Mar 19, 2021

BANANAS VS PLAINTAINS

Musa acuminata, ie pisang montel
Dulu masa penulis menjadi pemandu Uber.
Pernah selalu bawa orang2 negro Afrika.
Kebanyakan orang2 hitam dari negara Nigeria.

Suatu hari, penulis bawa seorang pemuda negro Nigeria.
Dia hendak ke pasaraya membeli "plaintains."
Pertama kali penulis mendengarnya.

Bila ditanya lagi, rupa2nya diaorang memang memanggil pisang itu "plaintains." 
Bukan "bananas" seperti kebanyakan orang2 luar negara.
Yo wes lah.

Kamus lalat. Orang Korea (바나나) dan Jepun (バナナ) juga sebut banana. 
Orang kampung penulis panggil gedhang.
Dan manakala perkataan baharu "pishang" yg sekarang kita selalu dengar di socmed pula bermaksud sesuatu yg bosan atau seseorang yang sedang merasa kebosanan. Contoh ayat seorang pemandu Uber, “tiada penumpang di KLIA, pishang sungguh hari ini.”

Movie lalat. Unsane 2018.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Mar 18, 2021

MISTERI | BUNYI GULI JATUH & BUNYI PERABOT DISERET DI TENGAH MALAM

Can you hear those strange noises?
Assalamualaikum kawan2 penulis semua2 lah.

Malam ini malam jumaat.
Malam permintaan kaum ibu2 ye.

Ooh. Pasal tajuk misteri bunyi guli dan bunyi perabot diseret di tengah malam.
Walaupun penulis perasan rumah diatas ini tiada berpenghuni.
Kosong.
Sekarang ini bukan malam sahaja.
Kadang-kadang siang2 hari panas berdeting pun seperti ada bunyi budak2 berlarian dan melompat2 diatas siling.

Movie lalat. North by Northwest 1959.
2. Crusoe 1988.

Blog bukanlah hakmilik kekal.
Dunkin Donuts 6 + Heaven & Earth Jasmine tea
Mitsui Outlets KLIA Sepang
Sepang sunset

Mar 17, 2021

BELI SATE DI PINGGIR JALAN

Sate Hj Samuri kajang
Beli sate di pinggir jalan ..
Makan nya di bawah pohon jambu..
Mari lah kita saling memaafkan..
Agar kita bahagia selalu...

Ehh. Pantun tiada kena mengena dengan gambar2 ya.
Dan patutnya entri ini dinamakan "Wordless Wednesday". Khaannns.

Movie lalat. Love 2015 (18SX).

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Nasi lemak telur bungkus & roti canai kosong warung bunian

Mar 16, 2021

KELAKAR APA HARI INI?

Toshiba 9kg washing machine with 7 years motor warranty.
Saya beli peti sejuk baru saiz besar.
Sekarang nak buat macamana biar jiran tahu saya beli peti sejuk baru ini?

Kena letak kat luar rumah kah? 

#FBKelakarApaHariIni
#RiakApaHariIni
#LawakKerDer
#TiadaYangKekalLama

Nota lalat. Untuk rekod. Sebenarnya bukan peti sejuk, tapi mesin pembasuh (Toshiba) sahaja.
Dan penghawa dingin (Daikin) 1.5hp juga.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Mar 15, 2021

SOMETIMES IT RAINS SOMETIMES IT SHINES

Cakap sikit nangis, Cakap sikit sentap, Plus highway heading north
Movie lalat. Palm Trees in the Snow 2015.

Blog bukanlah hakmilik kekal.
Rain droppings on the green
Black and white on the Hilux

Mar 14, 2021

YAASIR IS 14 TODAY

The birthday boy
Semalam penulis sudah berlarian ke pusat belibelah midvalley JB itu.
Sebab hendak meraikan harijadi anak lanang bocah cilik.
Mahu makan sushi katanya.
 
Hari ini genap usia anak lanang 14 tahun lah.
Begitu juga usia penulis berblogging.
Bukan sahaja di blog Tiga Lalat yg ini.
Rasanya sudah juta2 lemon blog penulis lalui.
Yg mula2 itu bersama ekawan.
Hari2 penulis tulis blog.
Penulis tulis blog tiap2 hari.

Ehh. Hari ini juga harijadi Albert Einstein itu juga.

Throwback lalat. Previous Yaasir's birthdays at 1 year (2008) and 4 year (2011).

Movie lalat. 5 To 7 2014.
2. Avengement 2019.

Blog bukanlah hakmilik kekal.
Yaasir with his big sister, aBo
Salmon steak and Ebi fry set meal for me.

Mar 13, 2021

SERVICING AIR CONDITIONING UNITS

MKN latest message
Tadi dapat mesej dari MKN seperti biasa.
Kata sudah boleh merentas negeri untuk melancong.
Tapi tidak boleh bawa kenderaan sendiri.
Kena naik bas rombongan cik kiah kah?

Cerita lalat lain.
Semalam penghawa dingin cikputih di servis.
Begitu juga penghawa dingin bilik utama di rumah penulis (yg ini).

