Jan 5, 2022

COUGH WITH PHLEGM?

Unifed Expectorant Syrup @2022

Rabu.
Doha, Qatar.

Hari keempat demam selesema.
Tekak pun perit.
Kahak pun makin banyak.

Tadi malam AWI  ada buatkan air limau purut.
Bila wak minum sikit rasa terbakar tekak.

9 pagi tadi wak berlarian ke City Center Mall.

Tujuan untuk beli ubat batuk lagi.
Sebab ubat batuk semalam sudah kehabisan.
Tapi harga ubat batuk (35 riyal) sebotol itu mahal gila di Farmasi Obnsena.
Dan tiada pilihan lain.

Hari ini wak pergi ke Farmasi Kulud.
Terletak jauh dibelakang kedai2 dan ditingkat 2.
Bila wak tanya, awek arab kaunter itu sarankan ubat batuk 9 riyal.
Kemudian dia berikan satu lagi ubat batuk 6 riyal.
"Yg ni stronger untuk cough with phlegm," katanya.
Yg penting lebih murahan dari kedai farmasi semalam.
Dan ada pilihan lain.

Ooh.
Wak mula2 tak faham juga bila mereka tanya.
"Cough with phlegm?"
"Or dry cough?"
Wak ingatkan flame ke apa.
Bila google baru faham.
Phlegm, yakni kahak ya kawan2.

Singgah di Carrefour, wak beli salad.
Tapi tak sangka pula wak terbeli salad pasta Greek.
Aduhai.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

No comments:

Post a Comment

Comment at your own risk.

CARA REFUND DUIT DALAM KAD TOUCHNGO YG TAMAT TEMPOH SECARA ONLINE

  Khamis, 20 Jun 2024. Hari Sabtu lepas semasa hantar anak lanang ke Senai airport . Baru perasan kad Touchngo wak sudah tamat tempoh.