Jul 19, 2023

BEGGARS GETTING BOLDER, CAUSING PUBLIC CONCERN

Only certain brands are selected for the supermarket @2023

 

Rabu, 19 Julai 2023.

Semalam wak sempat perbaiki kepala pili air di kamar mandi yg sudah rosak.
Juga pagi tadi sempat juga tukar kompor gas didapur.

Dan tengahari sempat ke swalayan (supermarket) Lotus’s.
Menemani isteri dan anak wedok berbelanja barang2 dapur.

Selesai memunggah barang2 dapur ke dalam cik Jnulekasnova wak itu.
Tiba2 didatangi seorang abang ini dengan anak wedok yg kecil.

“Wak boleh tolong belikan beras dengan sardin?”
“Anak saya belum makan ni,”
“Isteri saya baru kehilangan duitnya tadi,”

“Tapi belikan beras cap udang,”
“Dan sardin cap Botan ye,”

Wak kata boleh saja.
Dan wak pun masuk semula kedalam swalayan.
Mencari beras yg dipinta.
Tapi masalahnya problem.
Tidak jumpa cap yg dipinta, yakni Beras cap udang.
Bila ditanya auntie promoter.

“Beras cap udang tak masuk sini,”
“Wak kena pergi kat luar kedai B40, atau di Giant,”

Boleh gitu? Yo wes lah.

Sardin yg ada cuma jenama King Cup.
Tiada cap Botan.

Jadi wak belikan beras 5kg cap rambutan.
Dan 2 tin sardin cap King Cup.
Dan dua paket maggie mee.

Bila wak keluar semula di tempat parkir tadi.
Tidak kelihatan pula abang dengan anak wedoknya tadi.
Puas wak pusing di tempat parkir.

Yo wes lah.

Wak pun terus ke farmasi beli ubat2an pula.
Kedai apotek (farmasi) sebelah Bank Rakyat.
Tiba2 ada ahkak yg jual kerepek panggil2.

Usai beli ubat2an tadi.
Keluar dari kedai apotek.
Wak berilah beras, sardin dan meggie pada ahkak kerepek itu.

Petang pula berlarian dengan anak wedok ke pusat bandaraya KL.
Sempat singgah di kedai Aceh Permas Jaya.
Wak tengok memang ada beras cap rambutan dan sardin cap Botan.

Kemudian wak terus hantar anak wedok di hostelnya.
Sempat singgah solat magrib di masjid tentera Khalid bin al Walid disitu.

Usai solat ditempat parkir.
Ada pula abang dgn anak lanangnya.
Seperti abang di parkir Lotus tengahari tadi.
Dia minta duit nak makan malam.

“Kami belum makan lagi ni wak,”
“Nak makan nasi paprik,”

Wak kasilah duit.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

The other brands to be found at the Kedai Aceh @2023
Arriving Gurney Heights KL @2023
Mesjid Khalid bin Al Walid @2023

1 comment:

  1. Sadin sekarang dah mahal wak... bukan makanan 'hujung bulan' lagi dah...

    ReplyDelete

Comment at your own risk.

JETI LAMA, BUKIT BELUNGKOR DAN SI BONGKOK TANJUNG PUTERI

  Ahad, 6 Oktober 2024. Kali terakhir ke jeti lama Sungai Rengit: 2017 & 2020 . Kali terakhir ke Belungkor: 2011 & 2012 . Pagi2 sud...