Apr 12, 2023

ALL THE MONEY IN THE WORLD

Sunset at Kampung Teras Jernang @2023

Rabu, 12 April 2023.

Pagi tadi ke kantor sebentar.
Kemudian ke Bandar Puteri Puchong.

Petang berlarian ke param di Seks. 3. BB Bangi
Beli mee goreng sotong (rm8) dan roti bom dua hinggit.

"Wak xde duit kecik ke," bila wak kasihkan duit sehatus hinggit seketul.
Padahal nampak banyak juta2 duit dalam tupperware atas meja itu.

Movie lalat. 
All the Money In The World 2017. John Paul Getty III, cucu kepada hartawan minyak J Paul Getty, diculik di Rom oleh gangster Itali. Ibunya berusaha sedaya upaya untuk memujuk datuk jutawannya untuk membayar wang tebusan. Co-star: Mark Wahlberg.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Apr 11, 2023

MALAM LAILATUL QADR LEBIH BAIK DARI SERIBU BULAN

JBS Bike Jalan Diplomatik @2023

 Selasa, 11 April 2023.
21 Ramadhan 1444.

Hari ini wak berlarian ke kantor lagi.

Petang jalan2 di Putrajaya.

Hafazan lalat.
Surah al-Qadr ayat 1-5.

Movie lalat. 
The Gambler 2014. Mark Wahlberg

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Birthday Tihani Contessa 2023 - 9th.

Rambang Jalan-jalan Putrajaya @2023
<
Please hover your mouse (or click if you use smartphone) to see Now and Then of me.


Apr 10, 2023

PEKERJA CARWASH LETAK HARGA SESUKA HATI

 

Sungai Merab Sunset just now @2023 

Isnin, 10 April 2023.

Pagi2 tadi sebelum berlarian ke kantor.
Wak singgah di kedai cuci kereta di pekan Dengkil.

Bodi cikputih pun sudah berdebu dan penuh lumpur.
Balik dari Taman Negara kann.
Comot atas dan bawah.

Tiada kenderaan lain disitu ketika itu.
Ada 4 pekerja Nepal rasanya dari tulisan pada tshirt mereka.
Dan ada satu supervisor berbangsa India disitu.

Usai cuci kereta, bila ditanya harga cucian.
"lima belas hinggit wak," kata macha.
Wak agak terkejut juga.
Kerana biasanya harga cucian cikputih (kereta sedan biasa2) cuma rm12 sahaja.
Tidak kiralah samada di KL atau di Masai.
Kalau rm13 pun terasa agak kemahalan.
Tapi wak tidaklah hilang akal.
Wak bayar sahaja lah.

Olehkerana wak tidak cukup uang kecil.
Wak kasihlah duit dua poh hinggit sekeping.
Macha tiada pula uang kecil.
Mungkin disebabkan masih pagi lagi dan wak pelanggan pertama agaknya.
"Berapa wak ada?" tanya macha itu lagi.
"Tak cukup, cuma tiga belas hinggit," sambil wak tunjuk duit juta2 dalam wallet wak.
Tidak mahu terima pula. Aiyahh.
Habis tadi kenapa kamu nanya? Kamu bertanya-tanya?

Langsung macha pergi ke kedai runcit sebelah untuk tukaran.
Dan kemudian dikembalikan juga uang lima hinggit.

Nota lalat.
Tadi malam tiba2 dapat panggilan dari nombor yg tidak dikenali.
Rupa2nya anak wedok wak yg sedang kuliah itu.
Dia guna henfon rakan serumah.
"Bah, henfon anaknda dah rosak,"
"Ringtone ada, tapi tak masuk call," 
Dipendek cerita, sudah terbeli Samsung A34 5G. RM1600
Kali terakhir beli Redmi Note 8 pada tahun 2020 - No S-Pen.
Semoga dapat bertahan sekurang2nya 3 tahun lagi.

Movie lalat.
Win It All 2017.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

From her phone via whatsapp @2023


Apr 9, 2023

TIADA YG MENARIK DI SUNGAI RUAN, RAUB DAN SEKITARNYA

Batu 0 (Zero Kilometer) Milestone Kuala Lipis @2023

 

Ahad, 9 April 2023.

