Rengganis Suspension Bridge is claimed to be the longest suspension bridge in Southeast Asia. This suspension bridge stretches for 370 meters, with a height of 75 meters.
Sabtu, 13 Agustus 2022. Jakarta Selatan, Indonesia.
Entri ini ditulis ketika wak sudah pun sampai di kost Jakarta. Angger wak ora lali. Takkan nk tunggu bertahun2 baru nk updet kann. Cikkak khannnns. ;p
Khamis petang, 11 Agustus 2022. Jakarta Selatan, Indonesia.
Seperti semalam, usai kerja potong rumput di kantor. Wak pun berlarian ke stesen MRT Asean. Turun di stesen Bendungan Hilir.
Silap wak tidak bertanya kepada pakguard di pintu keluar MRT tadi.
Boleh menonong sahaja langsung ke bulatan selatan. Agak jauh dan kepenatan. Bila periksa semula rupanya berlainan arah. Aduhai, terpaksa berpatah balik. Dan bertanya kepada pakcik yg lepak ditefian jalan itu.
Wak pun tidak lama diatas jambatan. Tidak larat mahu tunggu sehingga malam.
Wak pesan GrabBike terus balik ke kost (10k, RM3). Wak bagi tip 2k kerana beri arahan tidak tepat tadi.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
I supposed going to #3 (JPO Karet Sudirman) from #1 (MRT Bendungan Hilir) but was made wrong direction from Google maps to #2 (JPO Karet whatever) @2022
Khamis, 11 Agustus 2022. Jakarta Selatan, Indonesia.
Pagi tadi sudah berjalan kaki ke kantor. Alone matcham biasa.
Singgah di kantin PLN untuk sarap. Warkop #2 makan tauhu goreng dan bakwan.
Sempat bayar hutang 6k (rm1.81) kepada ibuk warkop #3. Itupun ibuk warkop #3 baru sampai.
Ooh. Semalam kan wak sudah dapat masuk semula ke dalam akaun kad kredit wak itu. Jadi tadi malam wak pun bayar kesemua baki. Rasa legalah sedikit. Alhamdulillah.
Tengahari wak ikut sahaja rakan2 sekantor ke kantin yg sama. Nasi ayam penyet, ditambah tauhu dan tempe goreng (23k, rm7). Airnya es tea dikit manisnya. Tapi wak tengok bro kuJAI beli es teller di warkop #1 mcm sedap je.
Tadi bila ditanya mereka mahu kemana pada hujung minggu. Bro kuJAI kata mereka cadang mahu ke Bandung. Jadi wak pun usahalah beli tiket keretapi sendiri untuk bersama2 mereka nanti. Harga tiket pe-pe (pergi pulang) ialah 223rb (rm68).
Rabu, 10 Agustus 2022. Jakarta Selatan, Indonesia.
Petang usai kerja potong rumput di kantor. Wak pun berlarian ke Skywalk Senayan Park.
Dari kantor berjalan kaki ke stesen MRT Asean. Dan turun di stesen MRT Istora Mandiri.
Wak pesan GrabBike ke Skywalk Senayan Parkmall. Tapi mamat rider membebel tidak mahu pusing jauh untuk ke mall diseberang jalan. Kebetulan pula disitu ada demonstasi besar2an Buruh, baju merah dan baju biru. Tapi terjumpa shortcut untuk turunkan wak didepan pintu gerbang.
Sudah tiba dibawah skywalk bridge. Mamat indon yg jaga disitu tidak benarkan. "Wak kena tunjuk resit belian 50 ribuan," katanya. Kena beli atau berbelanja di mall dahulu.
Olehkerana tidak bersedia, wak ambil 2 3 gambiran sahaja dibawah jambatan. Masuk waktu maghrib wak terus ke musholla.
Usai solat, wak naik lagi ke atas. Tapi masih dibawah skywalk.
Penat disitu, wak pun berjalan turun. Pesan GrabBike untuk pulang ke kost (19k, rm5.72). Macet ya amat.
Dengan ha-pe pak rider yg kehabisan bateri. Dengan permasalah sedunia pak rider yg tiada wak kecil. Terpaksalah wak minta tukar di restoran Ragil dahulu.
Di restoran Ragil, wak pesan nasi ayam geprek yg pedaslah amat. Dan es tea dikit gulanya. Total damage termasuk hidden cost (tax & servis) ialah 53k (rm16) sahaja.
Selasa, 9 Agustus 2022. Jakarta Selatan, Indonesia.
Lokasi kantor potong rumput tempat wak bertugas ini berdekatan ibu pejabat polis negara. POLRI - yakni Polis Republik Indonesia. Hari2 pagi dan petang wak akan limpas depan pintu gerbang.
Semalam sudah kelihatan sepanduk dan papan demonstrasi di depan pintu pagar. Kes polisi tembak polisi dirumah polisi disebabkan Asmara dan cemburu? Kes masih dalam penyiasatan. Sehingga ada wartawan merakamkan situasi di sono.
Pagi tadi wak singgah lagi ke kantin PLN itu. Hajat mahu tuntaskan hutang sarapan semalam sebanyak 6k (rm1.80). Tapi ibuk di warkop #3 masih belum tiba.
Pagi ini wak sarap di warkop #2 sahaja. Ibuk warkop ini senantiasa ada wang kecil dalam tas.