Dec 8, 2021

KERJA POTONG RUMPUT DI PADANG PASIR YG TANDUS

al-Wahda Bridge sunrise @2021

 Rabu.
Doha, Qatar.

Pagi2 wak sudah berjalan2 ke jambatan al-Wahda itu.

Wak perhatikan disini.
Setiap pokok yg ditanam akan diletakkan hos paip air.
Tapi wak terfikir juga.
Dari mana datangnya air tawar dipadang pasir  yg tandus ini?
Negeri kecil ciput Singapura yg ada takungan air pun ambil ceduk air dari JB.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Al-Khulaifat Street @2021
Al-Khulaifat Street @2021
Al-Khulaifat Street @2021
Al-Khulaifat Street @2021
Al-Khulaifat Street @2021
Al-Khulaifat Street @2021
Updated.
Dibawah gambar sunset sebentar tadi dari tingkap bilik apartment wak.

Sebenarnya semalam wak dengan AWI ada pertikaian sikit.
Pasal baju t-shirt projek dan arah kiblat dalam bilik apartment ini.

A sunset view from my apartment window just now @2021

Dec 7, 2021

GOOD MORNING DOHA

Friday Beach sunrise this morning @2021

 Selasa.
Doha, Qatar.

Pagi2 wak sudah berjalan2 ke tefian fantai.

Pagi ini ada 2 kereta pikap peronda polis sedang parkir disitu.
Dan ada satu bot peronda polis di luar pantai.
Mungkin ada kes disitu.

Kemudian tidak lama datang lagi satu bot peronda polis juga.

Hafazan lalat. Surah al-Buruj 1-22.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dec 6, 2021

MORNING WALK TO WEST BAY QP

DECC metro station @2021

Isnin.
Doha, Qatar.

Pagi2 wak sudah berjalan kaki ke tengah bandaraya.

Balik singgah di Lulu Express.
Beli susu kotak kertas yg AWI cakap lebih murah.

Tengahari wak pesan makanan seperti biasa.
AWI pun tumpang sekali.
AWI pesan mutton masala (14 riyal = RM16.28).
Wak pesan beef curry (12 riyal = RM13.95).
Itu saja, sebab AWI yg tanak nasi.

Ooh.
Telefon dalam apartment tidak boleh buat panggilan keluar.
Jadi terpaksa buat pesanan guna iphone AWI.

Cerita lain.
Wak baru sedar visa sudah tamat tempoh.
Sudah beritahu ejen untuk diperbaharui.

Blog bukanlah hakmilik kekall.

West Bay QP flyover @2021
Doha brisk walk this morning @2021
Blue sky and an airplane @2021
Doha brisk walk this morning @2021
Updated.
Dibawah ini gambar sunset petang tadi dari tingkap apartment bilik AWI.

Good night Doha @2021
Updated lagi.
Dibawah ini gambar harga rambutan di Carrefour sebentar tadi.
30 riyal (RM34.88) sekilo rambutan sama seperti dengan harga nenas.

Dec 5, 2021

TODAY IS MY BIRTHDAY

Friday Beach sunrise this morning, Doha, Qatar @2021

Ahad.
Doha, Qatar.

Pagi ini wak sudah berjalan kaki ke tefian fantai.
Seperti biasa.
Tapi suhu makin bertambah sejuk.
Dan  angin sejuk yg kencang juga agak hebat.
Kenalah pakai jaket pun masih terasa sejuknya.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Happiest and most loving birthday to me @2021
Updated. 
Tengahari wak berlarian ke Souq Waqif.
Tujuan untuk tengok festival bunga.
Tapi tidaklah semeriah mana.
Yg banyak adalah bunga kertas dan bunga tahi ayam.
Bunga orkid pun sejambak dua.

Flower festival Qatar 2021
Flower festival Qatar 2021
Flower festival Qatar 2021
Flower festival Qatar 2021
Flower festival Qatar 2021
Flower festival Qatar 2021
Selepas itu ondway balik ke City Center Mall.
Pekena steak Chilis pula.
Siap suruh mamat pelayan Nepal itu untuk ambil gambar wak.
Bila wak tanya ada ke ice cream special sempena harijadi?
Dia kata takde.
Mamat pelayan Nepal tanya, "berapa umur wak?"
Bila wak beritahu, "wak nampak muda," katanya.
"Takde mana muda, yg penting leh tahan lama," jawab wak (dalam hati).

Dec 4, 2021

MOVING OUT INTO A NEW APARTMENT

A new master bedroom starting today  @2021

Sabtu.
Doha, Qatar.

Pagi tadi AWI panggil wak.
Ajak wak duduk satu apartment dengannya.
Sebab master Lim sudah pun ke tengah lautan.
Sekarang AWI tinggal sorang.
Wak pun sama.

