May 19, 2022

COOL WEATHER THIS MORNING

Cikputih's cousin (not mine) @2022

 Khamis, 19 Mei 2022.

Pagi yg nyaman.
Dalam hati siapa yg tahu.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

May 18, 2022

A GLOOMY PARALLEL WORLD

Mini Orange Juice @2022

 Rabu, 18 Mei 2022.

Tajuk, gambar dan cerita yg berbeza. 

Tiba2 ejen insuran kata polisi isteri wak sudah lupus.
Pihak insuran sudah mesej sejak 10 haribulan.
Tapi ejen terlupa sebab sibuk beraya.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

May 17, 2022

LHDN - BAYARAN BALIK CUKAI TERLEBIH BAYAR DALAM DUA HARI?

Where's my Refund? @2022

 Selasa, 17 Mei 2022.

Hari ini wak sudah hantar fail cukai.
Semoga dipermudahkan.
Aminn.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

May 16, 2022

IT'S STILL GLOOMY IN THIS PART OF CITY

An AKLEH and SUKE highways @2022

 

Isnin, 16 Mei 2022.
Hari cuti ganti hari wesak semalam.

Juga hari guru seantero negara.
Kebetulan harilahir anak lanang wak seng tuwek.

Seharian wak sempat berlarian ke Sekinchan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

May 15, 2022

RETAIL APOCALYPSE: THE METRO MALL

The Metro Mall is closed now @2022

 Ahad, 15 Mei 2022.

Pagi2 tadi pas Subuh sepi-e.
Wak berlarian ke key ell.
Dengan anak lanang bersama2 barang2 bilik sewanya.
One Stop Apartment, Jalan Metro Pudu

Bila sampai di rumah sewa.
Ejen suruh tunggu dekat 2 jam.
Sebab ejen ada temujanji di rumah sewa yg lain.

Usai angkut barang2 anak  lanang.
Wak terus ke rumah sewa anak wedok pula.
Anak wedok sekarang kena kuarantin kendiri.

Kemudian wak ke KPJ  Hospital Ampang Puteri. 

UPDATE

Ramai yg pelik.
Sebab wak pergi beli meja di Ikea Tebrau (JB).
Wak ni kan PJJ.
#Harakmaklong.

Masa di Doha kelmarin, wak tidak sempat pula pergi ke Ikea. Huhuhu. 

Blog bukanlah hakmilik kekal.

LONTONG MASAI REVISITED

Lontong Masai @2022

 Sabtu, 14 Mei 2022.

Pagi2 wak sudah berlarian ke pekan koboi Masai itu.
Pesan lontong Masai sudah.

HEJ!

Tengahari pula ke Ikea Tebrau.
Belikan meja untuk rumah yg baru disewa anak lanang di KL.
Dan kerusi yg murahan sudah.

REFORMAT LAPTOP

Balik dari Ikea, wak suruh anak lanang format laptop wak ini.
Dan pasang semula semua2 software yg wak pakai.
Selepas itu, wak cuba install pula software2 (versi lanun) kerja wak.
Dari petang ke tengah malam ke pagi subuh sepi-e.
Pun wak masih tidak berjaya.

Ooh, bila wak suruh anak lanang install Windows 11.
"Processor tak compatible lah bah," katanya.
Yo wes lah.

UPDATED

Ramai yg pelik sebab pergi Ikea Tebrau (JB).
Wak ni kan PJJJ.
Anak lanang nak mula kerja kat KL.
Itu sahaja.
#Harakmaklong.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

May 13, 2022

STOP OVER GUNUNG LEDANG AND GUNUNG PULAI

Masjid Jamek Tangkak @2022

Jumaat, 13 Mei 2022.

Pagi tadi wak sudah berlarian ke selatan.
Singgah di bandar Tangkak.
Sempat bersolat jemuah di masjid jamek Tangkak.
Ada solat sunat menghindari wabak covid sebelum masuk waktu zohor.

Usai solat jemuah.
Wak ingat mahu lepak2 dan tidur sebentar dalam masjid.
Tapi tok siak sudah mulai tutup segala pintu masjid.
"Tadi kan sudah bagitau," lantang suara tok siak itu.

Wak cubalah terlelap dalam cikputih.
Tapi dapat tidur sebentar sahaja.
Alat penghawa dingin seperti tidak berfungsi pula.
Habis basah badan wak atas dan bawah.

