Jan 13, 2022

EGG SPREAD WHITE BREAD SANDWICH

Doha downtown this morning @2022

 Khamis.
Doha, Qatar.

Hari ke empat wak kena kuarantin dalam rumah.

Sepatutnya tidak boleh keluar.
Tapi kalau tak keluar macamana mahu beli makanan?

Satu sahaja tempat yg  boleh dimasuki tanpa tunjuk apps Ehtaraz.
Yakni stesen metro DEEC.
Selagi tidak turun ke pelantar keretapi.

Singgah di Lulu Express.
Beli sandwich, pisang, limau dan roti arab satu riyal.

Movie lalat. 
Don't Look Up 2021
The Little Things 2021

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jan 12, 2022

WEEKLY HOUSEKEEPING

Huawei Y6P in sealed-boxes @2022

Rabu.
Doha, Qatar.

Sekarang ini, wak dengan ASI berdua sahaja tinggal di apartment ini.
AWI sudah berlayar ke tengah lautan.
Tapi ada beberapa barangan berharga yg dia tinggalkan.
Seperti berkotak2 telefon pintar Huawei Y6P dan smart watch.
Bila ditanya, nanti UEL akan ambil barang2 itu.
UEL pun tengah sakit sekarang ini..

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jan 11, 2022

PCR TEST IS NOT REQUIRED ANYMORE

Doha sunset just now @2022

Selasa.
Doha, Qatar.

Pagi tadi wak tengok AWI sudah berkemas untuk ke offshore.

Macamana keadaan wak hari ini?
Demam sudah kebah.
Tapi masih ada batuk dan kahak sedikit.
Semalam sudah makan Vitamin C yg AWI tinggalkan.

Dalam jam 10am tadi.
Wak tercari2 juga passport wak.
Sebab biasa ada dalam beg sailang wak.
Kecoh dan panik sekejap.
Rupanya EPH yg ambil kelmarin sebab mahu buat pas lawatan al-Raffan ke offshore.

Dan ASI beritahu juga tadi.
Sekarang (start semalam) tidak perlu PCR test untuk ke offshore.
Aiyah.
Bila undang2 manusia  yg buat kann.
Kalaulah wak lambat sikit mungkin wak sudah belayar ke tengah lautan sekarang.
Sekarang kena tunggu 5 hari lagi dalam kuarantin.

Ooh.
Tengahari tadi wak pesan makanan.
Nasi putih +  beef curry + telur rebus.
Sudah lama tidak pesan dengan restoran al-Kalady itu.
Sejak demam  tempohari.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jan 10, 2022

THE NEW PPE | I'M REACTIVE

my new gloves @2022

 Isnin.
Doha, Qatar.

Tadi malam sudah tiba pakaian keselamatan PPE.
Baju coverall saiz L.
Kasut saiz 42.
Helmet dan sarung tangan juga.

Cerita lain.
Petang tadi wak rasa nak makan piza.
Bila tiba di pintu City Center Mall..
Pakguard itu minta sijil vaksin pula.
Dengan masalah  ketidakcapaian data dan  wifi.
Wak pun balik semula ke apartment.
ASI  suruh reinstall semula apps mysejahtera yg wak lama tak pakai.
Baru boleh lihat sijil vaksin.
Bila masuk dalam mall terus ke restoran Pizza Hut.
Ingat boleh dine-in, tapi abam manager India itu kata sijil wak tak laku.
Sudah lebih 6 bulan katanya.
Jadi, dipendek cerita, wak makan KFC sahaja.

Bila  balik tadi,  AWI suruh check apps Ehteraz pula.
Sudah bertukar dari hijau ke warna kuning.
Wak disahkan positive, yakni reactive.
Wak kena kuarantin 6 hari.
Dan akan diperiksa kesihatan lagi nanti.
Dan AWI ada berikan ubat Vitamin C.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jan 9, 2022

SUDDENLY TO DO PCR TEST TODAY

Doha City @2022

 Ahad.
Doha, Qatar.

Pagi tadi tiba2 dapat emel dari pak IDI, yakni HUC Manager.
Disuruhnya wak dgn AWI pergi ke offshore esok!

Aiyah.

Jadi, tadi wak, AWI dgn driver HAD bepergian ke klinik Naseem.
Untuk buat PCR test.
Ada sorang lagi staff tunggu di hotel Raban.

Cerita berkaitan.
1. PPE kena pesan dari al-Khor.
2. Ras Laffan pass.

EPH (logistik) kata mungkin wak tak sempat bepergian ke offshore esok.
Banyak dokumen yg belum siap.
Sila tunggu sahajalah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.


Jan 8, 2022

HOW DO I KNOW IF I HAVE A COLD, THE FLU OR COVID-19?

A West Bay view from top @2022

Sabtu.
Doha, Qatar.

Demam makin kebah.

Pagi tadi jam 8.30am.
Wak pun berjalan ke Carrefour.
Tujuan beli sedikit barangan dapur, yakni groceries.
Beli bagpack, listerines, air lemon dll.

Ooh.
Tadi wak telefon customer service BSN.
Sebab akaun online sudah kena block.
Terlupa password.
"Kalo wak nak withdraw cash, caj adalah rm12 ya," kata abam BSN itu.

AWI pun sudah pulangkan duit pinjaman.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jan 7, 2022

SOLAT JUMAAT KE 12

Mesjid akhaleel Ibraheem @2022

 Jumaat.
Doha, Qatar.

Alhamdulillah.
Solat jemuah yg ke dua belas.
Berturut2 di bumi anbiya.

Blog bukanlah hakmilik kekal..

WHAT HAPPENS IF YOU WERE IN TRANSIT FLIGHT AND MISSED THE SECOND FLIGHT

  Leaving Batam Island of Riau Indonesia @2024 Rabu, 2 Mei 2024. Hari pengembaraan pulang yg agak mencabar. Dua hari lepas baru mgr AYU temp...