Malam tadi jam 12 tengahmalam sudah keluar mencari makanan untuk bersahur.
Khuatir kalau lambat nanti semua kedai makan ditutup pula.
Lagipun di bandar ini tiada restoran McD yg 24 jam itu.
Nasib baik ada restoran tomyam berdekatan.
Wak pesan nasi putih, paprik campur dan telur dadar seperti biasa.

Pagi tadi jam 9 sudah berlarian dari bandar Kuala Lipis menuju Sungai Ruan.
Cuba terjah resort bernama Rock Mountain di tengah ladang kelapa sawit itu.
Bila berjumpa tidak dibenarkan masuk untuk orang luar pula.
Hanya untuk penyewa dan tetamu resort sahaja.
Orang luar sila main jauh2.
Yo wes lah.

Kemudian wak langsung pulang ke pusat bandaraya.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Midnight and full moon at Kuala Lipis @2023
Rock Mountain Sungai Ruan Raub Pahang @2023
Genting Highlands resort view from Central Spine Highway near Bentong @2023
I made him a bit happy today at Shell Sungai Besi @2023

Apr 8, 2023

NEGERI DIATAS AWAN DAN TIBA-TIBA BERJALAN DI CANOPY WALK TERPANJANG DUNIA

Bukit Awan @2023


 Sabtu, 8 April 2023.

Pagi2 usai solat subuh sepi-e.
Wak pun berlarian dengan cikputih ke Kampung Pagi.

Tiba di Bukit Awan sudah jam 7.10am.
Keadaan bukit dilitupi awan tebal.

Wak tunggu sehingga jam 7.50am.
Pun tiada bayangan untuk melihat awan karpet yg viral itu.
Yo wes lah.

Pulang ke Kuala Tahan.
Terus bergegas menaiki perahu sehinggit ke seberang sungai.
Daftar di kaunter pendaftaran untuk masuk hutan taman negara.

Perjalanan yg tidak mencabar langsung.
Disebabkan penyediaan pelantar papan dari kaunter pendaftaran.
Hinggalah ke Canopy Walk yg sejauh satu kilometer sahaja.

Pergi dan pulang sekitar 3 jam.
Santai-santai sahaja.

Tidur sebentar sebelum berlarian ke Kuala Lipis pula.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Apr 7, 2023

JALAN-JALAN KE TAMAN NEGARA TANPA TUJUAN

Masjid Jamek Kuala Kerau @2023

 Jumaat, 7 April 2023.
Ini adalah entri kedua untuk hari ini.

Tengahari sudah berlarian ke Kuala Tahan.
Sebelum tiba di Temerloh, keluar simpang menuju bandar Jerantut.

Mencari tempat mesyuarat tingkap agak mencabar didalam perjalanan.
Pilihan antara RnR atau masjid yg ada soket palam kuasa (power plug).
Atau McD atau Starbucks.
Palam kuasa itu yg paling penting.
Signal wifi tidak berapa penting.
Kerana boleh pakai data titik panas (hotspot) dari henfon cap aiyam wak.
Disebabkan juga bateri laptop wak pun sudah mahu kaput.
Sebab pagi tadi sudah guna laptop di kantor tanpa palam kuasa.
Akhirnya singgah di masjid jamek Kuala Krau @Kerau.

Punyalah lama mesyuarat tingkap.
Dari jam 3pm hinggalah berkumandang azan Asar jam 4.20pm.

Usai mesyuarat tingkap dan solat jamak qasar.
Wak teruskan perjalanan ke Bandar Jerantut

OYO GOT PROBLEM

Semasa di Jerantut, wak sudah booking hotel OYO online.
Untuk kepastian wak telefon pihak hotel.
Receptionist hotel kata mereka dah tak terima OYO lagi.
Masalahnya masih ada booking atas talian dan sudah dibayar.
Aiyah.

Update - 6/5/23 selepas sebulan masih tidak selesai lagi urusan OYO.

Kebosanan mencipta kelainan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Batu 0 Jerantut @2023
Kuala Tahan @2023
Kuala Tahan @2023

NUZUL QURAN AND GOOD FRIDAY BUT THE OFFICE IS STILL NOT CLOSED

 

15 Ramadhan Full Moon @2023

Jumaat, 7 April 2023.
15 Ramadhan 1444.

