Dec 8, 2020

NASI AMBENG THE RIVER

Kelmarin penulis cuba datang mencari warung nasi ambeng the River ini.
Tapi masa itu pukul 2pm penulis sudah agak lambat sampai.

Tengahari tadi penulis pun berlarian ketepian longkang itu sekali lagi.
Alhamdulillah, dapat pesan sebungkus.

Movie lalat. Tower Heist 2011.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dec 7, 2020

SUSU KURMA FARM FRESH


Cikgu suka minum susu kurma...
Hari-hari Cikgu minum susu kurma... 
 
Saya suka minum susu kurma...
Hari-hari Saya minum susu kurma... 
 
Awak suka minum susu kurma...
Hari-hari Awak minum susu kurma...
 
Penulis suka minum susu kurma...
Hari-hari Penulis minum susu kurma...
 
Jom beli susu kurma...
Hari-hari jom beli susu kurma...😀😀
 

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dec 6, 2020

TASIK 3 BERADIK MASAI

Tasik 3 Beradik Masai @2020
Untuk entri Bukit Denai 3 Puteri, sila sekodeng di SINI.
Untuk entri terakhir Taman Tun Jeanne, sila bertapak di SINI.

Pagi2 subuh sepi-e tadi penulis sudah berlarian ke Taman Tasik Tun Jeanne.
Rasanya sudah setahun lebih penulis tidak berjogging (lah sangat) disini.
Bila penulis tiba jam 7pagi, punyalah ramai orangramai.
Mahu parkir kereta pun susah.

STATISTIK
Distance = 10.5km
Duration = 3jam 8min 58saat
Difficulty = Easy

Tapi kopak dan melecet tapak kaki penulis.

Updated. 7/11/2021. Kelmarin ada kejadian budak  IPTA jatuh lemas dalam tasik ini. Link: astroawani.
Dua bulan lepas pun ada lelaki lemas. Link: sinarharian. Hati2 gaisss.

Movie lalat. The Thin Red Line 1998.
2. The Bridge on River Kwai 1957.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

MY BIRTHDAY IS TODAY
Terimakasih kepada isteri penulis (yg itu) yg belanja makan sempena haritua penulis.
Makan steak salmon di Der Cabin sahaja sudah.

Dec 5, 2020

PM4 PM6 PM7 PM TEPI

Please hover your mouse to see before and after edit. (If you’re on a phone, tap any other image to revert to the edit.)

 

3 Pemimpin Negara
yang popular di Facebook dari sudut pujian kecaman dan troll oleh netizan
 
Posting nya selalu mendapat kecaman dan adakala pujian
Kerana Tun M waktu ni berperang dengan 3 parti gergasi seperti PH.... Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional
Dia mengkritik mana 2 Pemimpin bermasalah.cakap secara terus terang direct point.....tegas dan dalam perjuangan.
Bagi dia....tak perlu dihormati untuk meraih sokongan..
 
DS Najib Razak (4.1juta) :
Digelar Raja Troll oleh pengikutnya dan dikenali sebagai Bossku kerana tidak ada gelaran Tun.
Dia Troll apa saja mana2 pemimpin yang bermasalah atau mencari masalah dengannya.
Post yang kelakar kerana rakyat suka dengan posting macam tu.
Posting nya sekarang boleh diterima pakai setelah kalah menjadi pembangkang.
Tetapi hanya satu pemimpin ni je dia belum troll iaitu DS Anwar Ibrahim
Ada apa2 ke Datuk Sri....?
 
DS Anwar Ibrahim (1.8juta) :
Dikenali sebagai bapa reformasi dan pandai berdialog....kata2nya penuh semangat dan berpengaruh
Masih pemegang bakal PM paling lama.
Posting nya dapat pujian adakala kena troll oleh netizen.... sebab post nya play safe.
Dia hanya post yang baik sahaja.
Tetapi dia cerdik....orang2nya yang buat huru hara.
Masih menanti PM9 oleh pengikutnya
Tuari siap jumpa agong kata ada number.
Tapi sampai sekarang sudah 0-6.
Saya ulannggggg...
 
- sumber Facebook

Semoga negara akan tatap aman damai sejahtera sentosa senantiasa.
Aminn ya robbal alaminn.

Nota gambar lalat.
Tiada kena mengena dengan entri penulis.
Khutbah Jumaat di negeri Johor hari ini.
Tajuk jihad membendung wabak penyakit.

Ohh. Hari ini harijadi yg benar. ;p

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dec 4, 2020

BAGAI BULAN EMPAT BELAS


Peribahasa bagai bulan empat belas bermaksud peri keelokan muka perempuan.
女人的美丽

Peribahasa lain tentang lalat bulan.

