Jun 19, 2023

THE TALLEST BUILDING OUTSIDE JAVA ISLAND IS POLLUX HABIBIE


 Isnin, 19 Jun 2023.

Pagi tadi wak mahu hantar pakaian kotor ke bawah.
Semasa didalam lif kostku.
Jumpa bro HIS bertanya tentang laundry wak itu.
Dia kata tak pernah lagi hantar pakaian kotor keluar.
Dia cuci sendiri sahaja.
Maka wak pun terbayanglah keadaan bilik kost yg sempit dengan baju2 dan spender2 bergantungan.

Petang pula.
Boleh wak terlupa lagi.
Tertinggal lagi beg silang wak yg ada uang juta2an itu.
Terpaksalah pak supir FER muter lagi ke kabin kantor.

Pasni mungkin wak kena mandi air bunga kot.

Nota lalat.
Meisterstadt (dikenal juga sebagai Pollux Habibie) adalah sebuah pengembangan real estat di Batam Centre, Batam, Kepulauan Riau. Jika selesai, Pollux Habibie Financial Center & International Hotel di kompleks tersebut akan menjadi gedung tertinggi di Indonesia di luar Pulau Jawa.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



ROOFTOP SUNSET IN BATAM AT ALTITUD MARRIOT HOTEL 2023

Rooftop at Marriot Hotel Batam @2023
Singapore Strait View

 

Ahad, 18 Jun 2023.
Ini entri kedua untuk hari ini.

Petang tadi usai asar.
Wak berlarian ke pusat bandar.

Mula2 berjalan kaki dari kost ke lot kedai berdekatan.
Rakan2 ramai yg membeli barang2 basah dapur disini.

Kemudian wak pesan Maxim (motor) untuk pertama kali.
Tujuan ke Maybank di Jalan Palm Spring.

Akhirnya berjaya juga keluarkan duit dari mesin ATM Maybank.
Bagus mesin ATM ini kerana boleh keluarkan sehingga Rp3juta (RM1000).
Tidak perlu keluarkan uang banyak2 kali.

Kemudian wak pesan Maxim (motor) lagi.
Untuk mengejar sunset di terminal Harbour Bay Ferry.

Bila tiba diperkarangan hotel Marriot yg gah itu.
Boleh pak supir tidak tahu dimana letaknya terminal feri.
Bila ditanya aslinya bapak dari mana?
"Nias pak," jawabnya sambil tersengih.
Yo wes lah.
Wak jalan2 dulu cari makanan di bazar berdekatan.
Wak pesan nasgor (nasi goreng) kampoeng komplit. Rp 25k
Dan makan terus di meja disitu.

Kebetulan disitu juga ada perlombaan kucing cantik.

Nota geografi lalat.
Nias terletak di sebelah barat pulau Sumatera dan terkenal dengan objek wisata seperti selancar, rumah tradisional, penyelaman, hombo batu (lompat batu).

Kemudian wak masuk jalan2 ke dalam mall Harbour Bay.
Penjualan tiket feri ke Singapura sahaja.
Ada jalan langsung masuk ke hotel.
Terlanjur wak pun panjat sehingga lantai atas, yakni lantai R.
Untuk melihat panorama Selat Singapura dan kapal2 berlabuh.
Gedung pencakar langit Singapura termasuk Marina Bay Sands bisa terlihat dengan jelas.

Boleh pakguard minta botol air mineral yg wak bawa.
Tapi memanglah wak kena pesan air dari bar disitu.
Wak pesan air lemon ais sahaja.
Dipatok sebanyak Rp79k (RM24) walaupun harga dalam menu terang2an ditulis Rp40k.
Bila wak semak kembali resit tadi dirumah.
Harga minuman lemon es = Rp60k.
Service charge = Rp6k.
Sales tax = Rp6,6k.
Aduhai.

Ooh.
Masa di rooftop tadi.
Mereka tanya wak menginap disitu kah?
Wak kata tidak.
Kalau penyewa hotel, mereka ada berikan diskaun.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jun 18, 2023

THE CHEAPEST GRABBIKE THIS MORNING IN BATAM CENTER

 

Ahad, 18 Jun 2023.

