Apr 3, 2023

CARIAN MENGENAI TOPIK BUDAK BARU NAK UP

 

Jalan Jenderam - Salak Tinggi @2023

Isnin, 3 April 2023.

Pagi tadi sudah berlarian ke pekan Nilai.
Alone matcham biasa.

Nota lalat.
BBNU - Budak Baru Nak Up (Slang)
BBN - Bandar Baru Nilai

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Apr 2, 2023

BERSAHUR MEE GORENG MAMAK TAK NAK BASAH

 

Tasek Curry House this morning @2023

Ahad, 2 April 2023.

Seperti kelmarin, pagi2 tadi wak sudah berlarian ke kedai tomyam berdekatan.
Mencari makanan untuk sahur.

Biasanya ada beberapa kedai tomyam yg masih dibuka.
Walaupun ketika wak sampai biasanya mereka akan berkemas2 untuk tutup.

Tapi pagi tadi wak agak kelewatan sedikit.
Kedai tomyam2 itu semuanya sudah di tutup. Walaupun baru jam 3.03am.

Jadi wak singgah di kedai mamak Jalan Tasek sahaja.
Pesan mee goreng mamak.
Teh panas dan air suam.

Petang sudah berlarian ke pusat bandaraya.
Dengan anak lanang itu.
Berbuka puasa pun ditengah lebuhraya.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Apr 1, 2023

BELI REMPEYEK WAK TUNOT DI MYDIN

 

Pasaraya Mydin Taman Rinting @2023

Sabtu, 1 April 2023.
Hari April Fool.

Hari kedua berturut2 wak makan sahur di restoran tomyam jalan itu.
Alone matcham biasa.

Tengahari tadi sudah berlarian ke Aeon Tebrau City.
Hantar isteri wak (yg itu) buat facial.
3 jam katanya.

Sementara menunggu, wak pusing2 taman2 disekitarnya.
Taman Daya, Taman Mount Austin, dan Taman Johor Jaya.
Dengan cik Jnulekasnova itu.

Balik dari Aeon mall itu.
Wak singgah di pasaraya Mydin Taman Rinting.
Boleh sedikit kuih muih dalam balang.
Dan rempeyek wak tunot yg feveret itu juga - RM17.90.
Ada makcik itu pun suka beli rempeyek.

"Tak lama lagi habis nak raya,"
"Kena beli walopon harga makin mahal," katanya

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Mar 31, 2023

THE BIG 4 MOVIE

Bersahur jam 3 pagi @2023
Alone matcham biasa

Jumaat, 31 Mac 2023.

Seharian di rumah hinggap sahaja.
WFH - kerja dari rumah.

Tengahari bersolat jumaat berjemaah di masjid besar jamek itu. Bandar Seri Alam

Petang pergi ke param (pasar ramadhan) jalan Tasek.

Movie lalat.
The Big 4 (2022) - Indonesia (unfinished yet).

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Mar 30, 2023

GANGGUAN BEKALAN AIR DI KANTOR CYBERJAYA

Masjid Fisabilillah Cyberjaya @2023

 

Khamis, 30 Mac 2023.

Tiba2 tiada bekalan air di bilik air di kantor hari ini.
Dan bila ada bekalan air kembali.
Warna air pula menjadi kuning.

Petang sudah berlarian ke selatan.
Dengan anak lanang yg sudah bekerja di menara kembar Petronas itu.

Movie lalat.
Hidden Figures 2016.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Masjid Fisabilillah Cyberjaya @2023

Mar 29, 2023

MASJID BESI PUTRAJAYA ITU ADA PASAR RAMADHAN

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin @2023

 

Rabu, 29 Mac 2023.

Petang balik dari kantor Cyberjaya.
Singgah di Masjid Besi Putrajaya pula.
Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Maaf ya kawan2.
Wak tidak sempat mahu tangkap gambiran pasar ramadhan ittewww.

Movie lalat.
Philadelphia 1993 - starring Tom Hanks & Denzel Washington.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

A view from Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin @2023

Mar 28, 2023

YA AZIZ YA JABBAR YA MUTAKABBIR

RapidKL halte Bukit Indah Ampang @2023

 Selasa, 28 Mac 2023.

