Jul 21, 2023

ORANG GILA PUN PINTER MENGAJI

Sunrise this morning @2023

 

Jumaat, 21 Julai 2023.

Tengahari dari kantor di Cyberjaya.
Wak berlarian ke masjid besi Sultan Mizan Zainal Abidin Putrajaya.

Masa dalam masjid.
Tiba2 ada abam ini bentang sejadah sebelah dan duduk.
Tidak lama kemudian dia tegur dan minta bantuan.

Untuk dihantar ke pejabar RELA Putrajaya.
Wak setuju je.

Usai solat Jumaat berjemaah tadi.
Abam ini pun turun di pintu untuk ambil kasut dia.
Wak sedia set jam 13 minit.
Kalau lambat wak tinggalkan sahaja.

Sambil tengok orangramai beratur untuk minum air laici dalam balang.
Wak teringin juga tapi tak mahu beratur.
Takut kalu beratur nanti kehabisan pula.

Hampir 13 minit wak pun mula melangkah turun ke parkir.
Tapi tiba2 muncul pula abam tadi datang.
Sambil bawa 2 cawan air laici balang yg sejuk.
Tidak nampak pula dia beratur tadi.

Kemudian wak pun hantarlah abam ke pejabat RELA.

Wak perasan tadi.
Walaupun dia beritahu ramai mengata dia orang gila.
Tapi pandai pula dia menghafal beberapa surah al-quran.
Walaupun ayat 100 dinar tidak berapa betul.

Blog bukanlah hakmilik kekal.


Nasi lemak kerang Maklong @2023
di Itik Salai
Jambatan Seri Saujana Putrajaya @2023
Masjid Besi Putrajaya @2023
Air laici sejuk at Masjid Besi Putrajaya @2023
Jambatan Seri Wawasan Putrajaya @2023

2 comments:

  1. Saya pernah masuk masjid ni, solat dan kuliah subuh. Sejuk je. Suka binaannya.
    Macam-macam orang dalam dunia ni, ye, Wak.

    ReplyDelete
  2. Wah Sedap tu wak air laici
    Panas2 minum air sejuk, segar

    ReplyDelete

Comment at your own risk.

PENGALAMAN MENONTON PERLAWANAN AFC CHAMPIONS LEAGUE DI STADIUM SULTAN IBRAHIM JOHOR

  Selasa, 5 November 2024. Kelmarin pulang dari stadium Arena Sepaktakraw JB. Wak terus pesan tiket atas talian. Untuk tonton perlawanan bol...