Anjung Nexis Kota Damansara @2022 |
Selasa, 14 Jun 2022.
Semalam ejen EIN sudah panggil (baca, whatsapp) wak.
Suruh datang ke pejabat esok (yakni, hari ini).
Seperti biasa, mula2 suruh sampai jam 10am.
Kemudian ditukar ke jam 11am.
Pagi tadi wak tiba awal di parkir dibawah pejabat.
Jam 10.30am gitu.
Tapi ejen EIN masih sibuk dengan mesyuarat lain.
Disuruhnya wak tunggu jam 12 noon.
Jam 12.02 pun masih tidak nampak kelibat ejen.
Diarahnya Mgr Hj IDI untuk makan tengahari di kedai makan Kluang Canteen dibawah.
Usai makan, Mgr Hj IDI kata kena tunggu vendor pengimbas laser.
Sempat lagi solat di surau tingkat satu.
Jam 1.30pm vendor pun sampai.
Rupanya bekas bos wak yg lama. Aiyah.
Tegang juga fikiran wak rasa.
Bos lama wak tu mula2 nampak releks sahaja.
Dibawa 2 orang pekerja dan bekas rakan sekerja wak dulu.
Usai mesyuarat dengan vendor dan klien (Pasir Gudang).
Ejen Ein ajak berbincang pasal kontrak kerja di Indon pula.
Wak dan ejen sahaja berdua di kopitiam Balut.
Habis discussion pun sudah jam 6pm.
Melayan macet mahu pulang ke rumah hinggap pun hampir 2 jam.
Kamus lalat.
Macet = Definisi : Jk 1. tidak lancar, sendat, serat: satu kali lagi hendak dilepaskan tembakan tapi pistolnya ~; 2. ki terhenti, kandas, terbengkalai: kalau kita ditangkap, usaha kita akan ~; kemacetan hal (keadaan) macet: impian manusia utk keluar drpd ~ hidup yg dirasakan terbelenggu oleh tradisi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Hutang Simati @2022 |
Full moon tonight @2022 |
No comments:
Post a Comment
Comment at your own risk.