Kenapa bas RapidKL tidak berhenti di hentian bas itu?
Musykil.

"Laa kenapa tak berhenti?" tanya wak dengan kepelikan.
"Biar aku akan update twitter kasi viral," kata awek bertutup masker itu dengan berang sambil menaip di henfon pintarnya.

Teringat wak semasa menunggu bas di halte Jakarta dulu.
Lebih kurang sama situasinya. Huhu.

Pagi tadi sudah berlarian ke kantor di Cyberjaya.
Buat kerja sedikit.

Petang sudah berlarian ke Pandan Perdana.

Ooh.
Pertama kali dalam sejarah kehidupan di bulan ramadhan.
Wak berbuka dan bersahur dengan air suam sahaja.
Tidak ada selera mahu makan.

Ya Aziz:
Ya Jabbar:
Ya Mutakabbiru.

Movie lalat.
Black Adam 2022 (RT 39%)

Blog bukanlah hakmilik kekal.

MKN Parkir @2023
MEX Highway near Bukit Jalil @2023

Mar 26, 2023

JALAN CENTRAL SPLINE NEW HIGHWAY BYPASSING BENTONG TOWN

Masjid Razaleigh Fox Cave @2023 Gua Musang

 

Ahad, 26 Mac 2023.

Perjalanan 10 jam setengah dari tengahari hingga ke malam.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Old trunk road @2023
Gua Musang - Kuala Lipis

Mar 25, 2023

JALAN-JALAN TANPA TUJUAN KE TAKBAI

Star gazing in the morning @2023
Salor Kota Bharu

 Sabtu, 25 Mac 2023.

Sawadeekap.  Sabai di mai? 

Nota lalat.
Ada 3 checkpoint ke Siam - Rantau Panjang, Pengkalan Kubor dan Bukit Bunga.
Dari negeri jajahan utara ini.

Ini adalah projek terjah2 membawa diri.
Selama ini tidak pasti ada jambatan melintasi Sungai Golok dari Tumpat ke Takbai.
Kalau masuk ikut Rantau Panjang akan mengambil masa lebih sejam ke Narathiwat

FENOMENA PENGHIJABAN PLANET ZUHRAH OLEH BULAN PADA 2 RAMADAN

Fenomena Bulan Bintang di Kuala Krai @2023

 Jumaat, 25 Mac 2023.
2 Ramadhan 1444 Hijrah.

Tengahari sudah berlarian ke Newcastle. Kota Bharu Kelantan

Sambil menguji cikputih yg baru dibedah.
Tukar gearbox dan sistem hawa pendingin.
Dan tayar baharu.

Mar 23, 2023

SO FINALLY HE WORKED WITH PETRONAS AFTER MY INABILITY TO DO THE SAME VERY LONG LONG TIME AGO

 

Please ignore the top group messages ;p

Khamis, 23 Mac 2023.
Entri kedua hari ini.

Link lama - Mei 2022 (His First Job)

Anak lanang wak yg sudah hampir setahun menjalani latihan amali (intern) di Petronas.
Bulan lepas sudah menghadiri temuduga penyerapan ke jawatan tetap.
Alhamdulillah, akhirnya berjaya.
Semoga dipermudahkan urusan.
Aminn ya robbal alamein.

"Dah keje tetap hari Rabu minggu lepas bah,"
"Kat Tower 2."

Dan tadi wak terima juga mesej tawaran dari rakan yg sama.
Mencari pelatih yg baharu.

Nota whatsapp lalat.
Ada tak anak2 atau saudara mara yg tengah cari internship placement.. ada opening kat petronas.. nak 6 - 8 bulan.. tolong sharekan link ni ye.. #sharingiscaring LINK

Intern for Enterprise Architecture PDSB in Tower 2 KLCC - PETRONAS Internship Careers (oraclecloud.com)

Movie lalat.
Supercell 2023.

Blog bukanlah hakmilik kekal.


THIS IS THE END

Rabu, 31 Disember 2025. Jumpa anda di sana. Di SANA. Blog bukanlah hakmilik kekal.