Pagi2 wak sudah berlarian ke Terminal Reri Internasional Batam Center.
Terminal yg menghubungkan dua negara tetangga - Singapura dan Malaysia.
Di Malaysia boleh turun di Stulang Laut dan Pasir Gudang.

Sebelum itu wak cuba pesan Grabbike.
Terkezot juga wak bila tengok harga tambang cuma Rp1000!
Yakni 30 sen sahaja.
Apalagi wak pun tangkaplah dengan selamat.

Tujuan ke terminal feri yg tidaklah jauh sangat, yakni sekitar 1.8 km sahaja.

  1. Tentunya menangkap gambiran sunrise.
  2. Cuba mengeluarkan uang dari mesin ATM Maybank.
  3. Tambah nilai pulsa kad sim.
Sudah sebulan berada di Batam.
Tapi masih tidak boleh keluarkan uang dari mesin ATM.

Nilai pulsa wak pun sudah mati kelmarin.
Silap wak tidak tambah nilai segera.
Habis duit baki (Rp77k, RM24) dalam apps dipatok secara otomatis.

Dipendek cerita.
Tiba di pintu masuk terminal.
Bila di beri uang Rp1000 (30 sen).
Pak supir mengiyakan sahaja.
Bermaksud bahawa tambang 30sen itu adalah nyata!
Mungkin Grab ada promosi pagi ini.

Didalam terminal mula2 mencari kedai Indomaret.
Pakguard tunjuk diluar terminal yg agak jauh.
Maka wak makan nasi lemak Nyonya (Singapura) dahulu. Rp20k (RM6)
Paket siap teh tawar 

Eh, sebelum itu cuba mengeluarkan uang.
Berjaya juga dengan mesin ATM itu.
Mesin yg tiada logo mana2 bank.
Legalah juga.

Usai makan nasi lemak.
Wak pun berjalan keluar mencari kedai senang dan mudah, yakni Indomaret.
Tapi jumpa dengan kedai Alfamart dahulu.

Dalam kedai Alfamart.
Tambah nilai kad sim sebanyak Rp100k (RM30).
Sambil guna hotspot mamat kaunter.
Berjaya - legalah lagi.

Kemudian berjalan kaki keluar.
Dan wak cuba pesan Grabbike untuk pulang ke kost.
Tapi tiada siapa yg mahu mengambil.
Cuba 2 kali pun tidak berjaya mencari supir.

Bila wak periksa dalam Google maps.
Tidaklah jauh dari Batam One mall yg rakan2 ada sebut2.
Tapi mall masih ditutup.
Wak pun cuba pesan Grabbike lagi.
Pun sama, masih gagal mencari pak supir.

Periksa dalam Google maps agak jauh juga, yakni lebih 1 km.

Maka berjalan kaki ke lot kedai2 didepan.
Tempat biasa nongkrong dan beli barang2 dapur.
Singgah di kedai apotek (farmasi).
Beli ubat kolesterol, jenama lain tapi. Rp20k satu papan.

Singgah kedai Alfamart dan Indomaret disitu.
Beli roti dan buah2an untuk disimpan dalam kulkas (petisejuk).

Malas sudah mahu periksa dan pesan Grabbike.
Langsung pulang ke kost.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

SUNRISE AND SUNSET AT LEVEL 6 ON THE SAME DAY

Good morning Batam @2023

 

Sabtu, 17 Jun 2023.

Hari ini dikerahkan kerja potong rumput setengah hari.
Ramai rakan2 yg baru kena demam.

Wak pun makan ubat selesema yg dibeli dari farmasi di KL.
Tengahari selepas makan tengahari pulang ke kost.
Terus ketiduran sehingga ke sore.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Good morning Batam @2023
Blue Sky @2023
Singapore skyline @2023
With friends having lunch @2023
Selamat Sore Batam @2023
Selamat Sore Batam @2023
Welcome To Batam @2023
Management and Owners meeting @2023
Good night Batam @2023

Jun 17, 2023

SLURPPP! MANIS GURIH MIE LENDIR KULINER UNIK DARI BATAM

Nature and Architecture @2023
Pollux Habibie Apartments

 Jumaat, 16 Juni 2023.

