Ahad, 6 Oktober 2024.
Kali terakhir ke jeti lama Sungai Rengit: 2017 & 2020.
Kali terakhir ke Belungkor: 2011 & 2012.
Pagi2 sudah berlarian lagi ke Sungai Rengit.
Ke jeti lama walaupun awan mendung yg tebal mahu turun hujan.
Ambil dua tiga gambiran sudah.
Tiba2 hujan pun turun dengan lebat.
Kereta pula parkir jauh nun di sono.
Basah lencun.
Jam 10 sudah berlarian ke kaki Bukit Belungkor.
Pendakian yg gampang - ehh, mudah.
Sejam naik dan sejam turun.
Limpas Jalan Si Bongkok.
Teringat pada pantun lama.
Singgah Stulang membeli kopi
Pusara Si Bongkok di lereng bukit
Di tepi pantai Tanjung Puteri
Si bongkok yg dianggap penderhaka oleh inggeris, tetapi sebenarnya seorang pemberontak menuntut kemerdekaan. Tetapi sayang sungguh nasib si bongkok, matinya kerana membunuh diri. Pusaranya pun terbiar di hutan penuh berduri. Seorang diri. Di kaki tanjung puteri.
Turun pula singgah di kafe Richiamo Desaru.
Haruslah memberi reward (yakni, upah) pada diri sendiri kann.
Movie lalat.
Se7en 1995.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
No comments:
Post a Comment
Comment at your own risk.