Jan 19, 2022

THIS IS TAKING FOREVER

Eating a red apple today @2022

 Selasa.
Doha, Qatar.

Ini adalah entri 10 hari terkebelakang ya kawan2.
Jangan cakap wak TAK bagitau.

Semalam wak sudah tanya pada EPH si mamat India Logistik itu.
Samada wak boleh berangkat ke offshore esok, yakni hari ini.
Sampai sekarang (sudah 24 jam) pun EPH masih senyap.
Yo wes lah.

Ooh.
Tadi wak order nasi goreng ayam.
Tidaklah sesedap mana.
Seperti biasa makan separuh untuk esok.
Disebabkan itu, tiba2 wak teringin nak makan nasi goreng kampung pula.

Cerita lalat lain.
Pasal RFID dan kad Touch and Go yg sedang heboh sekarang di tanahair.
Ada rakan FB update status dia, begini.

RFID vs T&G
Semalam driving di KL mengunakan RFIDyg aku dah guna di JB selama hampir 2 tahun memang mantap dan selamat. Tiada kes tersangkut dan tak perlu beratur panjang...Aku dulu beli di Petron Pasir Gudang dan pasang sendiri di cermin depan sebab malas nak beratur guna T&G di Tol Desaru dan bersaing dgn lori dan petang bila waktu puncak ramai balik dari resort Desaru dan Rapid Pengerang.
Pada masa tu tak ramai yg guna RFID so lorong tu memang tiada kenderaan..Apa2 pun kad T & G sentiasa ada untuk back up. Bagi aku lebih mudah guna RFIDni sebab aku boleh check balance dlm E Wallet dan top up siap2 pastikan duit cukup untuk Toll etc. sebelum perjalanan.
Tapi saya hairan kenapa Malaysia tidak guna sistem ERP ( Electronic Road Pricing) macam Singapore...cuma scan dari gantri palang atas. Tak perlu bangunan,palang dan kakitangan boleh di minimakan jimat kos. Malaysia ni ketinggalan dlm sistem ... harap bangunan jer tinggi... tapi benda2 dibawah banyak yg tak settle...

Jadi wak letak commentlah begini.

Biasalah kita kagum dgn negara yg lebih maju dgn kita, begitulah juga org indon kagum dgn sistem TNG kita dan mereka pelik sbb motor bisa masuk hiway #DontLookUp

Tak sampai 5 minit, mesej wak kena banned. Hahaha.
Wak sengaja letak sini untuk kenangan sahaja.
Harap tuan punya post FB diatas tidak baca blog merapu wak ini. ;p

Sambil itu.
Untuk Unknown (silent reader)  - terimakasih daun keladi. ;p
Lain kali jangan buat lagi .. taww

Blog bukanlah hakmilik kekal.

No comments:

Post a Comment

Comment at your own risk.

FLIGHT TO BATAM: CABARAN APAKAH HARI INI

Looking at Tanjung Uncang Batam from the air @2024 Sabtu, 27 April 2024. Semasa rakan2 baca entri wak ini. Wak mungkin sudah mendarat di pul...