Oct 7, 2021

VILLAGGIO MALL & SOUQ WAQIF

Chicken briyani I order on the phone @2021

Rabu.
Doha, Qatar.

Petang penulis sudah berlarian ke dua buah pusat belibelah popular.
Villagio Mall dan Souq Waqif.
Naik tren metro dari DECC ke stesen al-Aziziyah.

Villagio Mall ini seperti The Mines Shopping Mall sebab ada terusan didalamnya. 

Didalam mall, penulis terus cari pasaraya Carrefour itu.
Ubat wangi kawan penulis di Masai itu masih tidak ketemuan.

Solat maghrib di surau Villaggio Mall.
Kemudian dalam perjalanan pulang, singgah di Souq Waqif.

Hafazan lalat. Surah as-Sajadah 32:1-18.

Blog bukanlah hakmili kekal.

Villaggio mall @2021
Villaggio mall @2021
Villaggio mall @2021
Villaggio mall @2021
Villaggio mall @2021
Villaggio mall @2021
Outside Villaggio mall @2021
Before leaving Villaggio mall @2021

Nota lalat. Dalam metro tren dari al-Aziziyah, wak mula2 tak nak gi Souq Waqif. | Tapi bila tengok map dlm tren rasa  dekat je, yakni satu stesen je slps stesen Chan Sow Lin. | Jadi wak pun teruskan ke Souq Waqif. | Berjalan kaki agak jauh dari stesen tren ke Souq Waqif, tapi wak gagahi diri juga. | Dapat ambil satu dua gambar sudah, lagipun wak dah penat. | Dan misi mencari perfume kawan Masai wak masih diteruskan ya. | Wak rasa nntilah ripit lagi. |

Oct 6, 2021

FACEBOOK, WHATSAPP & INSTAGRAM SEEM TO BE DOWN

Uber apps yet to be used @2021

Selasa.
Doha, Qatar.

Semalam petang.
Penulis sudah panggil housekeeping untuk bersihkan bilik air.
Air membasahi sehingga melimpah keluar bilik mandi.
Bila cleaner 1 datang dgn pam tangan dan periksa bukanlah masalah tersumbat.
Dan cleaner 2 datang dgn baldi mop untuk bersihkan basahan.

Malam pula.
Penulis tidak perasan rakan serumah sudah panggil housekeeping juga.
Penulis kan sedang sibuk dengan aktiviti potong rumput.
Tiada talian internet, katanya.
Tapi ketika itu penulis boleh saja guna tiktok dan blogger ini.
Mamat maintenance datang dan periksa alat wifi dalam apartment.
Mamat kata wifi tiada masalah dan dia akan datang esok untuk panggil orang IT pula.

Kemudian penulis mendapat khabar.
Rupa2nya satu dunia bermasalah dengan Facebook, Whatsapp & Instagram sahaja.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

This quran from previous hotel is neat and clean and easier to read @2021

Nota lalat. Petang  punya cerita. | Pasal ada rakan sekerja dari India kena install software 3D model. | NAR pun ada masalah dengan apps Ehtaraz dia, sama macam kes wak kelmarin sebab tak dapat nak beli simcard kat airport masa mula2 sampai. | Tapi peliknya walaupun NAR dah habis hotel quarantine 10 hari, tapi apps Ehtaraz dia masih kuning, sepatutnya hijau. | Usai install software, wak pergi ke City Center Mall. | Makan dulu sebelum cari perfume yg rakan wak dari Masai pesan. | Dia kata dulu dia beli kat dalam Carrefour. | Puas penulis pusing  keliling tanya salesgirl tapi tidaklah membantu sebab tak jumpa perfume itu. | Wak pun ada tanya kedai perfume kat luar Carrefour pun tiada juga. | Ooh, satu lagi, wak dlm dilema juga nak beli roti pita ke tidak sbb tak tahu nak cicah dgn apa utk sarapan. | Dan hampir wak terlupa, tadi masa berjalan ke City Center mall, dgn construction dimana2, tiba2 tangan wak terguris dawai tajam pula.  Demm. |

Oct 4, 2021

BERJALAN JER KEJE WAK ERK

Riding Doha Metro train for the first time @2021

Isnin.
Doha, Qatar.

Semalam penulis kan sudah berlarian pagi dan petang.
Rasa lenguh pula kakiku.

Hari ini penulis mahu berehat.
Banyak tugasan potong rumput yg harus dilangsaikan.
Rakan2 tengah lautan sedang terkapai2 dan menjerit2 minta tolong gitu.

Hafazan lalat.
Surah as-Sajadah 32: 1-15.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Oct 3, 2021

TAK MENARIK SEBAB TAK JUMPA YG PAKAI BIKINI

Doha City Center @2021

 


Ahad.
Doha, Qatar.

Pagi2 usai solat subuh, penulis pun berlarian ke tefian fantai.
Tapi kali ini penulis cuba ke bahagian selatan pusat bandaraya pula.

Ooh.
Penulis terlupa mahu sedekah subuh tadi.
Yo wes lah.

Agak jauh juga penulis berjalanan.
Penulis terpaksa menyimpang ke timur bila nampak matahari mula naik.

Bila tiba  ditefian fantai.
Penulis lihat ada beberapa orang tempatan sedang memancing.
Sekejap sahaja mereka mendapat ikan2 yg besar2.

Ada satu mamat arab ni berenang sorang2 disitu.
Kemudian dia minta penulis ambilkan gambar guna iphone dia.
Penulis layan sahaja.

