May 19, 2023

UNDERSTANDING THE ANTI FOREIGNER SENTIMENT

A view from my apartment @2023

Jumaat, 19 Mei 2023.

Pagi2 tadi jam setengah tujuh (yakni 6.30am) sudah naik van syarikat.
Potong rumput di galangan kapal.

Sebelum itu singgah sarapan di Tanjung Uncang.
Wak pesan prata kosong (roti canai) 2 keping.
Teh tawar.
Dulu pernah cuba mie lendir. ;p

Ada drama disini.
Bila bro HAM kata tak boleh pakai baju coverall yg ada jalur gemilang.
Logo syarikat Malaysia pun tidak boleh ditayang disini.
Anti negara asing yg kuat dan menebal.
Kemudian bro IRI sanggup pinjam pen permanent wak untuk hilangkan jalur gemilang pada coverallnya.
Dan bro HAM suruh wak lipatkan bahagian atas coverall dan silang di pinggang sahaja.

Tengahari jam 11.40am keluar dari galangan.
Solat jumaat berjemaah di Masjid Sultan Mahmud Riayat Syah, Tanjung Uncang.
Risau juga sebab wak tidak pakai selipar jepun tidak seperti rakan2 yg lain.

Tapi bagusnya di negeri ini, hampir setiap masjid dan musollah.
Ada disediakan tempat penitipan barang (simpanan kasut).
Tidak risau akan kehilangan sepatu atau kasut.

Nota kenangan lalat. 
Kejadian hilang kasut wak di surau Puduraya beberapa tahun yg lampau masih menghantui sehingga kini.

Usai solat jumaat tadi, pak supir bawa ke restoran nasi padang berdekatan galangan.
Tapi wak tak jadi sertai mereka makan.
Wak lepak dalam van dan tidur (noon nap) itu yg lebih penting.

Kamus lalat.
Galangan kapal = shipyard, adalah sebuah tempat yang dirancang khusus yang dilengkapi fasilitas pendukung untuk proses pembuatan, pemeliharaan dan perbaikan kapal. Kapal-kapal ini dapat berupa jenis kapal dagang, kapal penumpang, kapal wisata, kapal militer dan sebagainya.

Blog bukanlah hakmilik kekal.




May 18, 2023

THE DAY I FLY AWAY TO BATAM 2023

Old Town White Coffee, Subang Airport @2023


Khamis, 18 Mei 2023.

Pagi2 sudah berlarian ke Lapangan Terbang Subang Airport
Kali terakhir ke Batam pada Julai 2022.
Tapi tahun lepas lawatan kerja cuma seminggu sebelum langsung ke Jakarta.
Kali ini mungkin 2 bulan dan wak dijangka akan beraya haji disini.

DENSO TEROWONG FLYOVER PLUS SUNRISE

 

Denso Jalan Ayer Hitam @2023 Bangi

Rabu, 17 Mei 2023.

Pagi2 sudah berlarian mencari nasi lemak maklong. Sungai Merab
Nasi lemak kerang telur mata.
Alone matcham biasa.

Kemudian berlarian ke pekan Nilai lama.
Dan ke Bandar Baru Nilai.

Petang wak berlarian ke tepian Pantai Floria.
Tujuan untuk mengambil gambiran matahari terbenam.
Boleh kann.
Khanns.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Pantai Floria sunset just now @2023

May 16, 2023

FINALLY READY TO FLY TO ANOTHER COUNTRY SOON

 

This morning sunrise @2023

Selasa, 16 Mei 2023.

Pagi tadi cuma bersarapan di kedai mamak.
Restoran al-Safa - alone matcham biasa.
Terserempak juga dengan doc Poliklinik Penawar itu.

Tengahari sudah berlarian di tengah lebuhraya PLUS menuju ibukota.
Dan mendapat khabar penerbangan ke Batam pada hari lusa.
Selepas beberapa kali ditangguh dan tertangguh oleh pihak pengurusan.
Semoga dipermudahkan.
Aminn.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

EFFECTS OF BAD COMMUNICATION ON A CONSTRUCTION TEAM

 

Woodlands Interchange @2023

Isnin, 15 Mei 2023.

Sekarang wak tengah menunggu hari keberangkatan ke pulau Batam.
Visa kerja pun belum diluluskan lagi.

Semoga dipermudahkan.
Aminn ya robbal alamein.

HUJAN EMAS DINEGERI ORANG, HUJAN BATU DINEGERI SENDIRI

Ooh.
Pagi tadi cuma ambil gambar lontong.
Hari2 tayang gambar lontong bosan juga kann.
Makanya, ada gambar2 lebihan dari jalan2 ke Temasik (Singapura) semalam.

Pasal gambar iklan lowongan kerja diatas.
Bayangkan nanti kalau tukaran wang SGD1 = RM5.50!
Tidak mustahil dengan keadaan politik negara tidak stabil.