Bagai bulan dipagar bintang
Maksud: Kecantikan seseorang perempuan yang tiada bandingannya.
最美丽的女人

Bagai bulan jatuh ke riba
Maksud: Mendapat keuntungan yang besar dengan tidak disangka-sangka.
祝你好运

Bagai bulan dengan matahari
Maksud: Sudah secocok dan sepadan benar.
匹配或匹配

Seperti bulan kesiangan hari
Maksud: Muka yang pucat benar
脸色苍白

Siang bagai hari, terang bagai bulan
Maksud: Sudah terang sekali (kesalahan dan lain-lain)
一个真正的错误

Nanti penulis tulis peribahasa pasal lalat pula.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dec 2, 2020

TEKA TEKI KALAU KAHWIN 4 BANYAK BANYAK

Please hover your mouse to see before and after edit.



Memang dalam blog penulis ini selalu letak gambar yg boleh ditukar2 bila tetikus pembaca melewati gambar2 tersebut.
Seperti gambar diatas.
Gambar sebelum dan selepas diubahsuai.
(Tip: kalau pembaca guna telefon pintar, sila klik gambar untuk lihat perubahan.
Dan klik diluar kawasan gambar untuk kembali ke gambar asal.
)
Jangan cakap penulis tidak payung. Ehh.

Pasal cikputih sudah masuk bengkel lagi hari ini.
Banyak sangat sakitnya.
Poket penulis pun berlubang2 sekarang.
Isteri penulis suruh ditukar sahaja ke kereta baharu yg lain, contoh Toyota Vios.
Uhh. Kalau lah dapat duit tiba2 jatuh dari langit kann.
Duit KWSP RM10K one off dari kerajaan memerintah pun tidak mencukupi.

Pasal teka teki lalat.
Terdapat sebuah masa-elah. Empat, banyak-banyak. Tiga, sedikit-sedikit. Dua, jarang-jarang. Satu, kadang-kadang. Apakah iye?
Jawapannya bukan kahwin (Nujum Pa' Belalang) ya kawan2. Amvoiii.

Movie lalat. Ran (Jepun: 乱) 1985.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

REMPEYEK WAK TUNOT


Hari ini penulis ingin cerita sedikit berkenaan rempeyek.

1970AN & 1980AN
Masa zaman kecil2 lah sangat.
Bila nak raya, bonda akan buat kuih muih termasuk tempeyek.
Tempeyek kacang tanah yg bentuknya bukan bulat dan tidak cantik.
Bonda pakai tebar sahaja.
Tiada rupa orang kata.
Tapi sedap.
Penulis juga akan disuruh memukul telur dalam pasu belanga.
Ooh. Itu untuk buat kuih bauhulu. ;p

SEJARAH
Mula2 penulis tahu pasal rempeyek wak Tunot ini ketika bertugas memotong rumput di Pasir Gudang.
Ada ahkak Eton (bukan nama sebenar) yg punya sedara yg buat bisnes rempeyek.
Ahkak Eton (bukan nama sebenar) selalu jual rempeyek di pejabat.
Ahkak Eton (bukan nama sebenar) punya sedara pengusaha kilang kecil di Kampung Tengah, Kluang.
Itu cerita lebih 20 tahun yg lampau.

2000AN
Bila penulis bertugas memotong rumput di bandaraya, penulis pun ada juga bisnes kecilan.
Jual rempeyek Wak Tunot.
Biasa sebelum musim raya.
Sambutan yg agak hebat.
Penulis akan kutip bekalan dari Kluang.
Berkotak-kotak penuh dalam van Unser.
Agak jauh.

Kadang2 bila raya semakin hampir, bekalan habis di kilang wak tunot.
Terpaksa pesan dari orang tengah.
Kadang ada bekalan, kadang2 tiada bekalan.

MASA KINI
Tidak sangka juga penulis bahawa pasaraya Mydin ada jual rempeyek.
Rempeyek Wak Tunot yg pernah penulis kejar2 dahulu.
Harga mampu milik - RM13.90 sahaja.
Sepelaung sahaja dari rumah hinggap penulis yg ini.
Tidak perlu berlarian ke Kluang.
Atau memanggil orang tengah atau ejen.

Tapi sekarang penulis tidak berniaga lagi.
Cukuplah untuk makan sendiri.

REMPEYEK VS TEMPEYEK?
Dulu masa kecil2 lah sangat, penulis panggil tempeyek.
Tapi kemudian bila penulis periksa, tiada dalam kamus dewan pula.
Yg rasmi sebutannya ialah rempeyek (رمڤيييق ).
Mahu senang, panggil peyek sahaja pun boleh.
Yg penting bukan tumpi (تومڤي ), ehh itu adik beradik lain bapa kacang.

Nota lalat. Ehh. Penulis masih simpan keratan akhbar kejayaan bisnes rempeyek wak tunot ini.
Jual rempeyek dapat rm1 juta setahun.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

WHAT HAPPENS IF YOU WERE IN TRANSIT FLIGHT AND MISSED THE SECOND FLIGHT

  Leaving Batam Island of Riau Indonesia @2024 Rabu, 2 Mei 2024. Hari pengembaraan pulang yg agak mencabar. Dua hari lepas baru mgr AYU temp...