Hafazan lalat.
Surah as-Sajadah 32: 12-13

Blog bukanlah hakmilik kekal.


Doha City Center @2021
Doha City Center @2021
Doha City Center @2021
Doha City Center @2021
Doha beach @2021
Doha beach @2021
Doha beach @2021
Maggi mee inside petrol station @2021


Nota lalat. Petang Ahad. Wak berlarian lagi ke City Center Mall sebab nak beli simcard baru Ooredoo. | Kat dalam kedai Ooredoo, kerani kata simcard QAR35 yg kawan Wak beli hanya dijual di airport. | Jadi wak pergi airport guna Metro (LRT tren) dari DECC. | Walaupun tambang hanya QAR2 tapi kerana kena kelepet pasal laluan tren dengan budak pinoy yg nampak educated, jadi wak buang masa dan tambang lagi. | Dipendek cerita, wak dapat beli simcard QAR35 di booth airport. | Masa balik, wak ingat nak jalan2 tepian pantai Corniche, tapi disebabkan byk sgt construction, jadi pemandangan pantai adalah terbatas. | Jadi wak balik jalan kaki sahaja - jauh giler wehh. | Sempat singgah semula di City Center Mall, tukar duit Singapore Dollar dan Ringgit. | Terasa amatlah ciput harga seringgit kita kanns. |

Oct 2, 2021

DOHA SUNRISE

A young moon  @2021

Sabtu.
Doha, Qatar.

Pagi tadi bangun awal seperti biasa.

Usai solat subuh, penulis pun berlarian ditefian fantai.
Cuaca tidaklah sesejuk yg penulis khuatirkan.

Tiada yg menarik.
Melayan pantai yg bersih dan jernih.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

The West Bay, Doha sunrise @2021
This is an arabic sand @2021

Sabtu petang.
Doha, Qatar.

Penulis malas buat entri baharu.
Penulis tempel disini sahaja.

Usai maghrib, penulis terus berlarian ke pusat belibelah berdekatan itu.
Semalam kan tidak boleh masuk.
Hari ini penulis sudah kemaskini apps ehtaraz.
Mamat sopir yg tolong dapatkan kadsim Vodafone.
Tapi bila diperiksa, tiada baki lagi dalam kadsim itu.
Tidak mengapa, yg penting, apps ehtaraz sudah berfungsi.
Dan penulis boleh masuk mana2 pusat belibelah seluruh negara.

Dalam pusat belibelah.
1 -  tukar wang USD20 = QAR73, tolak QAR10 utk upah pendaftaran.
2 - makan KFC arab, set kebayan QAR18.
3 - masuk Carrefoure, beli buah limau dan epal. Juga beli ubat gigi dan ubat pencuci pakaian.
4 - tak jadi nak tambah nilai kadsim Vodafone.

Kembali ke pangsapuri.
Cuci pakaian busuk guna mesin pencuci dan pengering.
Ambil masa 3 jam setengah.
Lama gila.

Oct 1, 2021

THE WEST BAY

On the high rise, Doha @2021
Jumaat.
Pagi sudah keluar dari bilik hotel mewah.
Kuarantin selama 10 hari sudah pun tamat. Khalas.

Masuk pula ke apartment syarikat.
Ditengah2 pusat ibukota.

Petang tadi penulis ke pusat belibelah berdekatan.
Jalankaki sahaja.
Tapi bila sampai dipintu, abang nepal sekuriti tidak benarkan masuk.
Sebab penulis tiada apps "ehtaraz", sama seperti mysejahtera itu.
Disini tidak boleh tulis di buku.
Kalau tiada data internet macamana penulis mahu kemaskini apps ehtaraz itu?
Abang nepal kata, "wak amek teksi tu, pergi shopping center lain."
Iya, memang banyak teksi warna putih.
Baru sahaja tadi panggil2 dan lambai2 suruh naik.
Tapi penulis masih tidak berani kerana takut ditipu.

Blog bukanlah hakmilik kekal.
Jambatan al-Wardah @2021

THE LAST SUPPER

Please hover your mouse to see before and after the apple was eaten.


Bayangkan.
Makan malam (baca, dinner) sampai di depan kamar detik 12 tengah malam waktu Masai.
Tapi disini baru jam 7 malam.
Tapi sekarang kan sudah jadi musafir lebih seminggu.
Kesan jet lag pun rasanya sudah tiada.

Sebenarnya hari ini hari terakhir kuarantin dalam hotel ini.
Akan bertukar hotel berdekatan dgn tempat padang memotong rumput.
Ditengah2 ibukota nanti.
Semoga dipermudahkan.
Amin ya robbal alamein.

Ooh.
Pagi2 ini ada mesyuarat tingkap.
Jam 4 pagi waktu tempatan, iaitu jam 9 pagi waktu Masai.
Lagipun penulis sudah bangun dari jam 2 pagi tadi macam biasa.
Mata terkebil2 tidak boleh tidur lagi.
Sambil tunggu solat subuh yg masuk jam 4.03am.

Hafazan lalat.
Surah as Sajadah 32:1-11.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Diet Pepsi @2021
Yesterday sunset  @2021
A window view at 2am this morning @2021

FALL INTO SLEEP IMMEDIATELY WITH HEAVY RAINSTORM & THUNDER SOUNDS

  Amasari Residence Resort @2024 Sabtu, 5 Mei 2024. Hari ini hujan turun dengan lebat anjing dan kucing. Tapi wak tidur kepenatan waktu itu....