Ahad, 1 Disember 2024.
Sekarang cuba kurangkan tayang gambar2 makanan.
Pagi2 sudah berlarian ke Taman Tasek Tun Jeanne Abdullah.
Daki Bukit Tiz seorang diri.
Kali ini tidak bawa dry bag 10L itu.
Cuma pegang sebotol air mineral.
Dan henfon di tangan kiri.
Kali terakhir ketagih ke puncak ini - Oktober 2024.
Nota lalat.
Hari ini baru daftar khairat kematian masjid jamek. rm50
Alhamdulillah.
Movie lalat.
Vicky Cristina Barcelona 2008.
Compartment No 6 2021
The First Great Train Robbery 1978 (Sean Connery) - unfinished.
Elevation 2024.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Malam.
Keluar ngeteh dengan bro Bernard JB.
Rakan umrah tahun 2013, yakni 11 tahun yg lampau.
Kita borak2 sahaja.
Walaupun cuma sejam, tapi banyak juga topiks yg kami bincang.
Topik 1: He's drinking teh tawar the same as me.
Bernard kata sejak arwah emak beliau meninggal gara2 kencing manis.
Mula2 arwah dimasukkan ke KPJ, dua kali dipotong kaki.
Kemudian dihantar ke HSI (kerajaan) sebelum meninggal disitu.
Question: biasa orang akan masuk hospital kerajaan dahulu.
Topik 2: Logistic business is very slow now.
Itu yg dikata bila wak tanya pasal kerja logistik beliau.
Baru nak tanya pasal peluang kerja.
Topik 3: Old colleagues still in contact.
Bernard kata masih berhubungan dengan rakan2 umrah.
Ada yg ajak buat bisnes pelihara ladang lembu.
Topik 4: His father was re-marry.
Wak nampak dalam FBnya.
Arwah emak beliau meninggal bulan Oktober tahun lepas.
Majlis nikah ayah beliau pada bulan 3.
Kubur emak masih basah lagi orang kata.
Adik beradik semua tak setuju.
Tapi Bernard menyokong ayah yg nak kahwin janda 5 anak.
Katanya jumpa dalam group whatsapp Janda Gersang Kesepian.
Question: Kenapa ayah tak kahwin pucuk muda.
Topik 5: His business partner is Genting casino VIP member.
Selalu datang KL ada bisnes.
Tapi tidur kat Genting.
Rakan bisnes Cina itu selalu main judi di kasino.
Beliau boleh pula masuk kasino sebab rupa seperti cina.
Topik 6: His wife got a salon business.
Mereka ada 2 anak dara, umur 21 dan 16.
Masa sebelum Covid 19 Bernard pernah dapat kontrak di Sandakan.
Tapi bila perubahan aliran politik negeri Sabah.
Kontrak diberikan pada orang lain.
Isteri pernah buat bisnes kedai salon rambut di Kota Masai.
Tapi cuma bertahan 2 tahun.
Ada krisis dengan adik ipar pula.
Ooh.
Sebelum itu, sempat singgah di farmasi.
Beli ubat kolesterol, yakni Simvastatin. rm3x6, rm18
No comments:
Post a Comment
Comment at your own risk.