Jul 26, 2022

WORKING IN JAKARTA DAY 2

On the way to the office this morning @2022


Selasa, 26 Julai 2022.

Pagi2 wak sudah hantarin baju dan pakaian kotor ke mbak tuan rumah.
Untuk di cuci di luar.
Ekspres laundry supaya esok siap.

Wak tunggu2 juga diluar kerusi si mamat kuJAI ke kantor.
Tapi si mat faDLI sudah mahu berjalan kaki sahaja ke kantor seperti semalam.
Wak pun ikut belakang faDLI melalui pejalan kaki yg sempit dan penuh pembinaan.
21 minit sudah sampai.

Wak terlupa pula bawa pengecaj henfon cap aiyam wak itu.
Jam 9.33am wak pun berlarian ke kedai mudah dan senang Indomaret.
Wak beli pengecaj ha-pe type C.
Dan sekotak spender saiz L.

Tapi disebabkan harga pengecaj ha-pe yg murahan.
Lambatnya mengecaj ya amat sih.

Petang tadi pulang dari kantor potong rumput pun berjalan kaki.
Alone matcham biasa.

Malam lepas solat maghrib.
Wak pun berjalan kaki juga ke restoran Ragil di belakang rumah kost.
Alone matcham biasa juga.
Wak pesan mee goreng Ragil.
Baru wak perasan, duit juta2 sudah tinggal serdak.
Nasib baik cukup untuk membayar harga mee goreng itu.

Movie lalat.
The Commuter 2014.
Quiz Show 1994.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

 

WORKING IN JAKARTA DAY 1

My new but temporary desk @2022

 Isnin, 25 Julai 2022.

Pagi2 tadi wak sudah bangun awal.
Usai subuh, terbongkang lagi atas katil.
Main ha-pe sampai jam 6.18am.

Bila wak wasap pada mat kuJAI.
Dia kata suruh tunggu di kerusi luar kost.
Tergesa2 wak masuk bilik air untuk mandi.

Jam 6.29am wak sudah berada di kerusi luar.
Tapi tak muncul2 pula mereka.

Jam 6.44am baru mat kuJAI keluar.
Kena tunggu rakan2 yg lain juga.

Jam 7.10am masih diluar.
Dan naik Grabcar 5 orang ke kantor yg jaraknya 1.7km.
Ada sorang rakan lain yg berjalan kaki untuk senaman.

Tiba di kantor letak beg.
Kemudian berjalan mencari sarapan pagi.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Ngopi Dhisik @2022
Pintu Hatiku @2022

 Tengahari berjalan ke seberang jalan untuk makan tengahari.
Wak pesan nasi putih, ikan kipas sambal, sayuran tauhu dan tempe dan telur dadar.
Tiada gambar makanan.

Petang usai potong rumput di kantor.
Wak berlarian ke mall Plaza Blok M.
Mencari plug 2 pin standard Indon di kedai DIY.

Kemudian ada rakan sekerja yg sudah berada di Blok M Square.
Rupanya dua mall yg lebih kurang sama nama tapi bertentangan jalan.

Wak pun berlarian ke mall Blok M Square.
Beli selimut, alas kaki, sabun mandi, buah limau dan epal.
Makan di restoran A&W.

Wak pesan Grabcar pulang ke kost.
Boleh pula pak supir itu pandu terus depan muka wak.
Dia kata ikut pin gps dalam Grabcar apps.
Kemudian dia buat u-turn pula didepan sono.

Tiba di kost pula wak hilang arah walaupun sudah tiba.
Siap tanya makcik yg jualan di sudut jalan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jul 24, 2022

DOMESTIC FLIGHT TO CGK

Check-in 4 hours earlier @2022

 Ahad, 24 Julai 2022.

Pagi tadi tidak tahu mahu kemana.
Lepak sahaja di dalam kamar hotel.

Jam 11.15am wak check-out.
Mamat supir tiba 10 minit kemudian.

Singgah di medan pasar malam Welcome To Batam.
Semalam pun sudah ke mari.
Kemudian langsung ke bandara.

Pesawat berlepas jam 3.20pm.
Tiba di Jakarta jam 5.05pm.
Naik Grab ke kost (rumah sewa).
Rupanya ramai rakan2 sekerja dari KL sudah tiba seminggu yg lalu.