Pagi tadi Pak NGA ada perancangan. 
Dia dan isteri mahu berkhemah dan bermalam di pantai Reviola, Pulau Galang.
Wak ingatkan pantai Viovio berhadapan kem Vietnam itu.

Tapi setelah berbincang dengan pak supir FER.
Nampak agak sukar untuk ke sono.
Kerana hujung minggu biasanya pantai penuh dengan orang menyewa khemah.
Pak FER ada cadangkan dia boleh hantar pagi minggu (Ahad) dan pulang sore.
Tapi kerana jarak yg jauh, sekitar 2 jam, cuaca pun akan lebih panas.

Jadi kami tunda dahulu rancangan tersebut.

Tengahari berlarian ke masjid raya,
Untuk solat jumaat berjemaah.
Masjid Sultan Mahmud Riayat Syah.

Kamus lalat.
Mie Lendir merupakan makanan khas Melayu yang terdiri dari mie, kecambah dan telur ayam rebus, kemudian disiram kuah kental, sehingga terlihat seperti lendir. Harga biasa dalam Rp8k - Rp13k (RM3 - 4). Kalau di Malaysia dipanggil Mee Rebus.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Mie Lendir Bu Dewi Tanjung Uncang @2023

Please hover your mouse (or click if you use smartphone) to see mgr SUH eating mie lendir.


Masjid Sultan Mahmud Riayat Syah @2023
Pollux Habibie Apartments @2023
During golden hour @2023

Jun 16, 2023

SELFIE AFTER THE MORNING SAFETY TALK

Paxocean Shipyard @2023

 

Khamis malam jumaat, 15 Jun 2023.

Pagi2 tadi seperti hari2 Khamis sebelumnya.
Ada perhimpunan keselamatan di galangan kapal.

Jadi kami pun bergegas tapau sarapan pagi.
Wak bungkus 3 roti kosong sahaja.

Malam pas maghrib.
Wak pun berlarian dgn geng2 sekantoran.
Keluar makan malam.
Wak pesan nasi goreng ikan asin.

Kemudian singgah di Indomaret.
Beli barang2 dapur dan telur.
Roti putih, jem stroberi dll.

"Wak beli donutnya," promo cewek Indon muder jelitter kaunter.
"Wak tempoh rotinya tanggal 19 ya, skrg 15" kata cewek untuk konfirmasi.
"Wak pake spender saiz XL ya" kata cewek Indon muder jelitter itu lagi.

Movie lalat.
The Dry 2020 

Blog bukanlah hakmilik kekal.


Pollux Habibie Apartment @2023
Pollux Habibie Apartment @2023
Going out for dinner @2023
Night scene @2023

Jun 14, 2023

KALAU PAK IMAM TAK KUATKAN IMAN

Sebelum berangkap pulang @2023

 Rabu, 14 Jun 2023.

Pagi tadi wak naik travel (van) dari gerai mie lendir itu.
Hujan lebat pun turun anjing dan kucing.

Petang tadi ada kekecohan di musollah (surau).
Imam yg diikuti tidak keraskan suara.
Wak jadi keliru.
Dan terpaksa buat solat semula.

Kamus lalat.
Ngawur - omong kosong, cakap kosong, berbicara sembarangan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Lontong Tanjung Uncang dan roti canai @2023
Galangan kapal (shipyard) @2023
Paxocean Tanjung Uncang

Jun 13, 2023

MENGENAL SULTAN MAHMUD RIAYAT SYAH - SULTAN 3 NEGARA



Selasa, 13 Juni 2023.

Semalam kerjaan potong rumput di kantor galangan kapal (shipyard) seperti biasa. 

