Dec 10, 2023

KERAJAAN DULU SENANG BAGI DUIT JE KAMI TERUS BELI

Between Batang Berjuntai and Latar Highway @2023


Ahad, 10 Disember 2023.

Pagi2 subuh sepie sudah berlarian ke Shah Alam. 

Mula2 ingatkan acara akan diadakan di SACC (Shah Alam Convention Center).
Tapi sebenarnya di IDCC (Ideal Convention Center).
Tidaklah jauh sangat.
Cuma kena patah balik di Lebuhraya Persekutuan.

Tengahari berlarian ke Batang Berjuntai pula. unisel

Cerita lain lalat.
Permohonan emadani sehatus hinggit melalui MAE wak tidak diluluskan.
Kemudian wak cuba guna Touchngo e-wallet pun tidak berjaya.
Huhu.

Movie lalat.
Fast Charlie 2023.

Blog bukanlah hakmilik kekal. 



Dec 9, 2023

DEMAM PUN HARUS NYETIR MOBIL SAAT DI JALAN YG MACET

 

Normal traffic condition near McD Bangi @2023

Sabtu, 9 Disember 2023.

Wak masih demam.
Kepala pun masih tingtong.
Makan ubat pun masih belum kebah.

Teringat kata2 doktor perempuan India muda itu kelmarin.
"Wak kena periksa covid kalau tiga hari tak baik lagi,"

Tengahari sempat lagi ke Laman Sendayan.

Movie lalat.
Paranormal Activity 3 (2011).

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dec 8, 2023

HUGIN A SRU TEAM BUILDING: BOWLING AT AMPANG POINT

A Crescent moon on top of Petronas Twin Towers @2023

 

Jumaat, 8 Disember 2023. Fredag ​​8. desember 2023

Tengahari wak berlarian ke masjid Jalan Damai. Ettermiddag dro jeg til moskeen på Jalan Damai.
Makan nasi campur dulu. Jeg spiste lokal ris.

Dec 7, 2023

EPOK-EPOK INI PANGGILAN ORANG-ORANG DI JOHOR DAN BATAM

The time is 10.28am @2023

 

Khamis malam Jumaat, 7 Disember 2023.

Pagi tadi wak tidak nampak makcik jual nasi lemak depan kubur P Ramlee.
Asyik takde je.
Huhu.

Jadi teringin pula mencuba nasi lemak kakak depan bus stop itu pula.
Wak pesan nasi lemak lauk kerang dan telur mata. rm7
Dan 2 biji epok-epok (karipap) berharga 60 sen sebiji (atau sekeping? seketul?) Agak mahal kann. 

Tapi orang kampung wak panggil curry puff
Hehe.

Sejarah lalat.
Kesultanan Johor Riau (1511 - 1824). Sebuah empayar yang luas, menguasai pulau-pulau sekitar Lingga, Batam dan Bintan (sekarang Provinsi Kepulauan Riau), menakluk Singapura dan separuh Semenanjung sampai kepulauan Natuna (sekarang termasuk dalam Provinsi Kepulauan Riau), meluaskan pemerintahan ke sebahagian kecil timur Sumatera, pernah menakluk Jambi (sekarang Provinsi Jambi) dan Aru (sekarang di Sumatera Utara),

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Karipap aka Epok-Epok @2023

Dec 6, 2023

YANG MANA JANTAN DAN YANG MANA BETINA

Jalan Ampang this morning @2023


Rabu, 6 Disember 2023.

BUNGA CENGKIH REDAKAN BATUK KERING

Semalam wak rasa tidak sihat badan.
Mahu tidur pun masih batuk.
Ada orang suruh rebus air bunga cengkih.
Lepas minum air bunga cengkih baru batuk pun lega.
Dan dapat tidur hingga ke pagi.

DOKTOR MAHU BUAT SWAB TEST COVID TAPI

Tapi bila tiba di kantor potong rumput.
Kepala masih tingtong.
Hidung pun tersumbat rasanya.
Segera wak ke klinik di bawah kantor.

Awek pembantu klinik buat pendaftaran.
Diperiksa tekanan darah wak.
Normal, katanya.

Kemudian doktor muda perempuan India periksa pula.
Tengok kerongkong, anak tekak ada merah sedikit.
Tiba2 mahu di buat ujian covid pula.
Terkejutlah juga wak.
"Is is necessary doc?" wahh speaking wak dengan muka agak ketat.
"Kalau wak taknak, kita tunggu 3 hari lagi," katanya.

Diberinya wak ubat demam, ubat selesema dan ubat batuk (sirap).
Dan ada ubat sembur hidung.
Semuanya rm160.

YANG MANA JANTAN YANG MANA BETINA SOALAN NUJUM PAK BELALANG

Cerita lain.
Pagi tadi juga wak bawa monitor lama ke kantor.
Tujuan untuk jadikan monitor kedua.
Agar kerja potong rumput lebih mudah dan mulus.
Bila tiba di meja.
Tidak boleh pula sambungkan monitor.
Kerana monitor lama guna VGA port dan HDMI (male connector).
Manakala desktop PC pula guna DP port (female connector).
Aiyah.

