![]() |
| On Jalan Sultan Ismail KL @2023 |
Isnin, 20 November 2023.
Hari Isnin yg agak bercelaru.
Moga dipermudahkan urusan.
Amin ya robbal alamein.
![]() |
| On the way to Labis via Tangkak @2023 |
Sabtu, 18 November 2023.
Dari pekan Labis langsung ke bandar Segamat.
Tiada yg menarik disini.
Cuma berhenti untuk beli ayam KFC.
Nota sejarah lalat. Nama Segamat berasal dari ungkapan kata ‘segar amat'. Kata-kata itu lahir dari mulut Bendahara Tepok yg bertempiaran lari ke hulu Sungai Muar setelah Melaka ditawan Portugis.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Stopping at Labis town @2023 |
![]() |
| Segamat Zero Kilometer @2023 |
![]() |
| Old KTM railway, Segamat @2023 |
![]() |
| Old KTM railway, Segamat @2023 |
![]() |
| Jalan Kampung Pandan before turning left to Jalan Imbi @2023 |
Khamis, 16 Nov 2023.
Hari kedua memotong rumput di kantor Selangor Dredging Jalan Ampang.
Ada orang berkata.
Nasi lemak depan kubur P. Ramlee di Jalan Ampang depan BSN paling sedap.
Sebab itu ramai orang beratur.
Lepas letak tas (beg) di kantor lantai 9.
Wak terus turun lagi.
Beratur dibawah pokok untuk mencuba nasi lemak.
Tapi wak tidak beli nasi lemak.
Wak beli mee hoon berlauk sardin dan telur goreng.
Harga rm6 sahaja.
Cerita lain.
Akhirnya dapat juga wak kad kunci pintu yg baharu.
Tidak lagi terpaksa menyuruh teman2 membuka pintu.
Setiap kali mahu ke kamar mandi.
Kerana kepala kantor Sumber Manusia baru pulang dari bercuti panjang Deepavali.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Pak, pinjam dulu seratus @2023 |
Isnin, 13 November 2023.
Pagi2 sudah berlarian ke galangan kapal.
Ada banyak hentian yg pak supir Mus kena pergi.
Van hiace yg boleh diisi 14 orang termasuk pemandu.
Dan sempat bayar duit yg pak NGA hulurkan dahulu.
Sudah lebih 4 bulan.
Nasib baik wak ingat kembali sebelum berangkat pulang esok.
Tengahari wak terlelap seketika diatas meja.
Tidak sedar bro NAZ sudah tiba dari Manjung.
Dia memandu dari jam 4 pagi bersama anak2 dan isteri. Kemudian isteri anak2 pulang ke Manjung semula dari Subang Airport.
Malam selepas mndi dan solat maghrib.
Bro NAZ, pak NGA dan wak berjalan kaki ke Mega Mall.
Pekena nasi ayam bakar madu.
Kemudian berkejaran pulang ke kamar apartment pak NGA dan bro NAZ.
Ada urusan kantor yg harus di tangani.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Luti Gendang di Alun-Alun Batam Center @2023 |
Ahad, 12 November 2023.
Pagi2 tadi masa turun di lobi.
Ternampak pak NGA sedang lepak2 (nongkrong) di bangku di luar itu.
Dia baru pulang beli luti gendang di alun2.
Katanya, luti gendang di sini lebih murah berbanding di tempat kemaren. Rasanya sama sahaja.
Yakni, cuma Rp2k sebiji berbanding Rp4k. Manakala harga luti gendang setengah matang di bandara ialah Rp850k untuk 20 biji.
Kamus lalat. Luti Gendang adalah roti dengan isian abon ikan atau ayam yang digoreng dan mempunyai cita rasa gurih. Luti Gendang berasal dari Kabupaten Kepulauan Anambas yang merupakan salah satu Kabupaten perbatasan negara di Provinsi Kepulauan Riau. Penamaan Luti Gendang sendiri berasal dari dialek masyarakat Tionghoa yang menyebut kata ‘roti’ menjadi ‘luti’. Sementara kata ‘gendang’ diketahui merupakan kata ‘rendang’ yang dalam bahasa Tarempa bermakna digoreng.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Batam Center |
Ferry Terminal @2023
Jumaat, 10 November 2023.
Pagi tadi setelah mengharungi macet dari Batam Center.
Singgah juga di rukan (rumah makan) di Tanjung Uncang.
Wak pesan lontong dan roti canai.
Tapi kena tapaw sebab yg lain sudah bersarapan di tempat masing2.
Tengahari solat jumaat berjemaah di masjid Sultan Mahmud Riayat Syah.
Kemudian makan di restoran Sari Utama (S1).
Wak belanja pak supir.
Malam pula berlarian ke rumah pak Dodi di Botania.
Ada majlis harijadi anak lanang dia.
Sambil periksa laptop yg rosak tali kabel kuasanya.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() | |
|
![]() | |
|
![]() | |
|
![]() | |
|
![]() | |
|
![]() | |
|
![]() | |
|