Kantor di Jakarta Selatan tutup.
Gara2 cuti merayakan perayaan Good Friday di negeri yg paling ramai penduduk Islam dunia.

Tapi urusan kerja potong rumput harus diteruskan juga.

"Ofis di Cyberjaya juga tutup wak,"
Kata mgr AYU yg berada di sono.
"Cuti ganti Nuzul Quran,"
"Admin dh hntr pekeliling kann."

Tapi pagi tadi wak berdegil ke ofis Cyberjaya itu.
Sebab mahu ambil baju coverall kalau jadi ke Batam minggu hadapan.

Kamus lalat.
Nuzul Quran - peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada nabi Muhammad ﷺ.
Good Friday - (juga dikenali sebagai Jumaat Agung (Jawi: ‏جمعة أݢوڠ‎‎)) adalah cuti keagamaan dalam budaya agama Kristian yang memperingati kematian Yesus Kristus yang disebabkan penyaliban di Calvary. 

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Apr 6, 2023

JALAN-JALAN TANPA TUJUAN DI SILK HIGHWAY ANTARA KAJANG DAN SUNGAI BESI

 

Jalan Balakong Cheras @2023

Khamis, 6 April 2023.

Pagi2 sudah berlarian ke bandar Kajang.
Tanpa tujuan.
Alone matcham biasa - dgn cikputih.

Kemudian ke Sungai Besi pula.

Nota lalat. SILK - Kajang Dispersal Link Expressway, SILK, also known as Kajang SILK Highway Kajang Dispersal Link Expressway (Malay: Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang), is an expressway built to disperse and regulate the traffic flow in Kajang, Selangor, Malaysia. The 37 km (23 mi) expressway is to allow motorists to bypass the town centre of Kajang. It is also useful as the main ring road of Kajang. The Kilometre Zero is located at Mines Interchange near Seri Kembangan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Apr 5, 2023

LOKASI BAZAR RAMADHAN TERBESAR DI PUTRAJAYA 2023

Masjid Besi Tunku Mizan Zainal Abidin @2023

 

Rabu, 5 April 2023.

Petang tadi wak sudah berlarian ke Putrajaya itu.
Bazar Ramadhan yg kelmarin wak tidak sempat singgah dan membeli juadah berbuka.

Kali ini wak singgah dan beli nasi ayam goreng kunyit sahaja.

Nota lalat.
Sekarang pihak pengurusan sedang dalam dilemma.
Mahu menghantar wak ke Indon lagi atau pun tidak.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Apr 4, 2023

PERSAMAAN ANTARA NILAI, MANTIN DAN SEMENYIH

 

Tol Pajam Lebuhraya LEKAS @2023

Selasa, 4 April 2023.

Semalam kan wak sudah berlarian ke pekan Nilai.
Hari ini sengaja wak berlarian pula ke pekan Mantin.
Di dalam perjalanan menyusuri jalan persekutuan lama.
Ada sekatan jalanraya (roadblock) oleh JPJ.
Tapi tiada masalah apa2.

Dari pekan Mantin wak ikut lebuhraya LEKAS.

Pulangnya dari pekan Semenyih.
Wak lalu lebuhraya Silk sahaja.
Tulus, mulus dan lancar perjalanan.
Dan tiada sekatan jalanraya.
Walaupun agak kejauhan sedikit.

Movie lalat.
Black Crab 2022 (Sweden, Noomi Rapace).

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Apr 3, 2023

CARIAN MENGENAI TOPIK BUDAK BARU NAK UP

 

Jalan Jenderam - Salak Tinggi @2023

Isnin, 3 April 2023.

Pagi tadi sudah berlarian ke pekan Nilai.
Alone matcham biasa.

Nota lalat.
BBNU - Budak Baru Nak Up (Slang)
BBN - Bandar Baru Nilai

Blog bukanlah hakmilik kekal.

FALL INTO SLEEP IMMEDIATELY WITH HEAVY RAINSTORM & THUNDER SOUNDS

  Amasari Residence Resort @2024 Sabtu, 5 Mei 2024. Hari ini hujan turun dengan lebat anjing dan kucing. Tapi wak tidur kepenatan waktu itu....