Nampaknya kenalah wak beli DP port yg baharu.

Jadi malam tadi wak sudah pesan atas talian (shopee).
Murah DP port itu - rm10.90 sahaja.
Harap2 bisa digunakan nanti.

APALAH NASIB HIGHLIGHTER KUNING

Masa wak mula datang bertugas potong rumput.
Kerja2 wak seharusnya diatas kertas lukisan (drawing).
Segala komen2 harus dicatat diatas lukisan2 itu.

Tapi alat2 tulis tidak mencukupi.
Sudah ambil sendiri di almari jabatan Sumber Manusia.
Kecuali highlighter warna kuning tinggal kosong (habis stock).

Jadi keesokkannya wak beli set highlighter di kedai DIY.
Satu set murah sahaja - rm2.90.

Tapi beberapa hari kemudian.
Wak sudah cadangkan pada ketua jabatan.
Tidak perlu conteng2 secara tangan (manual) diatas kertas lukisan.
Sekarang kan zaman digital, haruslah komen2 sahaja di dalam komputer.
Mula2 ketua jabatan agak keberatan.
Dikhuatiri ada petugas2 baru yg tidak mahir.
Tapi dia setuju untuk dibuat percubaan dahulu.


Blog bukanlah hakmilik kekal.


Highlighters of the day @2023
After visiting clinic doctor @2023
 Team Building t-shirt for the Bowling event @2023
Ubat pengering desiccant dalam makanan @2023
DP and HDMI ports for my old VGA monitor @2023

Dec 5, 2023

RANDOM THINGS ON MY BIRTHDAY

Jalan Raja Abdullah KL @2023

 

Selasa, 5 Disember 2023.

Ini adalah entri kedua hari ini.
Harijadi wak.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Half moon this morning @2023
The hairy hand of a Grabcar Driver @2023
Greens at Jalan Pekeliling KL @2023
Ablution (Wuduk) area @2023
Selangor Dredging
Beef Sirloin at Me'nate Bangi @2023
Beef Sirloin at Me'nate Bangi @2023

WHY CELEBRATE YOUR OWN BIRTHDAY

Would it be my birthday if I didn't take a selfie?
KLCC Jalan Ampang @2023


Selasa, 5 Disember 2023.

Hari ini harijadi wak.
Happy birthday to me. 

Previous years:
My previous birthday in Jakarta, Indonesia - 2022.
My previous birthday in Doha, Qatar - 2021.
My previous birthday in Seri Alam, Masai - 2020.
My previous birthday in Shah Alam - 2019.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

KLCC Jalan Ampang @2023
Selangor Dredging


Dec 4, 2023

HOW TO FIX WINDOWS BLUE SCREEN OF DEATH (BSOD)

Petronas Twin Towers KLCC view from Kampung Baru @2023

 

Isnin, 4 Disember 2023.

Tiba2 laptop yg wak pakai tergantung.
Mula2 kata mahu update software.
Bila wak tekan ya untuk restart.
Boleh pula terpusing2 roda ditengah2 skrin biru itu.

Wak sudah pelbagai posisi.
Masih tidak mahu mati juga.
Atas bawah kiri kanan.
Tonggeng terbalik pun masih tidak berjaya. 

Kena tekan butang power lama2.
Kata bro ASY yg jauh di sono.

So, I quit the job in Batam for good today.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

The weird thing about this latest Dell laptop is no power button @2023

Dec 3, 2023

HARGA SEKEPING APAM BALIK DI JB SEKARANG SUDAH NAIK RM5

 

Jalan Persiaran Seri Alam Masai @2023
Pulang dari beli apam balik Permas Jaya

Ahad, 3 Disember 2023.

Nota. Tiada gambar apam balik ya.
Tapi dulu wak ada cerita juga di SINI

Pagi2 sudah terbangun sebelum Subuh.
Buat kerja potong rumput dulu.

Jam 7.30pagi sambung tidur.
Dan bangun jam 10 pagi.

Mandi dan terus berangkat ke pasaraya besar Lotus's.
Beli barang2 dapur bersama mQ (my Queen) dan anak wedok.

Pulang dari berbelanja.
Sambung potong rumput atas talian.
Ada masalah di galangan kapal di Batam.
Agak lama juga untuk menyelesaikan masalah.
Akhirnya berjaya.
Alhamdulillah.

Petang berlarian ke Permas Jaya.
Beli apam balik (murtabak manis).

"Waduh, sekarang sudah lima hinggit sekeping," ngomel wak.
"Baru bulan lepas harga masih bertahan rm3.50 untuk bertahun2 lamanya,"
"gara2 kerajaan madani sekarang ni kann,"

Tapi ada je apam balik masih harga 50 sen sekeping kann. Di SINI.

Malam pula sudah menaiki bas ekspres ke ibukota.
Bagus dah servis sekarang sebab wak dah beli tiket online.
Siap abang kaunter telefon wak setengah jam sebelum bas berangkat.
Tidak perlu tunjuk tiket pon. 