Di kost yg baharu ini.
Yg diperlukan seperti selimut tidur, sabun mandi dan plug 2 pin.
Tiada selimut boleh dimatikan aircond-nya.
Tiada sabun mandi boleh  diminta pada bibik tuan rumah.
Tiada plug 2 pin boleh dipinjam sama rakan mat kuJAI.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



Grab at Jakarta airport @2022
With the other team at Ragil restaurant @2022

Jul 23, 2022

COASTARINA BEACH & NAGOYA HILL MALL

Grabrider Batam @2022

 Sabtu, 23 Julai 2022.

JALAN2 BATAM PART 2

Petang wak sudah cuba pesan grab goride guna motorsikal pula.
Tidak seperti mobil, motorsikal tidak boleh datang ke tempat pemanggil.
Pemanggil atau pengguna  harus mencari tempat lepak mat2 motor grab itu.

Dari Nagoya ke Coastarina tambang berharga 19k (rm5.60).
Mat motor minta 20k (rm6).
Wak kata okeh.

Tapi mat motor pun tidak pernah masuk kedalam Taman Coastarina itu.
Sehingga membebel mencari arah tuju.
Mahu masuk ke taman hiburan itu pun kena bayar 25k (rm7).

Wak ambil 2 3 gambar di taman itu sudah.

Dari dalam taman wak cuba panggil Grabcar.
Bila dapat pin, gps tunjuk diluar pula.
Sudah membebel2 mamat supir grab itu. Huhu.

Tiba di Nagoya Hill Mall sebelum senja berlabuh.
Makan kfc sahaja didalam restoran.

Dari luar pintu mall, wak cuba pesan grabcar untuk pulang ke hotel.
Tapi bila mendapat supir, mamat itu pula tidak mahu masuk kedalam kawasan mall.
Takut kena berantem atau aniaya dengan bapak2 taksi disitu.

Terpaksalah wak berjalan kaki sedikit keluar dari kawasan mall dan ditepian longkang.

Movie lalat.
Elvis 2022.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



Tiktok video lalat:

ZERO KM BATAM

Jambatan Barelang Bridge sunrise @2022

 Sabtu, 23 Julai 2022.

Hari ini hari liburan.
Esok sudah berlayar ke pulau Jawa pula.

Walaupun wak sudah kunci alarm clock tepat jam 4.00am.
Terlelap lagi sehingga azan subuh berkumandang, yakni jam 4.44am.

Sempat mandi manda.
Jam 5.00am sudah turun ke cafe dibawah untuk bersarapan.

Jam 5.15am, naik taksi sewa untuk jalan2 pulau.
100k (rm30) untuk sejam.
Updated. Bila2 wak check semula, mmg dh kene scam dgn pak supir tu.

5.50am tiba di tebing menghadap jambatan Barelang.
Kemudian ke bawah jambatan, yakni Tanjung Penarik.
Kembali ripit ke tebing menghadap jambatan yg mula2 tadi.
Kemudian ambil gambar pula diatas jambatan pertama.

Kautan tahun 2011 dengan anak lanang.

7.17am tiba di pintu gerbang Ex-Camp Vietnam.
Tapi wak tidak masuk ke dalam muzium.

Teruskan perjalanan ke hujung bawah pulau.
Dan tiba di titik 0 (nol) pada jam 7.38am.
Titik nol atau zero kilometer.
Bayaran parkir sebanyak 20k (rm6) pada bapak yg sedang menyapu disitu.

Perjalanan pulang, singgah di Welcome to Batam pada jam 9.05am.
Tidak jadi ke pantai Coastarina.

Total jam perjalanan pagi tadi ialah 4 jam. 

Cerita kampungan.
Minggu lepas, isteri wak sudah hantar gambar surat dari LHDN.
Surat untuk membayar hasil cukai.
Wak cakap bahawa wak sudah hantar kenyataan cukai.
Tapi mungkin terlepas tarikh akhir itu yg terima surat cinta.

Dan pagi tadi wak periksa dalam akaun bank wak.
Sudah terima duit lebihan bayar dari LHDN juga.
Barulah lega rasanya.

Movie lalat.
The Black Phone 2021.

Blog bukanlah hakmilik kekal.


Tiktok video lalat:

WHAT HAPPENS IF YOU WERE IN TRANSIT FLIGHT AND MISSED THE SECOND FLIGHT

  Leaving Batam Island of Riau Indonesia @2024 Rabu, 2 Mei 2024. Hari pengembaraan pulang yg agak mencabar. Dua hari lepas baru mgr AYU temp...