![]() |
| One Stop Apartment @2023 |
Jumaat, 28 Julai 2023.
Pagi2 sudah berlarian ke tengah bandaraya.
Tujuan mahu mengambil kereta cikmaibee.
Di rumah sewa anak lanang yg baru beli kereta. Aqi JWF 2910
Khamis, 27 Julai 2023.
Cikputih wak masih dalam bengkel.
Untuk ganti getah pintu.
Pesan Grabcar ke kantor potong rumput.
Dapat pak supir yg berjanggut putih membawa teksi merah putih.
Kamus lalat. Razia - sekatan lalulintas jalanraya, roadblock, penahan beramai2.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Lotus's Bandar Puteri Bangi @2023 |
Selasa, 25 Julai 2023.
Malam tadi wak berlarian ke Lotus's Bandar Seri Putra.
Terserempak dengan seorang budak lelaki autisme.
Dikawal selalu dengan adik lelaki yg normal.
Kelihatan juga adik perempuan yg down sydrome di meja makan mereka.
Tapi budak lelaki autisme ini tidak duduk diam.
Fattah Cartolina tipikal
Cerita #inflasi lalat.
Kali terakhir beli air tin Geng Skyfruit - Okt 2019.
Yakni 4 tahun yg lepas.
Di stesen minyak Petron Elite Highway hala selatan.
Dulu RM8 setin.
Sekarang sudah jadi RM8.50 setin.
Kelmarin wak ternampak ada kedai mamak menjualnya tapi lupa dimana.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Sunrise this morning @2023 |
Jumaat, 21 Julai 2023.
Tengahari dari kantor di Cyberjaya.
Wak berlarian ke masjid besi Sultan Mizan Zainal Abidin Putrajaya.
Masa dalam masjid.
Tiba2 ada abam ini bentang sejadah sebelah dan duduk.
Tidak lama kemudian dia tegur dan minta bantuan.
Untuk dihantar ke pejabar RELA Putrajaya.
Wak setuju je.
Usai solat Jumaat berjemaah tadi.
Abam ini pun turun di pintu untuk ambil kasut dia.
Wak sedia set jam 13 minit.
Kalau lambat wak tinggalkan sahaja.
Sambil tengok orangramai beratur untuk minum air laici dalam balang.
Wak teringin juga tapi tak mahu beratur.
Takut kalu beratur nanti kehabisan pula.
Hampir 13 minit wak pun mula melangkah turun ke parkir.
Tapi tiba2 muncul pula abam tadi datang.
Sambil bawa 2 cawan air laici balang yg sejuk.
Tidak nampak pula dia beratur tadi.
Kemudian wak pun hantarlah abam ke pejabat RELA.
Wak perasan tadi.
Walaupun dia beritahu ramai mengata dia orang gila.
Tapi pandai pula dia menghafal beberapa surah al-quran.
Walaupun ayat 100 dinar tidak berapa betul.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Nasi lemak kerang Maklong @2023 di Itik Salai |
![]() |
| Jambatan Seri Saujana Putrajaya @2023 |
![]() |
| Masjid Besi Putrajaya @2023 |
![]() |
| Air laici sejuk at Masjid Besi Putrajaya @2023 |
![]() |
| Jambatan Seri Wawasan Putrajaya @2023 |
Khamis, 20 Julai 2023.
Pagi tadi sebelum berlarian ke kantor Cyberjaya.
Wak singgah di warung Bunian.
Tiba2 terserempak dengan rakan sekolah lama sekampung, Tojoshima.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Only certain brands are selected for the supermarket @2023 |
Rabu, 19 Julai 2023.
Semalam wak
sempat perbaiki kepala pili air di kamar mandi yg sudah rosak.
Juga pagi tadi sempat juga tukar kompor gas didapur.
Dan tengahari
sempat ke swalayan (supermarket) Lotus’s.
Menemani isteri dan anak wedok berbelanja barang2 dapur.
Selesai
memunggah barang2 dapur ke dalam cik Jnulekasnova wak itu.
Tiba2 didatangi seorang abang ini dengan anak wedok yg kecil.