Sep 12, 2021

SUNRISE WITH THICK CLOUDS

Jambatan Gantung Putrajaya sunset @2021
Pagi2 berjalanan dibelakang kampung seperti biasa.

Petang pula berlarian merentas negeri.
Punyalah ramai orangramai macam ulataik di dataran Putrajaya itu.

Blog bukanlah hakmilik kekal.
Bangi sunrise this morning @2021

Sep 10, 2021

BAKHOOR UNTUK HALAU JIN

Bakhoor or Bakhur, an Arabic word which means Fumes, is vastly known for performing houses or surroundings.
Semalam penulis ada guna alat pembakar kemenyan.
Orang arab panggil bakhoor.
Ada ustad kata boleh halau entiti dalam rumah.
Contoh, misteri bunyi guli jatuh dan bunyi perabot diseret.
Dulu penulis ada cerita di SINI.

Rumah atas flat ini sekarang sudah berpenghuni sejak beberapa bulan lepas.
Mungkin ada anak2 kecil.
Memang selalu akan kedengaran bunyi guli jatuh dan bunyi perabot diseret.
Kadang2 terlalu kuat sangat.
Terasa tegang (baca, tension) pula.

Penulis ingin cerita kejadian tadi malam.
Sebelum tidur, penulis sudah bakar alat kemenyan bakhoor itu.
Tapi pembakaran hanya bertahan 2-3 jam sahaja.
Dalam pukul 2 pagi penulis terbangun macam biasa.
Untuk buang air kecil dan kemudian solat tahajjud 2 rakaat.
Kemudian hafaz surah al waqiah atas sajadah seperti biasa juga.
Tapi masih kedengaran bunyi budak2 kecil bermain diatas.
Sehingga terjerit2.
Pelik kan?

Kemudian sebelum tidur, penulis ulang (sabki) hafaz surah al-jin.
Memang sekarang ini penulis tengah ulang2 hafaz surah al-jin.
Sabki yakni mengulang hafalan pada surah2 yg sedang dihafal.
Agar tidak lupa dan luntur dari ingatan.
Penulis perhatikan tiada lagi bunyi budak2 bermain diatas.
Mungkin sudah tidur agaknya.

Pagi2 penulis pun mainkan mp3 surah al-jin berulang2.
Memang tidak bising seperti biasa.
Alhamdulillah. Sehinggalah jam 4.15 petang, penulis hentikan pemain mp3.
Sekejap sahaja, sebab bunyi budak2 bermain diatas pun bermula.

Maksud hafazan lalat.
Sabak - hafazan baharu.
Sabki - mengulang hafazan surah.
Manzil - ‘Muraja’ah’ yakni mengulang juz-juz yg telah dihafaz.

Wallahualam.

قُلْ اُوْحِيَ اِلَيَّ اَنَّهُ اسْتَمَعَ نَفَرٌ مِّنَ الْجِنِّ فَقَالُوْٓا اِنَّا سَمِعْنَا قُرْاٰنًا عَجَبًاۙ
1. Katakanlah (Muhammad), “Telah diwahyukan kepadaku bahwa sekumpulan jin telah mendengarkan (bacaan),” lalu mereka berkata, “Kami telah mendengarkan bacaan al-Quran yang menakjubkan,

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sep 9, 2021

REVISIT KLCC AGAIN

On Jalan Tun Razak this morning @2021
Pagi tadi penulis berjalanan dibelakang kampung juga.
Sebelum berlarian ke KLCC.

Visa untuk ke seberang parit sudah diterima.
Tapi penerbangan ditangguhkan 2 minggu lagi.
Sebab hotel untuk kuarantin sudah penuh pula.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sep 8, 2021

SUNGAI MERAB SUNRISE

Jalan Haji Omar sunrise @2021
Pagi2 Rabu tadi sudah berlarian dibelakang kampung.
Selepas itu makan nasi lemak kerang dan roti canai satu.
Air teh o kurang manis.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sep 7, 2021

SELAWAT JIBRAIL SERIBU KALI

Zikirmatik on selawat Jibrail @2021
Tadi penulis ternampak zikir selawat Jibrail.
Pertama kali tahu.
Bacaannya ialah ( صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد ) Shollallohu A’la Muhammad.
Sebanyak seribu kali.
Penulis guna apps Zikirmatik.
22 minit juga.

