Dec 4, 2023

HOW TO FIX WINDOWS BLUE SCREEN OF DEATH (BSOD)

Petronas Twin Towers KLCC view from Kampung Baru @2023

 

Isnin, 4 Disember 2023.

Tiba2 laptop yg wak pakai tergantung.
Mula2 kata mahu update software.
Bila wak tekan ya untuk restart.
Boleh pula terpusing2 roda ditengah2 skrin biru itu.

Wak sudah pelbagai posisi.
Masih tidak mahu mati juga.
Atas bawah kiri kanan.
Tonggeng terbalik pun masih tidak berjaya. 

Kena tekan butang power lama2.
Kata bro ASY yg jauh di sono.

So, I quit the job in Batam for good today.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

The weird thing about this latest Dell laptop is no power button @2023

Dec 3, 2023

HARGA SEKEPING APAM BALIK DI JB SEKARANG SUDAH NAIK RM5

 

Jalan Persiaran Seri Alam Masai @2023
Pulang dari beli apam balik Permas Jaya

Ahad, 3 Disember 2023.

Nota. Tiada gambar apam balik ya.
Tapi dulu wak ada cerita juga di SINI

Pagi2 sudah terbangun sebelum Subuh.
Buat kerja potong rumput dulu.

Jam 7.30pagi sambung tidur.
Dan bangun jam 10 pagi.

Mandi dan terus berangkat ke pasaraya besar Lotus's.
Beli barang2 dapur bersama mQ (my Queen) dan anak wedok.

Pulang dari berbelanja.
Sambung potong rumput atas talian.
Ada masalah di galangan kapal di Batam.
Agak lama juga untuk menyelesaikan masalah.
Akhirnya berjaya.
Alhamdulillah.

Petang berlarian ke Permas Jaya.
Beli apam balik (murtabak manis).

"Waduh, sekarang sudah lima hinggit sekeping," ngomel wak.
"Baru bulan lepas harga masih bertahan rm3.50 untuk bertahun2 lamanya,"
"gara2 kerajaan madani sekarang ni kann,"

Tapi ada je apam balik masih harga 50 sen sekeping kann. Di SINI.

Malam pula sudah menaiki bas ekspres ke ibukota.
Bagus dah servis sekarang sebab wak dah beli tiket online.
Siap abang kaunter telefon wak setengah jam sebelum bas berangkat.
Tidak perlu tunjuk tiket pon. 

Cuma di stesen bas Larkin tudak mudah untuk ke tandas sebab agak jauh.
"Wak nanti leh pakai tandas kat Taman Tun Aminah," kata macha drebar itu. 

Tiba di TBS pun sudah hampir jam 2 pagi.
Nak guna tandas yg dekat arrival itu penuh pula.
Dan tandas di kawasan tengah sedang di cuci dgn makcik muka ketat.
Terpaksa guna tandas di hujung sono. 

Mula2 tadi wak sudah pesan Grabcar harga rm21 tapi agak jauh dan ambil masa 11 minit.
Drebar suruh wak kensel le tu.
Kalau inDriver pula harga tambang agak lebih mahal, yakni rm27.
Drebar grabcar kedua sudah tiba ketika wak dalam tandas dihujung sono.
Terkejar2 wak ke pintu Gate C. 

Movie lalat.
The Roundup 2022 (Korea)
Hostage: Missing Celebrity 2021 (Korea)

Blog bukanlah hakmilik kekal.

From Masai Bus Terminal to Terminal Bersepadu Selatan TBS @2023
Kg Bakar Batu JB @2023
Traffic Jam new Hentian Sebelah Nilai @2023

Dec 2, 2023

TONTON TELEMOVIE 6 (ENAM) LAKONAN JANNA NICK

Masai town @2023

 

Sabtu, 2 Disember 2023.

Pagi2 sudah berlarian ke pekan koboi Masai.
Wak makan lontong kegemaran seperti biasa.

Movie lalat.
6 (Enam) 2018 - Janna Nick
Deep Trap 2015 - Korea

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Lontong Masai at Zarahman @2023
Cik Maibee at Masai town @2023

Dec 1, 2023

CARA PALING CEPAT KE TERMINAL BERSEPADU SELATAN TBS DARI KLCC

KLCC this morning @2023


Jumaat, 1 Disember 2023.

Pagi tadi sudah antri (beratur) depan kubur P Ramlee.
Wak beli meehoon dgn lauk sardin dan telur mata sapi. rm6
Pak cik berikan kuih yg salut kelapa gratis (percuma ).

"Ni tinggal last kopek wak," katanya. 

Tengahari berlarian ke masjid Kg Baru.
Terjumpa rakan sekantor lama, bro ZAL.

Cara tempah tiket bas online.
Wak guna Redbus apps.
Perjalanan pergi dan balik (PP).
Rm76 lebih murah berbanding kalau pandu kereta sendiri dgn duit minyak dan tol. 

Petang berlarian ke TBS.
Dari Avenue K mall turun eskalator ke stesen LRT KLCC.
Kemudian tukar tren di Masjid Jamek.
Bila ditanya, boleh makguard itu berkata "wak naik kt sini nanti turun di stesen Hantu,"
"Haa?" terkejut juga wak mendengarnya.
"Stesen Hang Tuah la wak," katanya tersengih.
Pelik, biasa dulu akan tukar di Chan Sow Lin. 

