Tanjung Pengelih, Pengerang Johor @2024 |
Ahad, 8 Disember 2024.
Pagi2 tadi sudah berlarian mencari tandatangan dan cap rasmi.
Sambungan dari aktiviti seharian semalam.
1 - sekolah menengah, guru besar tidak mahu tandatangan, disuruhnya ke terminal bas mencari ketua kampung;
2 - di terminal bas, pejabat ketua kampung dibuka hanya jam 5 petang hingga 9 malam, dan tidak dibuka hari minggu (Jumaat & Sabtu);
3 - balai polis Masai, kena tunggu pegawai sehingga tengahari, disuruhnya ke IPD sebab ada ramai pegawai di sono;
4 - ibu pejabat polis daerah (IPD), memang ada pegawai tapi 2 orang bercuti (MC & cuti), dan seorang lagi pegawai ada hal tugasan lain, disuruh tinggal borang dan datang esok pula;
5 - sekolah rendah depan rumah, akhirnya guru besar baik hati sanggup turunkan tandatangan dan cap rasmi.
6 - kembali ke sekolah menengah tempat anak lanang belajar, berjumpa dengan puan guru kaunseling, wak mengadu masalah mencari cap rasmi, puan guru pernah beritahu anak lanang (dan pelajar lain) untuk bapa/penjaga yg tiada pendapatan tetap boleh saja dikumpulkan dan dapatkan tandatangan guru besar di sekolah itu.
Yo wes lah.
Pagi jam 10 sudah berlarian ke Tanjung Pengelih.
Kelihatan bangunan Pollux Habibie di Batam - Jun 2023.
Juga pencakar langit di Temasek.
Petang jumpa ejen jualan langsung Amway.
Malam jumpa ejen hartanah.
Movie lalat.
Under Paris 2024 (French)
Blog bukanlah hakmilik kekal.
No comments:
Post a Comment
Comment at your own risk.