Lagipun syarikat mahu jimat perbelanjaan.

Jadi wak pun pindah lah ke tingkat 16.
AWI suruh duduk dalam master bedroom.
Sebab dia mahu duduk kat bilik yg lebih kecil tapi pemandangan yg lebih luas.
Walaupun bilik air dia di luar kamar.

Cerita lain.
AWI kata dia nak tonton wayang kat Festival City Mall.
Dia dah beli tiket online dgn JAZ.
Cerita House of Gucci, lakonan Lady Gaga itu.
Tapi bila wak check harga tiket memang mahal.
Di sini harga tiket standard paling murah pun 40 riyal (RM52).
Kalau di Masai, nak bayar tiket berharga RM20 pun sakitnya tuh disini.
Nampaknya kena download movie lanun (HD Cam) itu juga.

Movie lalat. Escape from Mogadishu 2021.

Hafazan lalat. Surah al-Buruj 1-16.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

I'm going to miss this view @2021

STADIUM 974

Stadium 974, previously known as Ras Abu Aboud Stadium, is football stadium which is built in Doha, Qatar for the 2022 FIFA World Cup @2021

Jumaat malam.
Doha, Qatar.

Petang wak mula berjalan ke City Center Mall.
Usai solat maghrib (4.45pm) berjemaah disurau.
Wak naik tren LRT dari DECC ke stesen Ras Bu Aboud.

Silap wak sebab tak bawa jaket tebal.
Sudah suhu makin sejuk bila malam tiba.
Dengan angin yg macam ribut.
Menggigil sejuk sampai ke tulang.
Aduhai.

"The Stadium 974 was officially unveiled with a special event on November 20, 2021.The number 974 represents the international dialling code for Qatar, as well as the exact number of shipping containers used in the construction of the stadium. - Wikipedia "

Nak masuk kena kawalan agak ketat.
Siap tanya sudah vaksin sempurna atau belum.

Wak dapat tempat duduk murahan paling atas, tempat duduk tengah.
Sebenarnya ada lagi satu tingkat atas yg tidak dibuka.
Penonton pun tidak ramai.

Perlawanan UAE vs Mauritania yg agak bosan.
Bermula tepat jam 7pm.
Tapi wak tak tahan dengan kesejukan malam pula.

Habis separuh masa pertama, wak pun keluar.

Sebenarnya juga, wak ada rancangan nak singgah di al-Bidda Park.
Ada festival makanan, QIIF 2021, yakni Qatar International Food Festival.
Dan malam ini ada acara kompang.
Tapi memandangkan wak pun dah tak tahan kesejukan.
Telur pun dah kecut kematu.
Wak pun terus balik ke gagang.

Updated. Result UAE (1) Mauritania (0).
Dan tadi sblm tdo, ada ternampak live kat Facebook tunjuk acara kompang itu. Tidaklah segah mana. Huhuhu.

Blog bukanlah  hakmilik kekal.

Dec 3, 2021

WHAT'S ON YOUR DESK, WAK LAT?

My current work desk setup @2021

Jumaat pagi.
Doha, Qatar.

Pagi ini tidak keluar bersenam.

Ada urusan kerja potong rumput yg harus diselesaikan.

Ooh.
Pasal meja kerja diatas.
Sudah lebih 2 bulan di negeri pasir berdengung ini.
Wak agak menyesal tidak membawa monitor pendua bila terbang kemari.
Sebab kehendak tugasan memerlukan monitor kedua kerana banyak maklumat yg harus diproses dalam satu masa.
Sibbaik wak perasan kelmarin, master Lim ada sambung laptop dia ke TV dalam apartment dia.
Jadi semalam wak sudah try sambung TV ke laptop wak dan berjaya!
Wak pun bergumbiralah.

Dan tengahari tadi.
Solat jemuah  untuk kali ke delapan disini.
Alhamdulillah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dec 2, 2021

SABAHULKHAYR

Good morning Doha @2021

Khamis pagi.
Doha, Qatar.

Pagi2 wak sudah berlarian ke tefian fantai.
Pagi ini wak cari pemandangan fantai yg ada tumbuhan hijau.

Cuaca pun nyaman.
Ada nampak banyak kepulan awan dilangit.
Suhu sekitar 20°C.

Kamus arab: Sabahulkhayr, yakni selamat pagi atau good morning.

Hafazan lalat. Surah al-Buruj 1-8.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

COLLECTING FIFA ARAB CUP 2021 FAN ID

The St Regis Doha at al-Qassar metro station @2021

Rabu malam Khamis.
Doha, Qatar.

Tadi malam kan wak sudah terima sms.
Fan ID wak diluluskan.
Jadi, tadi usai maghrib di apartment.
Wak terus berlarian ke DEC al-Qassar.
Tapi kali ini wak naik LRT saja.