Seterusnya wak singgah di rumah adinda pula.
Berdekatan Gunung Pulai.
Sebab mahu berikan baju2 lama anak lanang bocah cilik.
Sambil tengok kebun wak yg sudah dibersihkan.
Menyesal pula tidak ambil gambar kebun tadi.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

ABC break at Kampung Sepakat Jaya @2022

May 12, 2022

STUCK IN BUKIT BELACAN TURBULENT

Samsung A03 is a free new cheap handphone from Celcom @2022

 Khamis, 12 Mei 2022.

Pagi tidak keluar mana2.

Tengahari baru keluar berlarian ke KLCC.
Sebab ada temujanji dengan syarikat lama.
Mahu guna khidmat wak untuk sokong tugasan di Jakarta dan Batam.
Janji berjumpa jam 12 noon sebab beliau ada mesyuarat.
Tunggu punya tunggu sampai wak turun dan tidur dalam cikputih.
Jam 3pm baru berjumpa.

FREE HANDPHONE

Sementara tunggu untuk mesyuarat tadi.
Sempat lagi wak singgah di kedai Celcom.
Sebab mahu ambil tawaran henfon percuma Samsung.
Tapi kena ikat kontrak selama 2 tahun.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Suria KLCC @2022
Mee Kolok Dayang Sarawak at Diplomatik @2022

May 11, 2022

HIS FIRST JOB

EQ office Jalan Tun Ismail @2022

Rabu, 11 Mei 2022.

Kelmarin, anak lanang sudah suruh wak periksakan rumah sewa di Pudu.
Sebenarnya, bilik sewa pun harga kayangan.
"Dekat dengan LRT, ada wifi bla bla bla, " katanya dalam whatsapp.

Tengahari tadi sudah pergi tengok rumah apartment di Chan Sow Lin.
Mula2 wak berkenan dengan satu bilik.
Harga tolak tepi dahulu.
Tapi, bila ejen periksa dengan pihak pengurusan.
"Sudah dibooklah wak, " kata ejen itu.
"Ada satu bilik lain di apartment lain," kata ejen lagi sambil bawa wak kesana.

HIS FIRST JOB
Kisahnya anak lanang baru dapat tawaran kerja.
Sebenarnya latihan amali (intern) di Petronas.
Kerja di syarikat yg pernah menaja wak belajar dulu2.
Kekesalan juga kerana tidak terima kerja dulu masa mula2 habis belajar.
Ketika itu wak sudah mendapat kerja lain dan baru berkahwin.
Diharapkan anak lanang betah bekerja di syarikat ini sampai pencen.
Amin ya robbal alamein.

VERY LONG SHOPPING MALL
Semalam petang wak sudah berlarian ke Pavilion Bukit Jalil.
Pusat beli belah yg panjang.
Tapi masih belum meriah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.
Pavilion Bukit Jalil @2022
Chan Sow Lin LRT station @2022
Merdeka view from Chan Sow Lin @2022

May 10, 2022

TANAM PINANG RAPAT RAPAT

On AKLEH highway this morning @2022

 Selasa, 10 Mei 2022.

Pagi2 tadi sudah masuk gaji dalam akaun harimau.
Ini pun sudah lambat dari sepatutnya.

Pagi tadi sudah berlarian ke Jalan Sultan Ismail.
Kedai sarapan belum dibuka.
Jadi sarapan berdekatan rumah sahaja.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Nasi lemak Bukit Indah Ampang @2022
Tanam pinang rapat-rapat @2022
Kacang hijau kuih kasturi @2022

May 9, 2022

CIKMAK BELUM DIBUKA

Menara Merdeka 118 @2022

 

Isnin, 9 Mei 2022.

Berlarian ke KKM AU2 dan Hospital Ampang.

Terus ke The Port berdekatan One Utama.
Kepingin mahu makan nasi lemak OG Street Kitchen.
Walaupun kedai sudah dibuka dengan tanda "Closed". Mamat warung kata belum dibuka lagi hari ini.
Hari ini mereka cuma masak sambal sahaja untuk esok hari.
Waktu urusan ialah dari jam 4 petang.

MERDEKA 188

Balik tadi singgah di stadium merdeka.
Ambil gambar menara bakal tertinggi tanahair sudah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Merdeka 118 sales office at MBSB Jalan Tun Ismail @2022

ARE PEANUTS GOOD FOR KIDNEY STONES

  Kacang Bali from Batam @2024 Khamis malam Jumaat, 2 Mei 2024. Tadi di kantor potong rumput. Wak ternampaklah sebungkus kacang tanah goreng...