Oct 25, 2024

NAIK BAS PULANG DARI SURAU DI GALANGAN KAPAL

 

Time to go home on Friday evening @2024

Jumaat, 25 Oktober 2024.

Pagi tadi singgah di gerai laki bini jual roti canai itu.
Gerai tepi longkang, dekat stesen minyak Petron depan rumah.
Wak beli roti kosong sepoh keping - rm10.
Biasa harga sekeping rm1.50.

Sebab pagi ini ada makan2 sandwich tuna di kantor.

Sebelum makan2, ada majlis bacaan yasin setiap pagi Jumaat.
Dan taklimat ringkas serta doa dari jabatan.

Tidak sampai sepoh minit.
Roti canai wak bawa habis kena sapu.
Minggu depan pasang niat mahu beli dua puluh lima keping pula.

Tengahari berjalan kaki ke surau galangan (shipyard).
Untuk solat jumaat berjemaah.

Pulang pula naik bas syarikat yg disediakan.
Rupanya ramai juga pekerja satu bangunan dengan kantor yg naik bas.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

4 comments:

  1. Roti canai kegemaran ramai, mmg cepat licin la Wak ...
    Bagus ada surau di shipyard, senang nak solat Jumaat 👍🏻

    ReplyDelete
  2. Dekat sini pun kalau ada orang bawa roti canai masa potluck, sekejap jer habis.

    ReplyDelete
  3. Roti canai ini memang fav banyak orang. Tiap kali saya ke Penang, yg saya cari pertama kali roti canai telur lah 😄😄👍

    ReplyDelete

Comment at your own risk.

AMWAY PHILIP PERFECT CARE STEAM IRON

  PROMO JANUARI 2025 !!! BULAN INI IRON PHILIPS AMWAY YANG TERBARU ADA OPEN 4X ANSURAN TAU Yang paling menarik, Amway telah menaik taraf i...