Sore wak sudah turun lagi dari tavel van.
Turun di masjid Raya Sultan Mahmud Riayat Syah Tanjung Uncang.

Ambil 2 3 gambiran sunset sudah.


Info Sejarah lalat.
Sultan Mahmud Riayat Shah - pemimpin Kesultanan Riau-Lingga-Johor-Pahang. Wilayah tersebut sekarang tersebar pada Provinsi Riau dan Kepulauan Riau di Indonesia serta Johor dan Pahang di Malaysia. Lahir Agustus 1760 di dalam Istana Hulu Sungai Carang dengan nama kecil Mahmud. Ia naik takhta sebagai sultan ke-15 di usia sangat belia, dua tahun, menggantikan ayahnya Tengku Abdul Jalil bin Sultan Sulaiman Badrul Alamsyah. Kisah kepahlawanannya begitu tersohor, utamanya ketika melawan pasukan Belanda di Tanjungpinang pada 1784.

Blog bukanlah hakmilik kekal. 


Jun 12, 2023

I ALMOST LEFT MY WALLET INSIDE THE OFFICE

 

Isnin, 12 Jun 2023.

Pagi tadi awan tebal meliputi langit.
Matahari terbit pun tidak kelihatan.
Dan hujan pun turun di Tanjung Uncang yg macet itu.

Sore tadi boleh pula terlupa.
Tertinggal beg silang didalam kantor.
Nasib baik juga travel (van) masih dalam galangan.
Terpaksa patah balik.
Dan ternampak lah 2 orang mamat Indon sedang mengemas.
Dan menyapu lantai dalam bilik kantor itu. 

Malam pula dalam jam 8. 30pm wak mahu terlelap awal.
Tiba2 Mgr AYU panggil Wak turun untuk bantu designer Pipe support itu pula.
Terpaksa lah menurut perintah kan. 

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Macet (traffic jam) at Tanjung Uncang @2023

BATAM - PEKANBARU - BUKITTINGGI: THE SUMMARY

 

Pacu Jawi at Padang Laweh, Tanah Datar, Batusangkar, Bukittinggi @2023

Hari Minggu (Ahad), 11 Juni 2023.
Pollux Habibie Apartment, Batam Center.

Berikut adalah ringkasan perjalanan wak ke Pekanbaru dan Bukittinggi.
Perjalanan selama 5 hari, termasuk hari keberangkatan dan kepulangan ke Batam.

THE PRELUDE (Link)

Ahad (28/5) - pergi ke Terminal Feri Sekupang untuk beli tiket ke Dumai.
Tidak perasan bahawa harga pesawat juga kurang lebih sama.
Ditambah dengan jarak masa naik feri selama 12 jam!
Rasa menyesal pula.
Tetapi ada desakan juga untuk merasa pengalaman naik feri.

DAY ONE: BATAM TO PELABUHAN BUTON (PEKANBARU) (Link)

Berangkat dari Terminal Feri Sekupang (Batam) pada jam 7.45am.
Antara Sekupang ke Tanjung Balai (Karimun) melalui Selat Singapura.
Selat yg luas dan ombak yg ganas.
Beberapa kali wak tukar tempat duduk kerana sudah mabuk laut.

Berhenti di Tanjung Samak, Sungai Tohor, Tanjung Repan, dan Selat Panjang.
Akhirnya tiba di Pelabuhan Tanjung Buton jam 3pm sore.

Bapak scammers (pawancha) mencari mangsa.
Harga naik travel (van) antara Rp150k.
Mula2 dapat harga Rp120k, tapi...

Tiba di gedung pakaian Ramayana Panam Pekanbaru jam 6.30pm malam.
Checkin Hotel Ayola.

DAY TWO: PEKANBARU TO BUKITTINGI (Link)

Olehkerana tiada aktiviti yg menarik di Pekanbaru ini.
Wak pun rancang ke Bukittinggi.
Tujuan untuk menyaksikan perlumbaan lumba lembu (Pacu Jawi).
Kebetulan juga ada acara tersebut pada hari sabtu.

