May 21, 2022

DURIAN UDANG MERAH VS DURIAN TEMBAGA

Ini durian tembaga (rm25 sekilo) @2022

 Sabtu, 21 Mei 2022.

Sudah beberapa pekan.
Isteri wak (yg itu) membebel.
Pasal kipas yg tidak berfungsi.
Pasal loceng pintu yg tidak berbunyi.
Dan pasal lampu pagar yg sudah lama rosak dan tidak di pasang.

Semalam petang wak sudah panggil juruletrik.
Dua orang mamat muda lagi.
Mereka cuba periksa apa yg rosak.
Akhirnya masih tidak berjaya.
Upah periksa = rm20.

Malam tadi wak keluar ke kedai lampu.
Kedai yg agak jauh dan disarankan mamat juruletrik tadi.
Tapi bila tiba di parkir kedai pun baru sahaja tutup.
Bila tengok waktu di henfon sudah 8.00 malam.
Yo wes lah.

Singgah di medan selera J.
Cuma pesan minuman manis potong kaki
Air tembikai laici dan lemon asam boi.

Selepas itu singgah di gerai jual buahan.
Beli pisang, rambutan, dan buah salak.
Terlanjur beli sebiji buah durian udang merah (rm35 sekilo).
Habis dimakan wak dan isteri.

Bila anak wedok yg baru pulang kerja dari restoran sushi.
Dia terhidu bahu durian yg sudah habis.
Terpaksalah wak berjanji mahu belikan esok (hari ini) pula.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

No comments:

Post a Comment

Comment at your own risk.

PENGALAMAN MENONTON PERLAWANAN AFC CHAMPIONS LEAGUE DI STADIUM SULTAN IBRAHIM JOHOR

  Selasa, 5 November 2024. Kelmarin pulang dari stadium Arena Sepaktakraw JB. Wak terus pesan tiket atas talian. Untuk tonton perlawanan bol...