Batam Center Seaview from One Residence this morning @2024 |
Ahad, 21 Januari 2024.
Pagi hari minggu sudah naik van ke galangan (shipyard).
Singgah di gerai makan Tanjung Uncang.
Beli sarapan untuk dibungkus.
Batik Air from Subang Airport to Hang Nadim Airport @2024 |
Sabtu, 20 Januari 2024.
Kelmarin mgr AYU sudah kerah wak datang ke Batam lagi.
Datang hari Sabtu.
Dan pulang hari Senin.
Sebenarnya wak cadang datang ke Batam pada hari cuti Thaipusam.
Sebab ada banyak hari boleh berada di Batam.
Tapi mgr AYU kata dia mahu ke Jakarta pula.
KLCC View from Suke Highway after Ampang Toll Plaza @2024 |
Jumaat, 19 Januari 2024.
Pagi2 tadi wak parkir motorsikal di luar bangunan sahaja.
Dan singgah di gerai makcik nasi lemak depan kubur P. Ramlee.
Pagi ini, pertama kali disini wak pesan nasi lemak dan lauk rendang daging.
Biasanya wak pesan mee hoon dan lauk sambal sardin.
"Minggu depan cuti nak jalan kemana?"
"Hatyai lagi ke?"
"Dah selalu Hatyai," kata makcik.
KLCC view from Jalan Ampang this morning @2024 |
Khamis malam Jumaat, 18 Januari 2024.
Air untuk berwudhu di lantai bawah masih tiada.
Begitu juga kadang2 jaringan wifi didalam kantor juga tidak dapat dicapai.
Ooh.
Malam tadi wak teringin nak makan ayam goreng kunyit.
Tapi runner kata food truck Mat Rock di Bukit Indah sudah tiada.
Mungkin sudah pulang awal.
Bila dia ke Taman Kosas pun tidak ada juga.
Aiyah.
Movie lalat.
Divorce Italian Style 1961.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Jalan Ampang this morning @2024 |
Rabu, 17 Januari 2024.
Pagi tadi sudah antri di gerai makcik nasi lemak depan kubur P. Ramlee.
Bila mahu bayar, wak tanyalah kemana cuti lama2 sangat.
Pakcik itu kata Surabaya tapi tidak berapa jelas.
"Haa, sudah bayar?"
Terkejut juga wak.
Sebab kelmarin pernah ada orang tolong bayarkan sarapan disini tanpa pengetahuan wak.
Link: Someone Paid For My Breakfast This Morning.
Lontong Masai, Zarahman @2024 |
Ahad, 14 Januari 2024.
Pagi2 sudah berlarian ke pekan koboi Masai.
Tujuan mahu makan lontong Masai itu.
Tengahari pula berlarian ke pasaraya besar Lotus's.
Petang jam 4.30 pula isteri wak sudah hantar ke terminal bas.
Boleh pula jem teruk gara2 ada acara tarian naga di tokong.
KLCC this morning @2024 |
Jumaat, 12 Januari 2024.
Ini blog Antara Doha dan Jakarta.
Sudah bertahun2 wak naik bas City Express.
Antara KL dan Masai.
Jadi hari ini wak cuba pesan tiket bas dari syarikat SC Southern pula.
Sebenarnya wak perasan juga.
Ada 3 syarikat bas dalam perjalanan KL - Masai.
City Express, SC Southern dan LA Holiday.
Khamis malam Jumaat, 14 November 2024. Hari terakhir penulis potong rumput di limbungan kapal yg tandus.