Jun 22, 2022

WEDNESDAY MORNING

Sungai Merab this morning @2022

 Rabu, 22 Jun 2022.

Melalui lebuhraya MRR2 diwaktu pagi ke pusat bandaraya.
Memang kena sertai kemacetan juga.

Movie lalat.
Geronimo: An American Legend 1993.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jun 21, 2022

ROTI CANAI D'BUKIT

Putrajaya Sunset @2022

 Selasa, 21 Jun 2022.

Pagi tadi wak sudah berlarian ke D'Bukit yg viral itu.
Pesan roti canai kosong dan roti telur.

Roti biasa2 sahaja.
Masih tidak boleh melawan kelazatan kuah curry mamak.

Petang sempat juga berlarian ke tasik PICC itu.

Movie lalat.
After The Storm 2016.

Blog  bukanlah hakmilik kekal.

Roti Canai D'Bukit @2022

Jun 20, 2022

REASONS WHY YOU NEED A PARKING SPACE IN A CONDO

2 White Cars Outside the Condo @2022

 Isnin, 20  Jun 2022.

Hari yg mendung dan suram.

Movie lalat.
The Last of Mohicans 1992.
Hostiles 2017.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jun 19, 2022

THE SECOND TIME HE GOT CHEST PAIN

Pantai Cheras Hospital @2022

 Ahad, 19 Jun 2022.

Malam semalam, anak lanang sudah panggil wak.
"Dada sakit lagi lah bah," katanya.
Mula2 dia  mahu ke hospital esok pagi.
Tapi kemudian dia pun bergegas ke Pantai Cheras Hospital.
"Tak tahan lah bah," beritahunya.
Tapi sebelum itu dia ke klinik 24 jam Maluri untuk minta surat rujukan.

Wak sampai di hospital pun sudah tengah malam.
Anak lanang pun di x-ray sahaja.
Sebab kelmarin sudah diperiksa nadi dan urin di HKL.

Doktor pun tidak boleh masukkan dia ke dalam wad.
"Kami tidak boleh justifikasi sebab takde simptom pada anak wak ni," kata doc lelaki muda itu.
"Lagipun anak wak ni masih muda," bebel si doc.
"Dan tadi klinik itu pun tulis sebab anxiety je," sambung doc.
Jadi tidak boleh bayar guna insurans.
Wak suruh sahaja anak lanang claim segala bil pada syarikat dia nanti.

AUTISM FRIENDLY MALL

Malam tadi wak pun berlarian ke Sunway Putra Mall.
Pusat beli belah yg menyedarkan masyarakat tentang ASD.
ASD ialah Autism Spectrum Disorder.

Movie lalat.
The Apartment 1960.
The Ice Storm  1997.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sunway Putra Mall @2022
Autsome at Sunway Putra Mall @2022
Sunway Putra Mall @2022

Jun 18, 2022

SEPUTAR DI KEBUN BINATANG HUJUNG KAMPUNG

Hussin Fauzi Farm Kuala Selangor @2022

 Sabtu, 18 Jun 2022.

Tengahari sudah melawat taman binatang.

Dan kemudian merasa mee udang special di pantai Batu 23 pula.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jun 17, 2022

WORKING WITHOUT AN OFFER LETTER

The Leaf infront of Mandarin Oriental Hotel KLCC @2022

 Jumaat, 17 Jun 2022.

Masalahnya problem.
Surat tawaran kerja belum diterima lagi.
Tapi disuruhnya menghadiri mesyuarat2 pula.

Seperti biasa ejen EIN janji mesyuarat jam 10.30.
Tapi jam 11.03 pun masih tidak kelihatan.
Jam 11.45 masih dalam perjalanan.
Aduhai.

Sempat bersolat jumaat dimasjid KLCC.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jun 16, 2022

SPEND THE WHOLE NIGHT AT HOSPITAL KERAJAAN

Hospital Kuala Lumpur @2022

 Khamis, 16  Jun 2022.

Tengah malam tadi tiba2 anak lanang panggil wak.
"Sakit dada lah bah," katanya dalam whatsapp chat.

Mula2 dia setuju untuk pergi ke hospital waktu pagi.