Cuma di stesen bas Larkin tudak mudah untuk ke tandas sebab agak jauh.
"Wak nanti leh pakai tandas kat Taman Tun Aminah," kata macha drebar itu. 

Tiba di TBS pun sudah hampir jam 2 pagi.
Nak guna tandas yg dekat arrival itu penuh pula.
Dan tandas di kawasan tengah sedang di cuci dgn makcik muka ketat.
Terpaksa guna tandas di hujung sono. 

Mula2 tadi wak sudah pesan Grabcar harga rm21 tapi agak jauh dan ambil masa 11 minit.
Drebar suruh wak kensel le tu.
Kalau inDriver pula harga tambang agak lebih mahal, yakni rm27.
Drebar grabcar kedua sudah tiba ketika wak dalam tandas dihujung sono.
Terkejar2 wak ke pintu Gate C. 

Movie lalat.
The Roundup 2022 (Korea)
Hostage: Missing Celebrity 2021 (Korea)

Blog bukanlah hakmilik kekal.

From Masai Bus Terminal to Terminal Bersepadu Selatan TBS @2023
Kg Bakar Batu JB @2023
Traffic Jam new Hentian Sebelah Nilai @2023

Dec 2, 2023

TONTON TELEMOVIE 6 (ENAM) LAKONAN JANNA NICK

Masai town @2023

 

Sabtu, 2 Disember 2023.

Pagi2 sudah berlarian ke pekan koboi Masai.
Wak makan lontong kegemaran seperti biasa.

Movie lalat.
6 (Enam) 2018 - Janna Nick
Deep Trap 2015 - Korea

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Lontong Masai at Zarahman @2023
Cik Maibee at Masai town @2023

Dec 1, 2023

CARA PALING CEPAT KE TERMINAL BERSEPADU SELATAN TBS DARI KLCC

KLCC this morning @2023


Jumaat, 1 Disember 2023.

Pagi tadi sudah antri (beratur) depan kubur P Ramlee.
Wak beli meehoon dgn lauk sardin dan telur mata sapi. rm6
Pak cik berikan kuih yg salut kelapa gratis (percuma ).

"Ni tinggal last kopek wak," katanya. 

Tengahari berlarian ke masjid Kg Baru.
Terjumpa rakan sekantor lama, bro ZAL.

Cara tempah tiket bas online.
Wak guna Redbus apps.
Perjalanan pergi dan balik (PP).
Rm76 lebih murah berbanding kalau pandu kereta sendiri dgn duit minyak dan tol. 

Petang berlarian ke TBS.
Dari Avenue K mall turun eskalator ke stesen LRT KLCC.
Kemudian tukar tren di Masjid Jamek.
Bila ditanya, boleh makguard itu berkata "wak naik kt sini nanti turun di stesen Hantu,"
"Haa?" terkejut juga wak mendengarnya.
"Stesen Hang Tuah la wak," katanya tersengih.
Pelik, biasa dulu akan tukar di Chan Sow Lin. 

Di stesen Hantu kena turun dan naik tangga yg agak tinggi.
Ini adalah kerana tangga eskalator sudah rosak.
Dan kemudian turun ke platform bersebelahan.
Ambil tren aliran Putra heights. 

Sampai di TBS pun tepat jam 6.01pm.
Masih banyak masa untuk berangkat.
Tapi wak berantri (beratur) juga untuk dapatkan boarding pass.
Bila dikaunter mamat tu bilang wak dah ada Go pass dlm emel.
Jadi tak perlu dapatkan boarding pass yg baharu. 
Jadi wak lepak di kopitiam itu.
Pesan mihun telur mata sapi.

Naik bas jam 7.35pm.
Tak sampai 10 minit wak pun terlelap keletihan.
Wak terjaga bila bas berhenti di hentian sebelah Kg Bemban Melaka.
Ehh, wak tidur 2 jam wehh!

Kemudian bas berhenti di bandar Kulai.
Ramai penumpang turun disini.
Tinggal dua orang budak perempuan yg mahu ke Pasir Gudang.

Boleh pula uncle drebar ini suruh wak turun di Pasir Gudang.
Dia kata tidak masuk pekan koboi Masai.
"Sebab Wak sorang je kann," penjelasannya.

Jadi wak turun di stesen minyak Petronas Taman Rinting.
Berdekatan Mydin.
Itupun sudah jam 1 pagi.

Wak ucap terimakasih lah pada uncle drebar.
Dia pun cakap terimakasih juga sebab tolong dia tak payah masuk pekan koboi Masai.

Blog bukanlah hakmilik kekal. 

Perkuburan Islam Jalan Ampang @2023
Nasi lemak depan kubur P Ramlee and Friday prayer @2023
Walking back from Masjid Kampung Baru @2023
TBS @2023
TBS, in the bus and reaching Masai @2023
City Express at Hentian Sebelah, Kampung Bemban Melaka @2023

IN THE END: BYE BYE MMHE YARD PASIR GUDANG 2024

  Khamis malam Jumaat, 14 November 2024. Hari terakhir penulis potong rumput di limbungan kapal yg tandus.