Updated lalat.
Pasal penghawa dingin rumah yg baru diservis.
Nasib tidak baik, tidak sampai sehari penghawa dingin bermasalah lagi.
Dan tidak sejuk.
Tauke yg servis kelmarin kata kena bawa penghawa dingin ke bengkel untuk di uji tekanan.
Penulis panggil tauke kedai alat2 logam yg biasa penulis kenal, bro Mike.
Mike kata dia hantar orang lain datang servis atau tukar paip tembaga.
Kalau tidak boleh juga, mungkin kena beli penghawa dingin yg baharu sahaja.
Tidak perlu bongkah penghawa dingin dan bawa ke bengkel.
Jadi, siang tadi, orang Mike datang servis dengan tukar paip tembaga baharu.
Dan tukar gas baharu.
Tapi... 😣😣😣

Pasal lampu kalimantang rumah pula dibilik anak wedok yg bermasalah.
Penulis panggil juga tukang elektrik.
Budak Dani datang pertama kali.
Lampu dan wiring sudah boleh berfungsi.
Tapi tidak lama.
Bila budak Dani pulang beberapa jam, lampu kembali bermasalah lagi.
Budak Dani datang lagi, bila diperiksa rumah lampu tersebut bermasalah.
Jadi, penulis beli rumah lampu jenis LED - lagi murah dan mudah dipasang.
Yg penting, lampu LED tidak perlu starter dan ballast didalamnya.
Diulangi - memang mudah dan murah- rm14.50 untuk set besar 4 kaki, rm12 untuk set kecil 2 kaki).

Jadi semalam penulis cuba beli dan pasang sendiri.
Lampu kalimantang jenis LED.
Nak pasang wiring didalam rumah lampu itu pun mudah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.
Cikputih air conditioner after the service
My home air conditioner after the service

Mar 12, 2021

MINI ARCADE GAMES - GALAGA

Sup Game Box 400 in 1
Penulis ingin ucapkan ribuan terimakasih kepada blogger jeliter cik Syazmirahim.
Walaupun penulis tidak berjaya menang cipta perenggan kreatif.
Tapi dapat cabutan bertuah Top Commentator Blog Syazni Rahim Februari 2021.
Walaupun bukanlah ngetop sangat, top commentator yg ke 14 sahaja.
Tapi untung sabut timbul je kann.
Terimakasih sekali lagi ya cik Syazni yg jeliter ittewwww.
Tanpa kawan2 yg best gitu, saperlah penulis yg ini kann. Khannns.

Pasal permainan arcade ini dulu pun penulis pernah bermain.
Semasa zaman persekolahan.
Kena pergi kedai permainan, kemudian masukkan duit syiling.
Selepas itu, bermain mengguna komputer peribadi.
Tapi memang jenis penulis kaki bangku.
Tidak pernah menang mana2 permainan pun.

Permainan yg penulis pernah main, ie Arkanoid, Xevious, Super Mario, Pac Man, Galaga, Galaxian, Mario Bros, 1942, Tetris dll.
Budak jamni mana minat permainan kuno seperti ini lagi kan.

Update lalat. 27 Mac 2021. Sebenarnya minggu lepas, penulis terima lagi sebuah bungkusan dari cik Syaznirahim yg jeliter itu. Kiriman permainan arcade yg sama. Bila ditanya, "yg mula2 tu saya tulis poskod ke Sabah pula," katanya. Huhuhu.

Blog bukanlah hakmilik kekal.
Sup Game Box 400 in 1

Ooh. Sebelum terima hadiah diatas.
Penulis juga terima hadiah biskut durian ini.
Dari Kota Bharu yg jauh di sana.
Gara2 dapat jawab teka teki yg kacang.
Terimakasih kepada ahkak siti roihan.
Walaupun biskut durian jadi hancur gara2 penghantaran kaedah campak mencampak.

Durian cookies crunchy but it was crunched by the delivery company.
Updated.
Updated. I got 1 more arcade games from Syaznirahim. Thank you.

Mar 11, 2021

MOTIONLEAP

KSL Condom. Condominium, Taman Rinting @2021
Harap2 panas sampai ke petang.

Disclaimer lalat. Rumah diatas bukan rumah penulis ya. Harak maklong. ;p

Movie lalat. 3 Women 1977.

Blog bukanlah hakmlik kekal.

Mar 10, 2021

ALARM CIRCUIT BOARD IS NOTHING TO DO WITH THE AIRCOND ISSUE

I need to switch off the whole power to turn off the aircond timer.
Sebenarnya tiada masalah dengan sistem penggera dirumah.
Cuma penghawa dingin dalam bilik utama tidak sesejuk mana.
Walaupun sudah dituju suhu panggil rendah, yakni 16 darjah selsius.
Penggera masa muncul tanpa diusaha.
Tiba-tiba tertutup sendiri.

Harus dipanggil tukang servis penghawa dingin.

Movie lalat. Dances with Wolves 1990.

Blog bukanlah hakmilik kekal.
Chunghop Universal ir conditioning remote controller, 1000 in 1 (K-1028E)

Mar 9, 2021

MENDUNG BELUM TENTU HUJAN

KSL condominium, Taman Rinting
Mendung belum tentu hujan;
Bujang belum tentu kesepian;
PKP belum tentu ditamatkan:
Pacaran belum tentu ke pelaminan.

Ooh. Penulis ada ambil gambar KSL condom condominium yg sama diatas tahun lepas (sebelum PKP).

Blog bukanlah hakmilik kekal.

ARE PEANUTS GOOD FOR KIDNEY STONES

  Kacang Bali from Batam @2024 Khamis malam Jumaat, 2 Mei 2024. Tadi di kantor potong rumput. Wak ternampaklah sebungkus kacang tanah goreng...