Masjid Jamek Tangkak @2022 |
Jumaat, 13 Mei 2022.
Pagi tadi wak sudah berlarian ke selatan.
Singgah di bandar Tangkak.
Sempat bersolat jemuah di masjid jamek Tangkak.
Ada solat sunat menghindari wabak covid sebelum masuk waktu zohor.
Usai solat jemuah.
Wak ingat mahu lepak2 dan tidur sebentar dalam masjid.
Tapi tok siak sudah mulai tutup segala pintu masjid.
"Tadi kan sudah bagitau," lantang suara tok siak itu.
Wak cubalah terlelap dalam cikputih.
Tapi dapat tidur sebentar sahaja.
Alat penghawa dingin seperti tidak berfungsi pula.
Habis basah badan wak atas dan bawah.
Seterusnya wak singgah di rumah adinda pula.
Berdekatan Gunung Pulai.
Sebab mahu berikan baju2 lama anak lanang bocah cilik.
Sambil tengok kebun wak yg sudah dibersihkan.
Menyesal pula tidak ambil gambar kebun tadi.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
ABC break at Kampung Sepakat Jaya @2022 |
No comments:
Post a Comment
Comment at your own risk.