serbaneka 7-eleven Rimbayu.
Kedai tiada kemudahan kod QR untuk pembayaran.
Cuma boleh terima e-Wallet.
Tapi baki dalam e-Wallet wak tinggal 33sen.
Sepatutnya wak tambah nilai dahulu.
Tapi mamat kaunter itu ajar guna DuitNow dalam MAE.
Dia tekan2 terus pindah duit ke nombor henfon wak.
Ehh?
Dipendek cerita.
Duit sudah dipindah tapi tidak tahu kemana.
Wak cuba hubungi perkhidmatan pelanggan bank.
Biasalah, operator sahaja yg menjawab berjam2.
Wak putus asa.
Pagi tadi sudah berlarian ke Maybank Seksyen 9.
Buat laporan dan kecaman.
Siap isi borang.
Pegawai akan uruskan - kata kerani di meja kaunter itu.
Disuruhnya tunggu sahaja.
Selepas itu cuci cikputih yg sudah comot.
Tempat cuci yg murah.
RM10 sahaja, tawaran percuma kalau cuci 5 kali.
Kalau ditempat lain, biasa kena sehingga RM17.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
No comments:
Post a Comment
Comment at your own risk.