Tapi tiba2 bondanya panggil wak pula dengan kepanikan (seperti biasa).
Maka terpaksalah wak bersiap2 ke hospital kerajaan.

Tapi anak lanang sudah dihantar dengan jiran rakan disitu.
Wak pun terus ke pusat kecemasan.

Penungguan giliran hospital kere-jaan adalah suatu penyiksaan.
Dari jam 12.30am sehingga jam 7 pagi.
Aduhai. Baiklah juga bil hospital cuma sehinggit. 

Mungkin lain kali kena terus ke hospital swasta  pula.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Morning cafe at Hospital Kuala Lumpur @2022

Jun 15, 2022

11 AMALAN MEMILIKI KEKAYAAN

11 Amalan Memiliki Kekayaan @2022

 Rabu, 15 Jun 2022.

Petang t adi ternampak buku Ustaz Ebiet Lew.
Semasa singgah solat asar di masjid an-Najah, Taman Dato Ahmad Razali.

"Wak, sila ambil sejadah diluar tuh, " tegur tok siak.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

11 Amalan Memiliki Kekayaan @2022

Jun 14, 2022

ANXIOUS SEEING AN OLD BOSS

Anjung Nexis Kota Damansara @2022

 Selasa, 14 Jun 2022.

Semalam ejen EIN sudah panggil (baca, whatsapp) wak.
Suruh datang ke pejabat esok (yakni, hari ini).
Seperti biasa, mula2 suruh sampai jam 10am.
Kemudian ditukar ke jam 11am.

Pagi tadi wak tiba awal di parkir dibawah pejabat.
Jam 10.30am gitu.
Tapi ejen EIN masih sibuk dengan mesyuarat lain.
Disuruhnya wak tunggu jam 12 noon.

Jam 12.02 pun masih tidak nampak kelibat ejen.
Diarahnya Mgr Hj IDI untuk makan tengahari di kedai makan Kluang Canteen dibawah.

Usai makan, Mgr Hj IDI kata kena tunggu vendor pengimbas laser.
Sempat lagi solat di surau tingkat satu.

Jam 1.30pm vendor pun sampai.
Rupanya bekas bos wak yg lama. Aiyah.

Tegang juga fikiran wak rasa.
Bos lama wak tu mula2 nampak releks sahaja.
Dibawa 2 orang pekerja dan bekas rakan sekerja wak dulu.

Usai mesyuarat dengan vendor dan klien (Pasir Gudang).
Ejen Ein ajak berbincang pasal kontrak kerja di Indon pula.
Wak dan ejen sahaja berdua di kopitiam Balut.

Habis discussion pun sudah jam 6pm.
Melayan macet mahu pulang ke rumah hinggap pun hampir 2 jam.

Kamus lalat.
Macet = Definisi : Jk 1. tidak lancar, sendat, serat: satu kali lagi hendak dilepaskan tembakan tapi pistolnya ~; 2. ki terhenti, kandas, ter­bengkalai: kalau kita ditangkap, usaha kita akan ~; kemacetan hal (keadaan) macet: impian manusia utk keluar drpd ~ hidup yg dirasakan terbelenggu oleh tradisi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Hutang Simati @2022
Full moon tonight @2022

Jun 13, 2022

PORT DICKSON SUNSET

Ikan Bakar Majlis Perbandaran Port Dickson @2022

 Isnin, 13 Jun 2022.

Petang tadi wak sudah berlarian ke PD.
Tangkap 2 3 gambiran matahari terbenam sudah.

Dulu pernah sampai di SINI (2015)

Blog bukanlah hakmilik kekal.






Jun 12, 2022

PANGGILAN PULAU DAY 2

A view from Jetty @2022

 Ahad, 12 Jun 2022.

Layan lagu dangdut.

Apa salah dan dosaku, sayang?
Cinta suciku kau buang-buang
Lihat jurus yang 'kan kuberikan
Jaran goyang, jaran goyang…

Movie lalat.
Hustle 2022.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

FALL INTO SLEEP IMMEDIATELY WITH HEAVY RAINSTORM & THUNDER SOUNDS

  Amasari Residence Resort @2024 Sabtu, 5 Mei 2024. Hari ini hujan turun dengan lebat anjing dan kucing. Tapi wak tidur kepenatan waktu itu....