Jan 10, 2022

THE NEW PPE | I'M REACTIVE

my new gloves @2022

 Isnin.
Doha, Qatar.

Tadi malam sudah tiba pakaian keselamatan PPE.
Baju coverall saiz L.
Kasut saiz 42.
Helmet dan sarung tangan juga.

Cerita lain.
Petang tadi wak rasa nak makan piza.
Bila tiba di pintu City Center Mall..
Pakguard itu minta sijil vaksin pula.
Dengan masalah  ketidakcapaian data dan  wifi.
Wak pun balik semula ke apartment.
ASI  suruh reinstall semula apps mysejahtera yg wak lama tak pakai.
Baru boleh lihat sijil vaksin.
Bila masuk dalam mall terus ke restoran Pizza Hut.
Ingat boleh dine-in, tapi abam manager India itu kata sijil wak tak laku.
Sudah lebih 6 bulan katanya.
Jadi, dipendek cerita, wak makan KFC sahaja.

Bila  balik tadi,  AWI suruh check apps Ehteraz pula.
Sudah bertukar dari hijau ke warna kuning.
Wak disahkan positive, yakni reactive.
Wak kena kuarantin 6 hari.
Dan akan diperiksa kesihatan lagi nanti.
Dan AWI ada berikan ubat Vitamin C.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

No comments:

Post a Comment

Comment at your own risk.

RUMAH BARU BERBALOI DI BERNAM JAYA SELANGOR 2025

  RUMAH BAHARU 1 TINGKAT, Bernam Jaya, Full Loan RM250K PROJEK RUMAH MAMPU MILIK DI BERNAM JAYA, SELANGOR. TERES 1 TINGKAT (Jenis A ) Kelua...