Dari Hotel Benteng (selepas tukar hotel walaupun tidak bermalam) jam 7pm malam.
Naik travel (van) yg menghala ke Padang.
Tiba di Aur Kuning hostel jam 2.30am pagi.

DAY THREE: PACU JAWI AT BATUSANGKAR (Link)

Masih masalah data internet.
Terpaksa pinjam wifi dalam KFC.

Dari menara jam Gadang ke Batu Sangkar.
Kemudian ke desa Tanah Datar dan langsung ke Padang Laweh.

Menonton acara perlumbaan lembu atau pacu jawi.
Ini bukanlah perlumbaan sebenarnya kerana tiada pemenang.
Hanya acara rakyat.

Terlalu berlaku kejadian tidak diingini di bendang sawah tadi.
Ketika cuba mengelak lembu2 yg sedang berlari menuju.
Tiba2 jatuh ke lurah yg agak tinggi.
Sakit juga dan habis kotor celana.
Harus beli celana baru.

Singgah di Istano Basa Pagaruyung.

Kemudian pak supir Paunchu tinggalkan wak di benteng Belanda, Fort of Kock.
Sambil berjalan kaki menuju menara Gadang.
Dan beli celana baru.

DAY FOUR: BUKITTINGGI BACK TO PEKANBARU (Link)

Pagi wak sudah berlarian ke Lobang Jepang (terowong Jepun).

Tengahari sudah berangkat ke Pekanbaru semula dari Bukittinggi.
Tiba di hotel Furaya Bukittinggi jam 9pm malam.

DAY FIVE: THE LAST DAY AND FLY BACK TO BATAM (Link)

Flight jam 9.15am pagi.

Tiba di Bandara Hang Nadim Batam jam 10am pagi.
Penerbangan tidak sampai sejam.

Kemudian ambil Grabbike (motor) pulang ke rumah kost.

THE SUMMARY

Secara ringkasnya.
Ini ada perjalanan pertama wak ke pulau Sumatera.
Tambang pergi naik feri dari Batam ke Pekanbaru kurang lebih sama sahaja dengan naik pesawat pulang ke Batam.
Dan masa pun lagi pantas jika naik pesawat.
Yakni tidak sampai sejam saja penerbangan berbanding 12 jam perjalanan naik feri dan mobil (kereta).
Bukittinggi bukanlah tujuan destinasi wak mula2 yaitu sepatutnya ke Padang.
Tapi dengan masa yg terhad, dapat menonton sendiri acara Pacu Jawi itu juga adalah pengalaman yg menakjubkan.
Masalah wifi wak sebenarnya adalah kerana tempoh 3 bulan myXL sudah tamat. Maka simcard dan IMEI wak telah diblokir (tahan).
Nasibbaik ada banyak tempat2 wifi yg gratis di hotel, restoran KFC dll.
Ooh. Satu lagi.
Kesemua gambar2 didalam blog ini wak guna henfon cap aiyam sahaja.
Tidak lagi guna kamera DSLR yg besar gedabak seperti dulu2.
Jadi maafkan wak kalau ada gambar2 yg goyang dan tidak tajam.

Alhamdulillah.

Jalan2 Sumatera Prelude
Jalan2 Sumatera Day 1 - Batam ke Pekanbaru via Tanjung Buton (feri)
Jalan2 Sumatera Day 2 - Pekanbaru ke Bukittinggi (travel van)
Jalan2 Sumatera Day 3 - Bukittinggi (pacu jawi)
Jalan2 Sumatera Day 4 - Bukittinggi ke Pekanbaru (travel van)
Jalan2 Sumatera Day 5 - Pekanbaru pulang ke Batam (pesawat)
The Summary

Blog bukanlah hakmilik kekal.


note: to add video bukittinggi to pekanbaru



MUTIARA RINI FREEHOLD APARTMENT FOR SALE 2025

  Adakah anda masih mencari rumah idaman anda Berhampir dengan Second Link telah melancarkan projek baharu Lokasi yang sangat Cantik Anda...