Petang penulis berlarian dalam pusat belibelah sahaja.
Dalam satu utama (baca, One Utama).
Dari kepak baharu ke kepak lama (baca, New Wing & Old Wing).

Blog bukanlah hakmilik kekal.
One Utama  New Wing @2021
One Utama  money changer is down @2021
One Utama  surau @2021
One Utama  surau @2021
Bangi Gateway sunset @2021
I was mistaken this vape cabin as a gadget store @2021

Sep 6, 2021

CAN SMARTPHONE BEAT 11 YEAR OLD CAMERA

My old Lumix GF1 @2021
Isnin.

Semalam petang hujan turun dengan lebat.
Petir kilat sambar menyambar.
Guruh dentum berdentum yg luarbiasa kuatnya.

Ooh.
Pasal kamera lama penulis.
Nampaknya masih bernafas.
Walaupun sudah 11 tahun usianya.
Akan kembali beraksi.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sep 5, 2021

MASAI SUNRISE

Jalan Suria this morning @2021
Pagi2 tadi penulis berlarian ke warung lontong masai itu.
Tapi tidak penulis sangka.
Buah cempedak nak jadi nangka.
Warung ditutup pula.
Yo wes lah.

Hafazan lalat.
Sekarang baru habis menghafaz surah al-thalaq. Alhamdulillah.
Dan kembali ulangi surah2 lama (manzil).
Harus diulang2 agar tidak pudar dan lupa.

Blog bukanlah hakmilik kekal.
Jalan Suria this morning @2021
Tesco (Lotus's) Seri Alam @2021
Tesco (Lotus's) Seri Alam @2021
Alhamdulillah, I hafiz all these popular surah @2021

Sep 4, 2021

SELF QUARANTINE IN MASAI HOTEL

Swan Garden Hotel Masai @2021

 

Pagi tadi penulis berlarian pulang ke gagang.
Setelah berminggu2an tidak pulang.
Kerana PKP 3.0.

Tapi isteri penulis (yg itu) tidak benarkan penulis terus pulang ke rumah.
Kerana penulis datang dari kawasan zon merah yg merbahaya.

Jadi penulis duduk sahaja dahulu.
Di hotel berdekatan.
Untuk semalaman sahaja.

Kemudian penulis pulang kerumah di sebelah senja.
Untuk berkemasan barang2an.
Kerana lusa sudah terbang ke seberang parit. (Amaran songsang)

Ooh.
Tadi ada emel berterbangan.
Pasal visa Ras Laffan penulis disambung lagi nam bulan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sep 3, 2021

A CLOUDY DAY

On the rice field this morning @2021
Jumaat.

Pagi berlarian diperbatasan sawah seperti biasa.
Cuaca suram dan langit mendung.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sep 2, 2021

ANAK PISANG DIPERBATASAN

Sawah padi Tangga Batu @2021
Pagi tadi cuaca mendung.
Hujan gerimis usdah turun.
Tapi penulis gagahi diri.
Dengan berpayung.

Movie lalat. Gunjan Saxena 2020.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sep 1, 2021

THE REASON YOU LET YOUR SECOND WIFE ROTTEN AND RUSTED BY THE ROADSIDE

Sawah Padi Tangga Batu @2021
Pagi2 penulis sudah berlarian diperbatasan sawah.

Movie lalat. Naan (Tamil) 2012.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

BELAKANG RUMAH ADA KLCC 2024 DAN TOPI "BERAK" SEKARANG JADI TRENDING

Jalan Daud Kampung Baru @2024   Jumaat, 4 Mei 2024. Pagi sudah berlarian ke Jalan Daud. Wak cuba nasi lemak Kak Chuk. Tapi tiada lauk kerang...