Di stesen Hantu kena turun dan naik tangga yg agak tinggi.
Ini adalah kerana tangga eskalator sudah rosak.
Dan kemudian turun ke platform bersebelahan.
Ambil tren aliran Putra heights. 

Sampai di TBS pun tepat jam 6.01pm.
Masih banyak masa untuk berangkat.
Tapi wak berantri (beratur) juga untuk dapatkan boarding pass.
Bila dikaunter mamat tu bilang wak dah ada Go pass dlm emel.
Jadi tak perlu dapatkan boarding pass yg baharu. 
Jadi wak lepak di kopitiam itu.
Pesan mihun telur mata sapi.

Naik bas jam 7.35pm.
Tak sampai 10 minit wak pun terlelap keletihan.
Wak terjaga bila bas berhenti di hentian sebelah Kg Bemban Melaka.
Ehh, wak tidur 2 jam wehh!

Kemudian bas berhenti di bandar Kulai.
Ramai penumpang turun disini.
Tinggal dua orang budak perempuan yg mahu ke Pasir Gudang.

Boleh pula uncle drebar ini suruh wak turun di Pasir Gudang.
Dia kata tidak masuk pekan koboi Masai.
"Sebab Wak sorang je kann," penjelasannya.

Jadi wak turun di stesen minyak Petronas Taman Rinting.
Berdekatan Mydin.
Itupun sudah jam 1 pagi.

Wak ucap terimakasih lah pada uncle drebar.
Dia pun cakap terimakasih juga sebab tolong dia tak payah masuk pekan koboi Masai.

Blog bukanlah hakmilik kekal. 

Perkuburan Islam Jalan Ampang @2023
Nasi lemak depan kubur P Ramlee and Friday prayer @2023
Walking back from Masjid Kampung Baru @2023
TBS @2023
TBS, in the bus and reaching Masai @2023
City Express at Hentian Sebelah, Kampung Bemban Melaka @2023

Nov 30, 2023

HOW LONG IS IT ACCEPTABLE TO WAIT IN LINE FOR A NASI LEMAK DEPAN KUBUR P. RAMLEE


Khamis malam Jumaat, 30 November 2023.

Hari terakhir bulan November. 

Pagi sudah beratur untuk beli nasi lemak makcik depan kubur P Ramlee.
Sudah beberapa hari makvik tidak kelihatan nerjualan disitu dgn suaminya.

Agak lama juga beratur (antri).
Adalah setengah jam, yakni 25 minit sejujurnya.
Nasib baik sedap nasi lemak lauk sardin dan telur goreng yg wak pesan.

Jam 10.15am wak berlarian ke kepala kantor (headquarter) BSN Jalan Ampang.
Urusan yg pantas dan mulus.
Cikkak kaunter pun mesra semuanya.
"2 kali sign takpe wak, jangan 3 kali sign," kata mereka.
"haha, sign ada makna tu wak," kata awek yg sorang lagi.
20 minit siap dan kembali ke meja potong rumput.

Petang usai kerja potong rumput di kantor.
Wak pun berjalan kaki ke Suria KLCC.
Ke Maybank di tingkat bawah.

Kemudian berlarian ke Menara Felda nun diseberang taman KLCC.

Movie lalat.
Fatal Seduction 2023 (Netflix)

Blog bukanlah hakmilik kekal. 

Nov 29, 2023

CRANBERRY SALAD ORIGINAL AT COFFEE BEAN

Petronas Twin Towers @2023


Rabu, 29 November 2023.

Tengahari sudah berlarian ke Chow Kit. 

Petang pula terasa mahu makan salad Cranberry.
Sebab kelmarin wak nampak bro FIQ yg duduk sebelah sedang makan salad itu.
Jadi wak turun sahaja ke Coffee Bean dibawah bangunan. Rm19. 80.


Blog bukanlah hakmilik kekal. 

Coffee Bean's Cranberry Salad RM19.80 @2023
Selangor Dredging Jalan Ampang

Nov 28, 2023

MENGATASI KELESUAN AKIBAT PENERBANGAN TEMPOH YG PANJANG (JET LAG)

Petronas Twin Towers before sunset @2023

 

Selasa, 27 November 2023.

Malam tadi sampai di rumah pun jam 2 pagi.

Tadi ke kantor dengan keadaan mengantuk yg amat sangat.
Sampai di meja kantor, terus lelap sebentar.

Tengahari pun tidak keluar bersama rakan2.
Sebab memang rutin tidur 13 minit untuk mengecaj energi.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Normal breakfast this morning at kedai mamak NZ @2023
Pak NUS calling the prayer (adzan) @2023
Petronas Twin Towers behind the canopy @2023
Petronas Twin Towers @2023
Giant 3D billboard next to Lembaga Getah Malaysia @2023
Is that me you are looking for? @2023

SHOULD I WORK UNPAID OVERTIME ON THE WEEKEND

  Ahad, 13 Oktober 2024. Semalam dan hari ini buat kerja potong rumput di rumah sahaja. Guna apps Anydesk yg boleh dipantau dari jauh. Walau...