THE RESULT OF LONG DISTANCE WALK

Hari ini baru terasa sakit betis ya amat.
Disebabkan sudah lama wak tidak bersenam jalan kaki.

Movie lalat.
The Siege of Jadotville 2016.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

JB City Center @2023

May 15, 2023

TRAVELLING TO SINGAPORE AFTER PANDEMIC TO VISIT CHANGI AIRPORT 2023

 

Rain Vortex at Jewel Changi Airport @2023

Ahad, 14 Mei 2023.

Pautan lama.
Bandung Day One via Changi Airport 2013.

Sambungan dari Bahagian 2 - Merlion 2023. (KLIK)
Sebelum itu dari Bahagian 1 - Tulipmania di Gardens by the Bay 2023. (KLIK)

May 14, 2023

TRAVELLING TO SINGAPORE AFTER PANDEMIC TO VISIT MERLION 2023

Bay Sands Casino @2023

 

Ahad, 15 Mei 2023.

Sambungan dari Tulipmania di Gardens by the Bay, Singapura. (KLIK)

Dari Sand Bays mall yg besar, luas dan panjang semedang itu.
Wak ingat mahu ikut jalan kaki di sebelah barat.
Tapi bila saja tanya abam cina sekuriti itu.
Dia syorkan jalan kaki ikut Helix Bridge di sebelah timur.

TRAVELLING TO SINGAPORE AFTER PANDEMIC TO VISIT TULIPMANIA 2023

Tulipmania @2023

 Ahad, 14 Mei 2023.

Amaran lalat.
Ada banyak gambiran bunga2an dalam entri ini.

Pautan kenangan lama.
Tesselaar Tulip Festival in Melbourne 2010.
Tulipmania Singapore 2015.
Tulipmania Singapore 2023. (Official Website)

May 13, 2023

TOLONG JANGAN INJAK SAYA NANTI SAYA MATI

McDonald's Jalan Tebrau @2023

 

Sabtu, 13 Mei 2023.

Tengahari wak sudah berlarian ke Gelang Patah.
Tujuan jalan2 tengok stadium bolasepak JDT itu.

Kali terakhir pernah sampai tapi di pintu luar sahaja - 2020.

Ooh sebelum itu kena hantar isteri wak (yg itu).
Ada janji buat seri muka di Aeon Tebrau City Mall katanya.

Ooh lagi.
Tadi bila ondway balik nak ambil mQ.
Tiba2 wak tengok bateri henfon cap aiyam wak tinggal 9 peratus sahaja.
Aiyah.
Wak tidak membawa kabel pengecaj.
Bank kuasa (powerbank) juga wak tertinggal.
Terpaksa matikan Waze dan Google maps.
Dan matikan kesemua apps yg berjoget di belakang.
Siap2 whatsapp mQ tunggu di Center Court tempat tadi hantar.

Kamus lalat.
Tolong Jangan Injak Saya, maksudnya Please Do Not Step Me.
Link: You Step You Die (2009).

Movie lalat.
The Mother 2023 (JLo)
The Forgotten Battle 2020 (Dutch)

Blog bukanlah hakmilik kekal.


Sultan Ibrahim Stadium Gelang Patah @2023
Sultan Ibrahim Stadium Gelang Patah @2023
Do Not Step On The Grass!
Sultan Ibrahim Stadium Gelang Patah @2023
Sultan Ibrahim Stadium Gelang Patah @2023
Sultan Ibrahim Stadium Gelang Patah @2023
Sultan Ibrahim Stadium Gelang Patah @2023
Sultan Ibrahim Stadium Gelang Patah @2023

May 12, 2023

SHERU IS A LION

 

Lontong Masai @023

Friday, 12 Mei 2023.

Pagi2 sudah berlarian mencari lontong Masai.

Kemudian sebelum tengahari sudah pergi lagi ke restoran Zarahman itu.
Pesan nasi beriani ayam.


Movie lalat.
Lion 2016.
Emergency Declaration 2022.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

May 11, 2023

ROTI BAKAR DAN TELUR SETENGAH MASAK LAIN KEDAI

 

Roti bakar and Teh O Kurang Manis @2023

Khamis, 11 Mei 2023.

Petang sudah berlarian ke selatan tanahair.

Tiba di RnR Machap.
Wak mahu pesan set roti bakar siap dengan telur setengah masak.
Tidak seperti ditempat lain.
Di sini tiada kedai yg menjual set itu.
Walaupun begitu, ada kedai yg jual roti bakar.
Dan 2 biji telur setengah masak secara berasingan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

THIS IS THE END

Rabu, 31 Disember 2025. Jumpa anda di sana. Di SANA .  Blog bukanlah hakmilik kekal.