Bila tiba di pusat DEC.
Nampak ramai orangramai seperti semalam.
Jadi, wak cuba potong queue dari tempat membeli tiket.
Tapi, usaha wak tidak menjadi.
Kena beratur panjang seperti rakyat biasa.

Dipendek cerita.
Setelah sejam setengah di pusat DEC itu.
Dapatlah akhirnya kad Fan ID yg gantung dileher.

Nota lalat. Mungkin kamurang nak tahu juga kenapa wak pilih perlawanan Mauritius vs UAE kan? Pertama, sebab stadium paling dekat dengan stesen LRT, yakni stesen Ras Abu Aboud. Kedua, sebab tiket paling murah, yakni 25 riyal. Perlawanan Mesir vs Sudan juga di stadium yg sama pada keesokan harinya tidaklah dapat wak saksikan. Mesir kan top team, walaupun top team mcm JDT pun boleh kalah dgn KL kannns. Ini adalah kerana tiket murahan 25 riyal sudah habis terjual. Yg ada tiket 45 riyal keatas sahaja. Lagipun wak bukanlah peminat bolasepak tegar ya. Yg penting wak nak rasakan suasana stadium di Doha ini yg akan dorang gunakan untuk World Cup 2022 tahun hadapan. Boleh kanns. Lagipun kalau panjang umur dan dimurahkan rezeki untuk terus kerja potong rumput di sini, insyaAllah sekurang2nya wak dah tahu proses beli tiket bolasepak kannn.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dec 1, 2021

13% MOON CRESCENT THIS MORNING

Sunrise this morning at Friday Beach @2021

Rabu.
Doha, Qatar.

Pagi2 wak lambat sikit keluar berjalan kaki ke tefian fantai.
Tapi sunrise pun  lambat juga hari ini, yakni jam 6.02am.

Balik dari fantai, singgah beli sarapan mcmuffin sausage with egg.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

PURCHASING FIFA ARAB CUP 2021 TICKET

DEC near al-Gassar station @2021

Selasa.
Doha, Qatar.

Petang  tadi wak berjalan kaki  sahaja ke stesen metro LRT al-Gassar.
Limpas jambatan al-Wahda bridge.

Tujuan untuk beli tiket menonton bolasepak Fifa Arab Cup 2021.

Orangramai agak ramai di dewan DEC itu.

Pembelian tiket mudah sahaja.
Wak pilih game UAE vs Mauritinia, tiket 25 riyal.
Nak pilih game Mesir vs Sudan tak jadi sebab tiket mahal (45 riyal).
Siap kena  pujuk mamat arab di kaunter itu.
"La fulus," wak beritahu.
Mamat arab kaunter ketawa sahaja.
Wak guna kad kredit Visa RHB bank yg kena block tempohari.

Dan cabaran seterusnya  kena ambil Fan ID pula.
Ada permohonan baru dan ada permohonan online.
Kena beratur panjang.
Bila ambil nombor  giliran, kena tunggu dekat 300 orang.
Bila wak perhatikan, nampaknya kena tunggu 3 jam!
Aduhai.

Dipendek cerita.
Hampir sejam tercengang dengan stress disitu.
Wak terpaksa juga potong queue.
Akhirnya dapat juga memohon kad Fan ID.

"Tapi wak kena tunggu approval dulu," kata awek Jamaica di kaunter 7 itu.
"Nanti sistem akan hantar mesej kat henfon wak," katanya lagi.

Nota lalat. Pagi tadi pukul 7.26am (12.26pm Singapore time).
Ada mamat dari Singapore call wak.
Nak offer kerja segera.
Mula2 dia kata nak suruh start dalamasa 2 minggu.
Tapi wak kata skrg kat Doha.
Ada ke patut dia suruh wak terminate contract segera.
Perbualan dalam 5 minit gitu.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

My ticket UAE vs Mauritania @2021
Updated. Oleh kerana ramai yg salah faham, maka wak paparkan dibawah senarai harga tiket perlawanan bolasepak Fifa Arab Cup 2021. Harga tiket ada 4 kategori.  Wak tak jadi beli tiket Mesir vs Sudan itu kerana tiket berharga 25 riyal itu sudah habis dijual. Walaupun boleh je cucuk credit card kannns. Khanns.
Updated lagi. Dan  permohonan Fan ID wak berjaya diluluskan tengah malam tadi. Nampaknya wak kena  berlarian lagi ke al-Gassar untuk ambil kad Fan ID itu.

ARE PEANUTS GOOD FOR KIDNEY STONES

  Kacang Bali from Batam @2024 Khamis malam Jumaat, 2 Mei 2024. Tadi di kantor potong rumput. Wak ternampaklah sebungkus kacang tanah goreng...